BESUT: Kerajaan Negeri Terengganu diterajui PAS sedang dalam proses memulangkan tanah-tanah rakyat yang dirampas Kerajaan Umno dan BN sepanjang 2004 hingga 2017.
Hal tersebut juga sebagai menunaikan janji yang telah dinyatakan dalam Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14 yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan akan beri semula tanah RTB yang dinafikan hak selepas berubah kerajaan pada tahun 2004.
“Kalau sekiranya tanah RTB itu masih belum diusik, maknanya tiada bagi pada sesiapa ataupun kerajaan belum ambil untuk projek pembangunan perhimpun balik Lesen Menduduki Sementara (LMS).
“Sekiranya LMS hilang kita akan cari semula senarai nama peserta RTB itu untuk dipulangkan semula dan hak ini tegas dasar kerajaan negeri.
“Di Jabi ada beberapa RTB dahulu tak disambung LMS tanah tok kosek(sentuh) lagi. Di antara Jabi ada RTB namanya Belimbing Api. Hak ni tok kosek lagi dan boleh bagi semula kepada tuannya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Dialog bersama Rakyat dan Makan Pulut bersama Exco Pertanian Terengganu di Dewan Orang Ramai Felda Tenang, di sini kelmarin.
Terang beliau, kerajaan akan cari tanah ganti kepada peserta sekiranya tanah RTB yang pernah dibahagikan dahulu diambil oleh kerajaan untuk sebarang projek pembangunan.
“Tanah ganti dengan makna kita buka RTB baru dan peserta dimasukkan sebagai salah seorang peserta RTB dan nak jadi peserta RTB syaratnya tak ketat.
“Hendaklah rakyat Terengganu dan sekiranya dia kelahiran luar Terengganu dia mesti dapatkan pengesahan pemastautin.
“Yang berumur 21 tahun ke atas dan suami ataupun isteri tak pernah dapat tanah anugerah. Tanah anugerah bermaknanya sudah mendapat tanah RTB, rumah PPRT ataupun Rumah Mesra Rakyat,” katanya.
Menurutnya, kuasa untuk meluluskan berada dalam kerajaan baharu sekarang dan hak yang sepatutnya rakyat perlu akan diberi kerajaan.
Juga katanya, Pejabat Tanah akan membuat siasatan dari segi teknikal semua sekali dan akan diperincikan tanpa mengira latar belakang politik.
“Ayah saya nasihat ke saya tanah hak orang teroka kita kena bagi ke dia bukan cerita PAS bukan cerita Umno hak rakyat mesti diberi.
“Hak mesti dikembalikan keadilan maknanya kita beri pada seseorang apa yang dia berhak bukan mana beri sama keadilan bukan sama.
“Kita sorang anok jate (lelaki) ada sorang anok tino (perempuan), adil bukan beli tudung ke dua-dua. Adil anok jate kena beli songkok, anok tino kena beli tudung, ni baru panggil adil.
"Kalau kita beli tudung dua-dua kira panggil tak adil. Adil kita beri kepada siapa yang berhak dan inilah makna keadilan yang sebenar,” jelasnya. -HARAKAHDAILY 21/7/2018
8 comments:
Setuju dengan dasar Pas memulangkan semula Tanah rakyat. Jangan pula kerajan negeri Kelantan yg menganugerahkan puluhan Ribu ekar kepada cina DAP. Kemudian salahkan DAP yg mohon. Hehehekikikihahahakahkahkah
Aii azren bukan ke kau patutnya gembira ke bila dap dapat tanah lagi. Patutnya kena agree dgn kelantan dan kutuk trengganu
Kerana kemaruk mahu jawatan MB Perak. Sanggup gadai hak orang melayu kelantan. Sedangkan Rakyat luar terpaksa mematuhi enakmen tanah negeri. Orang melayu terus diperbodohkan Lobai Auta. Hehehekikikihahahakahkahkah
Aii azren bukan ke kalau melayu diperbodohkan tu satu berita baik ke.. Kalau melayu bijak masakan dap boleh membonekakan melayu. Klu nak dap kuat maka biarlah keadaan melayu terus diauta ni berterusan
Sembang-sembang kosong boleh. Cuba buktikan, konkritkan, detailkan. kami pun nak tahu juga.
Elehh...time sama DAP dulu kira lebai2 ni kira bangang la ye...kahkahkah..Aruah Tgna dlu pada korang bodoh la ye. Yg caya temberang arul kanda tu nak gelar apa plak...bodoh bangsat?....kahkahkah..hanguk hanguk... 2 jam. Rupanya kena bangsat dek arul kanda je. Kahkahkah...aku yakin arul kanda bila abis jumpa lebai2 tu ari, dia tepon najib. Mesti arul dan najib bab gelak je 2 minggu. Bab cite dungunya lebai 5 minit je....kahkahkah...ada hati plak nak kata org lain bodoh dek DAP. Jeles la tu x dpt jadi menteri...kahkahkah...
Bunbinban yg diperbodohkan dap walaupun dah sememangnya bodoh.
Pas ( yg skrg ) lbh bodoh dr lembu yg paling bodoh. Lbh kurap dr babi kurap. Gunakn islam utk berahi politik. Sjk arwah TGNA tiada ...bwh hadi lbh teruk dr syaitan.
Post a Comment