Wednesday, July 11, 2018

Rais Yatim Pun Persoal Kerajaan PH Tak Mampu Turunkan Harga Barang.


Bekas menteri penerangan, Tan Sri Rais Yatim berkata rakyat Malaysia kini gusar kerana harga barangan dan kos sara hidup tetap sama meskipun kerajaan telah bertukar. 

Katanya, dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Pakatan Harapan (HARAPAN) menjanjikan kenaikan kos sara hidup akan dapat diatasi sekiranya mereka berkuasa. Bagaimanapun, Rais berkata keadaan hidup rakyat pada tetap sama sepeti sebelum PRU lalu.

“Harga barang tak dapat diturunkan, tahap kos kehidupan belum nampak berada di paras selesa, harga minyak sedang digusarkan oleh rakyat juga tidak ada turunnya. Malah tak ada ansurnya dari kerajaan yang dulu, kena lihat dari mereka berkuasa.

“Tentang tol yang dihujahkan oleh rakyat, (mereka kata) kami sudah bayar cukai jalan dan cukai jalan itu nilainya berbilion setiap tahun, adakah ini tak dapat diambil kira oleh kerajaan,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, Khamis lalu.

Rais yang disebut-sebut antara calon speaker Dewan Rakyat berkata rakyat tidak kisah siapa yang menjadi anggota kabinet kerajaan baru asalkan kos sara hidup dapat diatasi dan mengecapi kehidupan yang selesa.

“Yang mereka kisah sama ada kehidupan itu bertambah selesa, keamanan wujud, berniaga mudah, interaksi dengan kerajaan dalam keadaan menggalakkan,” katanya.

Pada kempen PRU14, HARAPAN melalui manifestonya berjanji akan menangani kos sara hidup dalam masa 100 hari pentadbirannya antaranya menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Selain itu HARAPAN juga berjanji akan menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar serta menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.

Kini masuk lebih 50 hari pentadbiran HARAPAN dan mereka sudah pun melaksanakan kadar sifar GST, 1 Jun lepas. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut berkata hasil kajian pihaknya yang mendapati 70 peratus barangan pengguna mengalami penurunan harga sejak pelaksanaan kadar sifar GST.

Bagaimanapun pelbagai pihak mempersoalkan kenyataan Saifuddin itu termasuk Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Sufian Hamdan yang mendesak menteri berkenaan mendedahkan laporan kajian supaya rakyat dapat membuat perbandingan dengan realiti harga di pasaran.

Saifuddin bagaimanapun mempertahankan hasil kajiannya selain pemantauan oleh penguat kuasa KPDNHEP selama sebulan, beliau sendiri dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peniaga ketika melakukan tinjauan termasuk di Pasar Bayan Baru, di George Town.

Sementara itu, Rais berkata menteri berwajib dalam HARAPAN seharusnya berterus terang kepada rakyat berkaitan kos sara hidup termasuk kewangan negara.

“Kita kena berterus terang dengan apa yang diluahkan sebenarnya berada di tahap rakyat hari ini, saya rasa keadaan paras kedudukan kewangan negara, pertukaran wang menampakkan matawang Malaysia turun, ini pun menjadi isu kepada rakyat biasa. “Perlu juga menteri kewangan banteras keadaan ini kepada munasabah dan tak boleh dikatakan faktor itu ini sebab masa kita berkempen dulu, kita kata menang sahaja esok minyak turun, menang sahaja, esok tol mula kita redakan kedudukannya, yang itu nampak belum berlaku,” katanya.

MR : Kerajaan nampak lebih banyak memberi alasan daripada mencari ikhtiar untuk memastikan janji mereka dapat ditunai. Jangan sampai rakyat kena kencing... akhir tak ada perubahan yang berubah hanya daripada harimau kepada buaya.... 

10 comments:

ted manoff said...

Menangani permasalahan yg di tinggalkan oleh BN bkn mudah. Satu persatu perlu di teliti dan kena fikirkan tindakan terbaik utk menanganinya..

Tun ambil alih kerajaan dr Najib dlm keadaan terlalu byk kerosakan.

Sesungguhnya ianya tak semudah ketika Pak Lah amik alih jawatan PM dr Tun dan ketika Najib mengambil alih jawatan dr Pak Lah.

Kita sebagai orang yang kat bawah2 ni, teruskanlah beri sokongan padu kepada kerajaan baru. Kalau tak mampu bantu, cukuplah dgn cara jgn menambahkan masalah baru kepada kerajaan...

