Individu yang mewakili pelbagai parti politik dan NGO berkumpul untuk membincangkan isu yang melanda umat Islam di Malaysia malam tadi.-Foto/FB Firdaus Wong Wai Hung
KUALA LUMPUR 10 Julai - Sekumpulan hampir 100 individu mewakili pelbagai parti politik, NGO dan gabungan hadir dalam mesyuarat tergempar mempertahankan kedaulatan Islam di Wisma MRM (Multiracial Reverted Muslims) Wangsa Maju di ibu negara malam tadi."Ketepikan perbezaan politik dan ideologi kita dan bersama menunjukkan perpaduan kita menyuarakan bantahan kepada mereka yang tidak hormat pada Perlembagaan negara.
Pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung dalam Facebooknya berkata, program bermula pukul 9 lama dan berakhir hampir jam 12 tengah malam itu mencapai satu persetujuan menubuhkan Sekretariat Muslim Mempertahankan Kedaulatan Islam di Malaysia.
"Insya-Allah sahabat semua yang bukannya ahli mana-mana parti dan NGOi juga boleh terlibat dan bersama mendaulatkan Islam di tanah air tercinta ini. Doakan sekretariat ini terus teguh dan mengetepikan perbezaan kita demi mendaulatkan Islam. Allahuma Ameen," kata Firdaus.
Firdaus yang dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat berkata, satu tindakan awal akan diputuskan oleh sekretariat tersebut Selasa depan dan pengumuman akan dilakukan oleh semua wakil parti dan NGOi yang terlibat kepada ahli mereka serta menerusi media sosial.-UTUSAN ONLINEhd
5 comments:
Perancis mara ke akhir piala dunia salah PH...???
Perlu kerr tubuh ngo..dah sesak sgt kerr org melayu kini..??
Sejak umno dn pas klh teruk apakah melayu terbangsat..??
Tuan ibnu kah yg terbangsatt..??
Apakah tuan ibnu mahu kerajaan bn yg kurupsi kekal..?
Pergii mampos dgn lobaii2 kingmaker..
Ted manoff dan rakan ph gembira umat islam ditekan kerajaan boneka dap masih seronok sebab perjuangan puak ph berjaya mengangu urusan umat islam sehinggakan us kazim terpaksa menjual sebahagian pusat tahfis. Bergembiralah didunia ini ted dan puak ph. Kami umat islam tetap istikomah perjuangkan islam . Kamu dng ugama kamu kami tetap perjuangkan islam. Takbirrr
Jng guna isu kerajaan bn yg dah kalah isu sekarang kerajaan sekarang yg terlalu menekan umat islam takkan kamu tak tahu isu yg berlaky sekarang. Najib dah kena dakwa tunggu bicara biarkan dia umno pun sebuk nak bangkit semula tapi kamu sebuk nak hina umat islam yg memperjuangkan islam. Sapa sebenarnya kamu ted
Aikkk...pusat tahfiz lain elok je operasi, x yah jari celebriti pun bole je tampung tahfiz. Kenapa yg salah Kerajaan PH plak. Apa kena mengena. Fitnah dah jadi wirid harian walaun2 cagu ni. Lain kali jgn kawan dgn CIA, CIA ni la punca perpecahan umat islam dgn adu domba melaga-lagakan sesama islam. Pesan kat nik abduh, tobat la. Suh dia jadi agen coway je....kahkahkah...x ye pun jadi agen serbuk serangga...kahkahkah
Bengong ted manoff. Fitnah ke bola pulak. Dah bertingkat2 bengong.
Dok sebuk hina Lobai2. Bukan senang nak pegi minta maaf dgn lobai2 dan org melayu yg kena fitnah.
Bukti xde langsung, main cakap kosong.
Tapi mungkin ted ni non muslim tp fasih berbahasa melayu.
Post a Comment