HALAMAN HIBURAN
Catatan Santai Ibnu Hasyim:
SESEORANG berkata dan tanya saya..
"Aku kenal penyanyi Aishah, masa aku terbaca berita puluhan tahun lalu, kisah pertengkarannya dengan Mat Sabu melalui cebisan surat dalam kapal terbang yang sama-sama mereka naiki. Waktu itu Mat Sabu masih pemimpin PAS dan Aishah seorang penyanyi top terkenal, belum masuk PAS.
"Aku mulai jadi peminatnya. Lepas itu dia masuk PAS, aku pun masuk juga. Yang aku tak ikut perkembangan, mereka berdua keluar PAS dan tubuh parti baru. Dan Mat Sabu jadi menteri pula sekarang."
DIa menunjukkan berita malalui HPnya bahawa..
KEPUTUSAN penyanyi Aishah meninggalkan dunia politik bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier dalam industri seni menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Aishah menerusi laman Instagramnya ada memuat naik komen salah seorang netizen yang menyatakan keputusan itu dibuat disebabkan dia tidak dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang diadakan 9 Mei lalu.
Tanpa berdiam diri, penyanyi lagu Janji Manismu itu membalas semula komen tersebut dengan menjelaskan sebab utama dia memilih untuk meninggalkan bidang itu.
"Untuk pengetahuan, I memang minta untuk tidak dicalonkan. I sayangkan industri seni, tak pernah fikir diri sebagai ahli politik lebih sebagai anak seni.
"Orang nak cakap apa pun cakaplah. Sekurang-kurangnya apa I buat tak rembat duit rakyat. I buat komen pun berani letak nama dan gambar sendiri.
Penglibatan Aishah dalam bidang politik apabila dia menjadi ahli PAS. Pada PRU13, Aishah bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili parti itu bagi menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun Aishah gagal merebut kerusi itu apabila Mohd Isa menang dengan majoriti 8,614 undi.
Selepas itu, Aishah meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan giat mempromosikan aktiviti dan ceramah bawah Pakatan Harapan pada PRU14.
Dalam perkembangan lain, Aishah yang juga juara program Gegar Vaganza musim keempat bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Malar hasil ciptaan Hazami.
Malar bakal diperdengarkan buat kali pertama pada konsert Pesta Raya 2018 Dua Diva bersama Liza Hanim di Dewan Espelanade Singapura 13 Julai ini.
Kini, giliran aku (Ibnu Hasyim) pula bertanya dia (kawanku itu).. "Jadi apa pandangan kamu tentang Aishah?"
"Dia orang baik, kita kena tegur menegur ke arah kebaikan.. Kalau begitu kena ada orang yang mengajaknya masuk PAS..
Dan saya pula ambil kesempatan dakwah melalui blog ini, sampaikan walau 1 ayat. Saya ingin bertanya-tanya kepada beliau, "Mahukah kembali kepada PAS?"
IBNU HASYIM
4 Julai 2018 KL.
BAYI MATI DISUMBAT DLM PETI AIS, SALAH IBNU HASYIM?
ReplyDeleteApa apa dgn PAS selain dr Presiden kaki ponteng sidang parlimen dan maki org yg berlainan pendapat dgn dia?
ReplyDeleteTah apa apa komen anon 7:00..nampak sangat dia lulusan setakat SPM
ReplyDeleteKalu dia lulus SPM pun apa masalah ko? Dia ada minta duit dgn ko ker?
DeleteSebab dia lebih kpada libral anti perjuangan islam
DeleteBro, itu bukan sampaikan satu ayat. Itu mengajak dan ayat bertanya.
ReplyDeleteAyat sampaikan satu ayat ia lah yang mengingatkan orang dan diri sendiri tentang dosa pahala atau pada Tuhan.
Kan dia kata dia sangat suka seni dan sanggup tinggalkan politik..
Ini lah kali pertama orang PAS mempelawa orang masuk atau kembali pada PAS. Se belum ini asyik menghalau je..
Aishah dah keluar PAS, masuk Amanah. Amanah dah menang, so dia stop kejap hal politik. dia tetap sokong barua2 PAS....sokong Mat Sabu n The Gang
ReplyDeleteSetakat sebar fitnah bab ponteng baik tak payah. Duduk dlm parlimen, baru tau situasi sebenar. Puak pan memang pakar bab fitnah. Geng dgn dap jadi kotor mentaliti. Melalut dah, sekrang dah geng dgn umno kat kedah. Jijik punya politik. Sama jijik kerjasama dgn dap the kafir.
ReplyDeletePAS sepatutnya berebut jadi Ketua Pembangkang sepertimana PAS berebut nak jadi Speaker dan MB Selangor.
Kita hendaklah mendahulukan orang yang tinggi Ilmu agamanya dalam melantik sebagai ketua.
Tapi situasi sebenar dalam parlimen tak macam zaman PAS jadi Ketua Pembangkang. PAS ketika itu selamat sebab TV tak tunjuk siaran langsung.
Komen ini membalas komen 10 11 PM..
Terima kasih.
Sapa dlm PAS yg lyk jadi ketua pembangkang. Dlm PAS sumanya jenis pndai ckp apa yg dia tahu bkn ckp atau jwb apa yg org tnya. Sbb tu sslalu ponteng parlimen. Kalu dtg pong berkecuali dan jadi pasu bunga.
DeleteRamai lagi puak ph yg termakan fitnah pada pas apa pun islam tetap pas perjuangkan. Kamu perjuangkan apa yg tahu sebar fitnah.
DeletePemimpin PAS puji Najib sebab Islam Najib lebih baik dari pemimpin terdahulu.
Najib guna khidmat bomoh, apa kata PAS?
Pas menyokong benda yang baik benar dan keadilan. Puak ph sokong apa yg dap nak. Sampaykan dah angkat sumpah spiker perak sanggup letak jawatan nak bagi pada dap yg dah terang2 anti islam. Itulah menteliti org melayu yg lebihkan dunia dari akhirat.
Delete