Tuesday, July 03, 2018

P/Pinang Bandar Baharu, Captain Light Menjadi Raja.... -I/Hasyim


Catatan Santai Pulau Pinang Siri 1:

TERINGAT aku kepada kampung kelahiran ku, di Balik Pulau, Pulau Pinang. Teringat aku kepada kawan-kawan lamaku di tempat bermain. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Aduh!!

Teringat aku kepada panntun Melayu yang dinyanyikan oleh orang Melayu Pulau Pinang dan sebelumnya.. Antaranya yang ku ingat sarikatanya sampai sekarang dinyanyikan ibuku kepadaku kecil-kecil dulu...


Satu:


"Pulau Pinang bandar baharu, 

Captain Light menjadi raja
Bagaimana hati tak haru
Melihat bunga kembang seroja."
(pantun empat kerat)

Dan ada juga yang menyanyikan dengan menukar ayat baris ke 3 dan ke 4, kepada..

"Bila ku kenang masa yang lalu,
Jatuh berlinang si air mata."

Mungkin kata-kata yang diajar ibuku itu agak romantik sikit. Tetapi yang mungkin dikawal pemerintah waktu itu, ialah kata-kata pembayang maksudnya iaitu "Captain Light menjadi raja." Itu yang penjajah Inggeris atau bukan Inggeris mahu paksakan ke atas rakyat..


Dua:


Satu lagi pantunnya berbunyi..


"Ram ram pisang 

Pisang masak layu,
Jatuh dalam kubang
Sambaq bapak you."
(pantun empat kerat)

Ertinya pisang kalau nak cepat masak perlu digunakan teknologi waktu itu di'ram', seperti disimpan di tempat panas, tong padi dan lain-lain. Ertinya kena berusaha dan berteknoogi tinggi. Kalau hal begini tidak dilakukan, kaum pribumi atau bumiputera akan kalah bersaing. Berakibat, 'Jatuh dalam kubang, akhirnya disambar 'bapak yu'. Yu adalah sejenis ikan ganas.


Siapa yang dimaksudkan 'bapak you'? Itulah pendatang atau keturunan asing bukan Islam atau bukan Melayu. Waktu itu yang dimaksudkan ialah orang seperti Ketua Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, seorang berbangsa Cina dari Parti PAP, yang meranpas Pulau Singapura dari Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu. 


Juga orang seperti Dr Lim Chong Eau dari Gerakan (sudah 2 yu iaitu Lee Kuan Yew &Lim Chong Eau- kebetulan), merampas Pulau Pinang dari Dato' Wong Pau Nee, Parti Perikatan (bertukar jadi Parti BN), dan dirampas pula oleh Lim Guan Eng dari Parti DAP (adik beradik PAP yang merampas Singapura).


Tiga:


Satu lagi pantun lagu nyanyian rakyat yang pepular di Pulau Pinang hingga sekarang berbunyi..


"Balik Pulau Bayan Lepas,

Sana tepelau sini terlepas."
(pantun dua kerat)

Ertiya, inilah yang berlaku di Pulau Pinang. Lihat ke sana ke Balik Pulau, tempat benteng terakhir hartanah orang Melayu di pulau (tidak termasuk Seperang Perai), Orang Melayu/Islam 'tepelau' atau  bagaikan terpulau. Lihat di sini atau di Bayan Lepas, semua miliknya sudah terlepas. 


Bagaikan seseorang sedang melangut jauh dengannya tangannya memicit dahi, menyesali se ekor burung bayan yang dimilikinya sudah terlepas. Tak dapat ditangkap lagi. Yang akhirnya tempat itu disebut Bayan Lepas.


Burung Bayan.

Aku ngelamun teringat begini, setelah aku terbaca tulisan sahabatku Subky Latif dalam HarakahDaily 'Tanjung bagi Pulau Pinang dicadang tahun 1965 22/6/2018. Menarik tulisannya.

Subki 1

Tulis Hj Subki..
[PROFFESOR Datuk Murad Merican dari USM dalam tulisannya di Sinar Harian menyarankan Pulau Pinang dikenang dengan sejarahnya yang sudah bermula seawal tahun 1734 lagi berdasarkan Masjid Jamek Batu Uban dibina tahun itu, 52 tahun sebelum British mengambil kuasanya dari Kedah tahun 1786.

Sudah ada tamadun Melayu/Islam di pulau itu masa itu. Jika tidak masakan boleh dibina di situ masa itu?

Jika nama Dr. Lim Chong Eu dan Karpal Singh boleh diabadikan bagi jalan dan lokasi tertentu, tanyanya, mengapa nama orang awal mendiaminya seperti Haji Muhammad Saleh @ Nakoda Nan Intan dan lain-lain sebelum kedatangan Kaptan Francis Light ke situ.

Lalu Prof Datuk Murad mencadangkan nama Bandar Georgetown dikembalikan kepada nama asalnya Tanjung atau Tanjung Penaga. Bukan demi menafikan kewujudan majoriti besar penduduk Cina di negeri itu sekarang tetapi semata-mata sebagai pengiktirafan sejarah seperti yang diinginkan oleh UNESCO.

Sebaik merdeka kita ubah kota yang memakai nama penjajah kepada nama tempatan seperti Port Swettenham kepada Pelabuhan Klang dan Jeselton kepada Kota Kinabalu dan lain-lain. Maka Dr.Murad suka Tanjung digantikan bagi Georgetown kerana nama asal sejarahnya.

Saranan beliau bukan yang pertama. Kami dari Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan Pulau Pinang sudah cadangkan nama itu tahun 1965. Haji Sulaiman Palestin, Speaker Pulau Pinang dalam kenyataan medianya mencadangkan agar tahun 1966 dijadikan tahun peralihan penggunaan bahasa kebangsaan sebelum ia dirasmikan tahun 1967 seperti yang disetujui oleh perlembagaan iaitu Bahasa Melayu akan jadi bahasa rasmi sepuluh tahun selepas merdeka.


Rang usul itu dibentangkan di Dun Pulau Pinang oleh Adun Ismail Hashim dari Sungai Dua, Bayan Lepas dan diluluskan.

Menjelang pembentangan itu beberapa orang peminat bahasa diketuai oleh Cikgu Mohd Nor, mantan Yang Dipertua Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung dan mantan Ahli Majlis Tertinggi Umno menubuhkan badan ad-hoc Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan Pulau Pinang. Saya jadi ahli. Anggota lain ialah Harun Hasan, wartawan kanan Utusan Melayu di Pulau Pinang dan setiausahanya Zakri Abadi. Beberapa yang lain saya tidak ingat.


Antara yang kami putuskan ialah menamakan semula Bandaraya Pulau Pinang kepada Tanjung. Sekalipun British menamakan bandar itu Georgetown, nama Raja Inggeris masa Pulau Pinang diambil tetapi semua orang memanggilnya Tanjung. Penduduk Cina yang mulai ramai itu sendiri menyebutnya Tanjung. Pejabat kerajaan saja memakai Georgetown.

Apabila Pulau Pinang diisytiharkan bandaraya sebelun merdeka ia dipanggil Bandaraya Pulau Pinang. Saya tidak ingat ia dipanggil Bandaraya Georgetown. Semua Datuk Bandar yang dipilih dipanggil Datuk Bandar Pulau Pinang. Pilihan raya ahli majlis bandaraya pulau diketahui dengan pilihan raya Majlis Bandaraya Pulau Pinang.


Bila kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Wong Pau Nee mengambil alih kuasa Majlis Bandaraya untuk ditadbir oleh kerajaan negeri iaitu disebut Dewan Bandaraya Pulau Pinang. Georgetown tidak diguna langsung.


Saya tidak tahu apa Cikgu Mohd Nor buat atas keputusan menamakan semula sebagai Tanjung kerana saya pindah ke Kuala Lumpur. Demikian juga Harun Hasan dan Zakri Abadi. Adakah Tan Sri Yusuf Latif Setiausaha Politik Ketua Menteri masa itu tahu hal itu?

Apabila Gerakan mengambil alih kerajaan Pulau Pinang, Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri dan Haji Ahmad Badawi, Timbalan Ketua Menteri, Bandaraya Pulau Pinang jadi Georgetown semula. Tanjung tidak diketahui lagi. – HARAKAHDAILY 22/6/2018]


Demikianlah cerita Subky Latif dalam usaha-usaha memertabat dan mendaulatkan bahasa Melayu/bahasa kebangsaan, bahasa pribumi di negara ini.

Bersambung Insya Allah!

Ibnu Hasyim
Tanjung, Pulau Pinang.
28/6/2018.

E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

12 comments:

Anonymous said...

Aku tinggal di Sg Pinang yang satu masa dahulu terkenal dengan Boria Sg pinang dibawah kelolaan Pak Daud....Sg Pinang tak jauh dengan stadium bandaraya. Aku sokong PH.

Anonymous said...

Cina dia ni. Kalau Melayu pun jenis liberal, se kotak ngan siti kassim.

Ibnu Hasyim said...

Oh, Sungai Pinang Tanjung. Al-hamdulillah! Selamat berkenalan.

Anonymous said...