Jangan harap kerajaan baru utk buat magik atau sorokkan kekotoran di bawah karpet..

Anonymous said...

Hahaha pikior duit jer mamat ni. Aqidah mcm mana? Liberalisma, lgbt, judi, jakim, tahfiz ....... Bab duit sama level je dgn cara kapir berpikir. Silap2 lebai yg pakai serban pun kena kritik dgn mamat ni. Pakai serban pun buat silap, tak pakai serban tentu cara pikir corak kapior.

ikan said...

harga barang tak turun takpe yang penting kena dapat diskaun macam ada seorang pembesar tu. harga kereta semasa 300k dia dapat diskaun 100k. so ok la tu. agaknya org ganu nanti boleh la belajo camne nak dapat diskaun macam tu. org kelantan semua dah dapat. lagipun sengaja je nak biarkan pembangunan lambat biar dia seorang je yang maju. tak gitu lebai..

Anonymous said...

2:22

Emosi pun kena jaga. Jangan senang2 kita tuduh orang itu kafir, ada 4 saksi yg kena tuduh tu menyembah selain Allah dan akidahnya tersasar dari Allah?

Anonymous said...

GST dah tak de pun satu rahmat. Nak turunkan harga barang bukan mudah sebab ia "permainan" pembekal, tapi sekurang2nya pasar kembali dipenuhi pengguna.

Anonymous said...

Barua-barua, penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin pakatan dajal sangat pandai mencipta:

(1) pelbagai janji untuk menipu rakyat supaya rakyat mengundi pakatan.

Bila pakatan sudah menang, pakatan memungkiri semua janji pakatan dengan pelbagai alasan bodoh.

Kasihan barua, penyokong dan pengundi pakatan di' kencing hancing' oleh rejim pakatan.

(2) pelbagai dakwaan karut marut @ fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam, ulama Islam dan parti Islam PAS dan umat Islam.

Ini bererti pakatan dajal telah menghasut rakyat membenci parti Islam PAS dan perjuangan Islam.

Oleh sebab itu, kita tidak merasa hairan melihat pemimpin pakatan menentang undang-undang anti-berita palsu @ fitnah.

Kemenangan pakatan dengan menyebarkan fitnah adalah kemenangan syaitan. Orang yang tidak bermoral sudah pasti memperjuangkan fitnah.

Anonymous said...

Kata orang2 tua:

1- Kalau kita kata BARUA kat orang lain, kita sebenarnya lah yang BARUA.

Kata alim-ulama:

1- Kalau dengan mudah kita menuduh orang Islam yang lain KAFIR tanpa bukti berkaitan akidah, maka kita sendiri yang jatuh KAFIR.


Jagalah perangai dan akidah kita ! Politik ini hanya warna warni dunia sahaja, jangan kita dikawal politik dan menyembah ahli politik.

Anonymous said...

Wah barua dedak roket 2:45 pm berlagak 'suci' sambil:

(1) membela barua ternakan pakatan yang telah menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam dan parti Islam PAS pimpinan ulama.

(2) membela puak kafir yang telah menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat beragama Islam untuk mengamalkan ajaran Islam dan menghina agama Islam dan memuliakan agana kafir.

Jika seseorang mendakwa dirinya beragama Islam tetapi dia sengaja menghina ajaran Islam seperti Hudud yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, maka sesungguhnya dia telah kafir.

Anonymous said...

Jika seseorang menyokong DAP atau parti sekular liberal yang telah menghina Islam, maka dia juga tergolong kepada puak DAP atau puak sekular liberal dan dia bukan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Kenyataan ini dibuat berdasarkan hadis.

Ibnu Hasyim said...

Awas Ibnu Hasyim tiruan..
Lihat ini..

[Ibnu hasyim said...
Wah,barua2 pas umno nk salahkn cina plk.dulu lebai bersama dap tk pula buka mulut pasal ni.sejak parti lebai gila kalah barua2 terus meroyan.barua2 pas kini bersama umno urk jatuhkan kerajaan islam yg diketuai ph. Pergi mampos sama lobai gila seks.
July 11, 2018 at 5:11 PM ]

Kalau begini adakah perlu saya tutup bahagian komen terus. Atau ditapis dulu. Atau ditutup untuk orang-orang tertentu. Saya dah beri peluang lama terus siar tanpa tapis, tapi puak-puak spesis jahat salah guna kebaikan yang diberi, Mereka menikam Islam melalui blog ini.

Apa pandangan anda?

July 11, 2018 at 5:41 PM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails