Tuesday, July 10, 2018
Peguam Negara Islam Sewajarnya Seorang Islam. Kesian Tommy. -Subky Latif.
SAYA antara yang masyghul terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri Dr. Mahathir mencadangkan Tuan Tommy Thomas menjadi Peguam Negara bukan kerana dia kekok berbahasa Melayu, tetapi bagi jawatan penting seperti bagi sebuah Negara Islam sewajarnya seorang Islam.
Orang Islam itu dengan sedikit sebanyak pengetahuannya tentang Islam, menjadi pertimbangan memandunya melihat aspek Islam dalam apa-apa tindakan dan prkembangan tentang Islam sekalipun undang-undang yang terpakai jauh Islamnya. Kerana perlembagaan memperuntukkan Islam agama persekutuan, maka penjawat Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Speaker apa-apa Dewan Perundangan dan lain-lain eloklah Islam supaya kehendak Islam itu diketahuinya.
Adapun kelayakan Tommy sebagai pengamal undang-undang tidak dipertikai. Kerana itulah Kelantan menggunakan khidmatnya dalam membela kepentingan Kelantan. Dalam kes yang khidmat dan nasihatnya diperlukan tidak menjadi Islam dan bahasa Melayu sebagai prasyarat.
Mungkin kecekapan dan kemahirannya menyamai Tan Sri Shafie Abdulah, ketua peguam yang membela kes DS Najib.
Tommy tidak pernah terfikir untuk jadi Peguam Negara. Mahathirlah yang mahukannya. Dia bukan dari pengamal undang-undang kerajaan. Dari luar kerajaan.
Dia tidak mahir berbahasa Melayu kerana kerajaan Umno selama 60 tahun memandang penggunaan bahasa rasmi iu secara sambil lewa. Tiada galakan supaya bahasa itu dimartabatkan. Bahkan rejim Najib sendiri meletak-rendahkan bahasa itu setaraf Mahkamah Syariah, terendah dari semua mahkamah.
Jangan marah Tommy jika dia tidak petah berbahasa Melayu. Marah semua Perdana Menteri yang lidah mereka made in England. Apa sumbangan Najib dalam memartabatkan bahasa rasmi? Lebih kurang saja dengan DAP. Apa sumbangan Umno memperkasakan bahasa kaumnya? Hanya sejurus sebelum merdeka dan sejurus selepas merdeka. Selepas tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka, kalaupun ada pejuangan bahasanya ialah cacamerba.
Jika penyokong Najib menyorak Tommy tidak bertutur bahasa Melayu dalam mukadimah sidang medianya selepas Najib didakwa, adalah ibarat menyorak ketempangan kerajaan Umno dalam pelaksanaan bahasa.
Tiba-tiba tukang sibuk Umnomenyorak Peguam Negara atas kekurangannya. Sejak bila generasi Umno Najib peka dengan perjuangan bahasa. Umno terus membisu atas tuntutan para pendidik bagi memansuhkan pengajaran dan peperiksaan Sains dan Matametik dalam bahasa Inggeris.
Umno boleh marah, tapi jangan marah Tommy yang jadi mangsa cacamerba Umno atas isu bahasa. Pergi berarak ke pejabat Dr. Mahathir. Tempelak dia memilih pakar undang-undang tapi tidak pakar bahasa Melayu jadi Peguam Negara.
Saya difahamkan Tommy tidak berminat bila ditawarkan jawatan itu. Banyak susah dan kerugiannya. Tetapi malu alah atas tawaran Perdana Menteri baru, dia menerimanya. Perdana Menteri memerlukan sokongan semua pihak dalam usaha memandikan comot kerajaan yang dikosongkan oleh Umno dan Najib.
Istana sendii dikatakan bertanya akan kebijaksanaan PM mencadangkan seorang bukan Melayu bagi jawatan itu. Kononnya DS Anwar Ibrahim terpaksa memahamkan para baginda tentang rasional pemilihan Tommy.
Kesianlah Tommy beban yang tidak dicarinya. Dia diamanahkan, bukan dia mencari jawatan itu. Dia layak atas kepakarannya, cuma kekok berbahasa Melayu, kerana ia bukan isu yang dipentingkan oleh kerajaan dan Umno.
Jika pun kekurangan Tommy bertutur Melayu itu satu kelemahannya, tetapi ia amat kecil dibandingkan beban kelemahan Najib, yang bebannya mungkin seberat Gunung Uhud.
Kelemahan Tommy itu tidak mengurangkan pencarian keadilan dalam perbicaraan Najib. Ketika semua mahu Najib dilayan seadilnya, maka kita jangan tidak berlaku adil pula ke atas Tommy. Saya menghormati tinggi terhadapnya. – HARAKAHDAILY 9/7/2018.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
PrOoTt💨💨💦...dimuka hadi awang..arghhhhh leganya...💥💥💢
Sian ted. Dilahirkan utk jd penjahat.
Ini jenis manusia yang melanggar tata susila peraturan Allah dengan menunjukkan sikap biadab dan rendah akhlaq. Sedangkan naluri manusia telah pun diisi dengan ketinggian akhlaq, namun kejahatan telah menguasai kebaikan. The dark side control the holy side. Malang buat ted manoff.
sebenarnya siapa yang bertanggungjawab, berkuasa dan membuat keputusan mengenai hal ehwal Islam?
Boleh kah Peguam Negara membuat keputusan atau memberi nasihat kepada Raja?
Tak kan Raja-Raja cehkai sehingga tak ada seseorang pun yang boleh di percayai dan berpandangan luas memberi nasihat pada Raja-Raja?
Kalau PAS Kelantan dan Terengganu pun boleh menubuh Jawatankuasa Penasihat meniru apa yang PH buat, tak kan dari dulu Raja-Raja tak ada penasihat.
Orang PAS tak sedar apabila memberi pandangan sebenarnya mereka memandang rendah Raja-Raja.
Jom melawat ketua penerangan pas perak..anda bila lg???
Penyakit mental barua-barua dedak cap roket semakin kronik berdasarkan komen-komen mereka yang tidak masuk akal manusia normal.
Subki oh subki. Ingat...duit ko jgk pernah bayar tommy ni sbg peguam pas. Dia pun tk minat nk mewakili pas tapi hadi dan ko melutut jgk nak khdmat dia. Takkan nk harapkan lawyer pas takiyudin b inggeris hancur.Jgn subki lupakan puki
Post a Comment