Cerita sentimen macam bagus untuk kesedaran marhain.. namum isu yang lebih besar jangan dilupakan.. sumbangkan ide untuk membantu kerajaan menyusun strategi mengatasi kemelut ekonomi dan hutang negara, mengembalikan maruah negara, mengatur semula urustadbir negara dan merangka strategi menaikkan ekonomi dan taraf hidup rakyat.

Tunjukkan akal yang waras untuk membantu sesiapa sahaja.. ide kita yang baik kalau diceduk orang.. insya Allah akan menjadi kebaikan untuk kita di dunia dan akhirat. Ia adalah amal soleh.

Bila kerja kita sering mengkritik.. contoh macam saya ni.. niatnye ikhlas nak menegur.. tapi tuan punya badan mungkin terasa.. oleh itu saya mohon maaf.. kesimpulannya.. keluarlah dari sarang lubuk pengkritik.. jadilah penyumbang untuk agama, bangsa dan negara.

Ibnu Hasyim said...

Kepada July 3, 2018 at 9:04 AM
Terima kasih atas komen tuan..

Tuan berpendapat, "kesimpulannya.. keluarlah dari sarang lubuk pengkritik.. jadilah penyumbang untuk agama, bangsa dan negara.".

Pada saya, itu pandangan tak tepat dan salah. Apa lagi dalam dunia demokrasi. Juga dalam Islam, wajib mengkritik, membetul, kerajaan. Mengkritik itu membina kerajaan. Jangan berfikir macam kerajaan atau pengkritik yang tidak normal. Menganggap mengkritik itu pemecah umat. Mereka itu berfikir jumad, diserkup tempurung kegelapan dan kejahilan.

Bawalah berfikir secara Islam, kamu duduk dalam negara yang majoriti orang Islam, belajarlah hormati agama dan bangsa pribumi. Bebaskan dari serkup komunis, sosialis liberal, kapitalis perosak ekonomi dunia, ajaran sesat saperti aminah wadud, liberal atau plural, siti kasim atau spesis jahat sekandang dengannya.

Jangan jadi macam sesetengah pengkritik dalam blog ini, tak mampu berlawan hujah dengan hujah, contohnya spt tuduhan RM90 juta, tuduhan lebai seks, PAS pemfitnah, rasuah, yang masih belum dibuktikan. Tapi masih diulangi. Takut pula nak berkenalan secara dekat bila diajak berjumpa.

Ugut pula penulis blog, nak repot polis, konon polis sedang bertindak. Tulis perkara lucah, mencarut. Lihat nama-nama haram jadah yang suka mencarut, seperti Ted Menoff, Mahligai Seni, dan macm-macam lagi diciptakan.

Blog Ibnu Hasyim, dengan suka hati menyiar semua tulisan mereka kecuali yang lucah mencarut, pun tak sempat baca semua, tetapi saya pula yang pula yang dilucahkan.

"Ya Allah ya Tuhanku, maafkan mereka, kerana mereka tidak tahu..

Anonymous said...

apa kurangnya admin bila guna perkataan haram jadah.inikah ajaran admin pada org awam.
taada manusia yg 100% baik.kena lihat juga kelemahan diri seolah2 org lain tak islamik.
sentisa pandang buruk pada orang.

Anonymous said...

Kita sbgai parti islam memang menjunjung sistem demokrasi. Ia ciptaan yg mulia

Anonymous said...

Di mana lucahnya perkataan 'haram jadah'? Apa maknanya?.

Anonymous said...

haram jadah maknanya anak haram.

kena tahu asal usul.asal dari bahasa parsi/urdu/hindi.

haram === haram

zadah/zadeh === anak

bahasa yg ibnu guna memang tidak baik tapi apa boleh buat dia parti suci dan di anggap maksum.


Anonymous said...

kepada July 3, 2018 at 3:44 PM .

T.kasih kerana menjelaskan. haram jadah. Tun M dan Najib pon pernah sebut 'haram jadah'.
Nak tanya lagi, betulkah 'haram jadah' tu kata biasa, sedangkan lucah tu kata jijik , penghinaan dan ke'kurang ajar'an?

Anonymous said...

ikut suka tuan.

anak saya kalau guna perkataan itu saya akan rotan.

bagi saya siapa pun yg guna perkataan itu memang taada adab.
mungkin bagi tuan perkara biasa.

Ibnu Hasyim said...


Kepada July 4, 2018 at 9:03 AM
Kepada July 3, 2018 at 1:58 PM

Terima kasih atas nasihat tuan. Insya AAlah,hal-hal seperti tidak akan berlaku lagi kepada saya. Insya Allah! As-salamu 'alaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails