Monday, July 02, 2018

Parti Liar: 46 Antanya Pelajar Perempuan Ditahan. U/P Maszlee Malik..




TAIPING: Seorang pelajar perempuan sekolah antara 46 orang yang ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah inap desa di Jalan Regat Muzaffar Shah, Assam Kumbang di sini, hari ini.
Dalam serbuan jam 8.15 pagi, remaja berusia 17 tahun itu serta peserta parti berkenaan, berada dalam keadaan khayal, dipercayai akibat pengambilan dadah.
Mereka yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 24 tahun – iaitu 14 perempuan dan 32 lelaki.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, berkata polis menemui beberapa jenis dadah termasuk dua paket plastik mengandungi daun kering dipercayai ganja selepas pemeriksaan di premis berkenaan.
Turut ditemui satu plastik berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine dan dua plastik serbuk putih dipercayai ketamin.
“Ujian air kencing ke atas peserta parti itu mendapati 34 orang positif dadah. Polis turut menahan seorang lelaki dipercayai penganjur dan penyewa premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Polis turut merampas peralatan muzik dipercayai digunakan untuk berhibur dan semakan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan kegiatan pusat hiburan.
Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut dan perintah reman akan dipohon esok bagi tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan 12 (2) serta Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan Tempat-Tempat Hiburan 1997.-BH.
Komen Weblog Ibnu Hasyim Dr Maszlee Malik, sila ambil perhatian dan tindakan segera..
Hasil carian imej untuk mazni malik menteri pelajaran

11 comments:

  1. Apa hal lu ..?

    Itu yang Polis serbu dan tangkap bukan ke tindakan nama nya ?

    Dah besar panjang .. dah tahu benda tak baik, dia buat jugak..

    Lainlah kalau pelajar sekolah yang kena tangkap tu sampai 20 orang.. ini seorang !

    ReplyDelete
  2. Takkan menteri pelajaran nak jaga sampai ke Rumah..Mana fungsi ibu Bapa.

    ReplyDelete
  3. ingat mengingatkan...maknanya..Kementerian Pelajaran..perlu bertindak tegas..disertai masyarakat mengambil tahu..bukan jaga tepi kain..

    ReplyDelete
  4. ada makpak yang tak tau tau nak didik anak
    itu pasal bnayak jadi liarrrr
    tau nak cari makan saja lalai didik anak
    dan kedaan sekeling jugak ada pengaruhnya

    ReplyDelete
  5. Tahniah tuan ibnu...Amanah pimpinan mat sabu dpt jadii menteri dn timbalan menteri..hadi dikatakan menyesal tinggalkan ph..sedangkan pas terus berkhayal..lobaii setakat tambah bini bolehlah.. 😀😆😅😄😃😍😘🤗

    ReplyDelete
  6. bagus la ingat mengingati. Dr mazlee kena ambil perhatian walaupun benda berlaku selepas waktu sekolah. Mungkin di aturkan sessi kaunseling melibatkan ibubapa sekali. mungkin ada hikmahnya di situ. Hadi menteri apa ek?. Puas aku cari nama dia x jumpa. Yg aku jumpa nama mat sabu, khalid samad, mujahid, anuar tahir, salahudin...kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Akhirnya pesta liar itu berlaku kerana presiden PAS.
    Itulah yang diajar PH kepada bahlol-bahlolnya.

    ReplyDelete
  8. nony 5:19, tu mung yang kata kang! mung yang `bahlol` (piniam bahasa mung yg cantik tu ye lebailebai!khbai......)

    ReplyDelete
  9. Yg penting hadi wang dn tuan ibrahim sahkan syiah adalah salah satu mazhab dlm islam. Tuu penting

    ReplyDelete
  10. Syiah satu mazhab dlm islam!!! Sesat Kamu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pemimpin pas yg ckp. Check youtub tuan ibrahim hadi wang.
      Maknanya dorg la sesat.

      Delete