Thursday, July 05, 2018

Siapa Sebenarnya Syiah Di Malaysia? Pengerusi PKR Perlis?


PERTEMUAN wakil-wakil agama dengan penasihat kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan kembali isu Syiah apabila wakil mereka turut dijemput memberikan pandangan. 

Wakil yang menyampaikan pendirian yang menyebelahi Syiah ialah Dr. Mohd Faizal Musa, pensyarah dan pengarang yang lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani. Faisal Tehrani telah banyak kali terpalit dengan kontroversi dikaitkan dengan Syiah, yang didakwahkan melalui karya-karyanya.


Beberapa buah buku beliau telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, antaranya Sebongkah Batu Di Kuala Berang terbitan PTS danPerempuan Nan Bercinta terbitan ITBM. Beliau turut menerbitkan buku yang bertajuk Ingin Jadi Nasrallah, menunjukkan kekaguman beliau pada Hassan Nasrallah, pemimpin kumpulan Syiah Hizbullah di Lubnan.

Faisal Tehrani telah menyampaikan pandangan yang mahukan lebih kebebasan untuk masyarakat Syiah di Malaysia. Beliau turut menerbitkan buku yang bertajuk Ingin Jadi Nasrallah, menunjukkan kekaguman beliau pada Hassan Nasrallah, pemimpin kumpulan Syiah Hizbullah di Lubnan. Faisal Tehrani telah menyampaikan pandangan yang mahukan lebih kebebasan untuk masyarakat Syiah di Malaysia.

Menurut Faisal Tehrani, masyarakat Syiah didiskriminasi di Malaysia dan dilayan secara tidak adil oleh kerajaan. Persoalan yang perlu ditanya ialah kenapa sekarang beliau diberikan peluang untuk menyampaikan pandangan membela Syiah?

Satu lagi soalan tidak kurang penting ialah kenapa kerajaan baru mahu melayan orang seperti ini? Adakah ini menandakan keterbukaan baru yang akhirnya membolehkan Syiah diterima sebagai salah satu mazhab Islam di Malaysia?
Ini tidak mustahil kerana pandangan diutarakan Faisal Tehrani ini menolak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menghukum Syiah sesat. Kerajaan baru juga sibuk mempertikaikan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan mempertikaikan pihak berkuasa agama.

Sesuai dengan slogan yang mereka canang, “Islam untuk semua” dan “tidak ada paksaan dalam agama,” nampaknya tidak jauh lagi untuk Syiah diberi pengikitrafan. Mereka pun sudah lama menyarakan agar Malaysia lebih terbuka dengan kepelbagaian dalam agama termasuk Syiah.

Rata-rata pemimpin Pakatan Harapan percaya dengan kebebasan beragama dan ini termasuk memberi kebebasan kepada Syiah. Banyak pihak sudah mula bimbang dengan kemunculan Syiah dalam kerajaan baru PH yang baru memerintah. Mohamad Sabu sebelum ini pernah kecoh dengan dakwaan yang beliau menganut fahaman Syiah. Beliau kerap ke Iran dan sering menyebut nama-nama pemimpin Iran dan Hizbullah di Lubnan dan memuji mereka.

Rakan beliau dalam Parti Amanah Negara (PAN) yang sekarang menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka juga didakwa pengikut Syiah. Maka jelaslah, kalau benar, ini bermakna Syiah sudah memegang Kementerian Pertahanan Malaysia dan menjadi ketua di sebuah negeri. Sudah tentu mereka lebih mudah melebarkan pengaruh dan menyebar fahaman mereka secara perlahan dan berperingkat.

Maka langkah menemui dan menyampaikan pandangan kepada Majlis Penasihat Negara itu satu peluang yang mereka telah berjaya manfaatkan. Halangan-halangan awal telah mereka lepasi, dan semakin mudahlah mereka mahu jadikan Syiah sebagai satu mazhab Islam yang diterima di Malaysia. – Mynewshub.tv
Video: Ust Don Daniyal - Bahaya Syiah

16 comments:

ikan said...

syiah ni kafir ke? memang dorang ada silap. kan lebih elok kita bangun tengah malam mohon kepada Allah supaya mereka ditunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya. kan Nabi pernah sabda barang siapa yang mengucap walaupun depa masuk neraka tapi bukan untuk selamanya asalkan depa tak syirik. tu aje. kan elok kita doa supaya semua umat diberi hidayah. kadang mereka yang diberi hidayah dengan ilmu lebih baik dari islam yang sejak dari kecil. terima kasih Allah dengan hidayah ini yang diberi tanpa perlu susah payah.

Anonymous said...

Benda ini silap-silap makin berkembang kalau berterusan didedahkan nama-nama orang yang berfahaman Syiah. Tujuan nak kenakan orang itu tapi nama-nama tersebut membuat orang lebih ingin tahu tentang syiah.

Mohamad Sabu, Khalid Jaafar, Faisal Tehrani .. selain dari mereka yang menjadi pemimpin peringkat negeri.
adalah orang yang berpengaruh.

Mana mungkin mereka tidak dapat bezakan buruk dan baik nya Syiah.

Dari situ akan bermula orang ingin lebih tahu tentang Syiah.

Sebaik-baik nya dalam hal ini masing-masing hendak lah tunjukkan kebaikan fahaman mereka.

Pendekatan Presiden Sunnah Wal Jamaah sudah cukup buat orang meluat jika di bandingkan dengan orang berfahaman Syiah. Nasib baik ada orang seperti Ustaz Don...

Anonymous said...

Nanti sy arahkan arab saudi haramkan iran& lubnan dtg mengerjakan haji ye ibnu hasyim..bila ibnu hasyim nk mati ni??pas mele

Anonymous said...

Adakah ibnu hasyim cuba menjaja fitnah menteri,kementah & km melaka???habis la ibnu hasyim..minta pihak kementerian pertahanan & kerajaan negeri melaka,amik tindakan dgn kadar segera!Yg ni xfitnah,pas melepas lg speaker dun kedah..yg tinggal speaker radio je..tu pn dh nk buang.

Anonymous said...

...."memang dorang ada silap".....
Allah jadikan manusia lebih baik dan mulia drp Lembu/haiwan adalah keran AKAL, manusia ada otak dan lembu pun ada otak. memang manusia ada buat silap tapi gunalah akal untuk
membetulkan kesilapan, membunuh sesama Islam, isteri Nabi Muhammad saw dikatakan masuk neraka.....Sebelum membuat sesuatu komen tolonglah ambil tahu apa yg hendak dikomenkan, jangan ikut sedap 'otak" aje, gunalah akal kalau tak sama je macam Lembu...

Anonymous said...

Sesat dan Kafir adalah 2 entiti yang berbeza.Harap jangan dikelirukan bila lontarkan pandangan.

Anonymous said...

PKR-Parti Pengikut Syiah..
ha ha ha

Anonymous said...

Pengasas syiah yg asal adalah Abdullah bin Saba, seorg yahudi. Jd mana boleh dikatakan Islam.
Maka tentunya perlu dibendung. Video itu pun dah menunjukkan kesesatan syiah. Mat Sabu dan pan jelas sangat selesa bersama dap, dan tendang ulamak. Sama mcm dap tendang ulamak. Kemesraan itu antara pan dan dap adalah kesatuan yg ada rantaian melemahkan Islam yg benar.
Ini bukan soal membuka aib, tp kembalikan fitrah manusia ciptaan Allah, pastinya dgn Islam bukan selainnya.

Anonymous said...

Saya minta maaf tuan-tuan pembacaa..
Kerana sebelum ini saya ada menuduh Hadi syiah.
Maaf saya terikut orang lain, saya juga nak minta maaf kepada presiden PAS itu.

Anonymous said...

jika tuan mahu percaya fatwa ulamak yg mengatakan shia adalah kafir atau sesat, ada baiknya tuan kaji dulu, adakah ulamak2 tersebut ada beri jaminan, mereka tak akan berlepas diri dari kita di akhirat besuk seperti maksud ayat Quran 2:166-167?
[166]
(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.
[167]
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.
jika tak ditemui jaminan tersebut, berlumba2 membuat kebajikan, lebih mengamankan dunia islam hari ini.

Anonymous said...

July 5, 2018 at 12:33 PM

T.kasih.

Anonymous said...

Ini lah akibat nya bila " mkn blh sbrg mkn , ckp jgn sbrg ckp". Sepatut nya " mkn jgn sbrg mkn , ckp jgn sbrg ckp , tulis jgn sbrg tulis".

Anonymous said...

Itu lah tak masuk akal.

Kalau sampai membunuh sesama Islam dan isteri Nabi Muhammad saw dikatakan masuk neraka. Termasuk lah pengasas Syiah adalah seorg yahudi, mengapa Syiah masih berkembang dan di takuti.

Kenapa masih ujud sehingga sekarang ?

Adakah fahaman Syiah begitu atau hanya segelintir sahaja yang sanggup terbunuh dan dakwa Isteri Nabi sallahhuailiwasallam masuk neraka ?

Seperti parti PAS, bukan semua ahli yang terima ada nombor ahli PAS boleh masuk Syurga dan suka mengkafirkan orang ..

Kenapa tak bagi peluang orang Syiah menjelaskan apa yang sebenarnya ?


Anonymous said...

Para ulama telah mengkafirkan syiah rafidhah, seperti Imam Ahmad bin Hambal, Imam Malik, Ibnu Hazm, Imam Bukhari, Imam Syaukani, Imam Ahmad bin Yunus, dll rahimahumullah.

Lagi satu tuan.. Hidayah perlu dicari... Diusahakan bukan menunggu sahaja.. Mmg perlu setiap hr berdoa utk diberikan hidayah kpd diri sendiri keluarga n msyrkt. Nmun individu perlu jg berusaha

Anonymous said...

tingkatkan sedikit ilmu atau
kurangkan sedikit kejahilan.
shia dah wujud di zaman Nabi saw lagi.
http://shiapilgrim.blogspot.my/2015/08/who-named-shias-shia.html.
walhasil,
[Shakir 5:48] .... therefore strive with one another to hasten to virtuous deeds; to Allah is your return, of all (of you), so He will let you know that in which you differed;
Aman.

Hadigol said...

pertama kali saya setuju isu ini dibincangkan walaupun byk yg saya hentam tuan ibnu dlm isu2 politik yg lain.

walaupun menyokong PH, isu syiah melangkaui partisan. pro syiah boleh jadi ada dlm mana-mana parti atau ngo dn org perseorangan. Kita harap ibnu ikhlas menulis tentang syiah ini dn bukan kerana ada tokoh PH yg dikaitkan dgn syiah.

sy akui syiah pernah dikaitkan dgn mat sabu dan beberapa pemimpin PH. mungkin kebetulan mereka itu menyokong perjuangan jatuhkan bn tapi kebetulan mereka tertarik dgn perjuangan syiah. malah hj hadi juga pro syiah dan iran. Hadi dan mat sabu berjuangan dizaman pengaruh revolusi iran yg dianggap hero umat islam ketika itu tapi mereka masih menyanjung iran hingga kini.

Mengkagumi tokoh2 syiah atas ketokohan dan perjuangan mereka dlm politik adalah tidak salah tpi masih tidak wajar kerana mereka membawa nafas syiah dlm perjuangan politik juga. Ia umpama kita mengkagumi perjuangan Abu Jahal, Firaun dll yg juga hebat tp berbau kesesatan. Begitu juga tidak wajar mengkagumi Nasrullah atau Khomeini.

Dari segi akidah kita tk pasti mereka itu betul2 syiah atau sekadar pengkagum. Ini kerana mereka masih kelihatan sunni. Tp bimbang juga kerana syiah berakidah takiyyah yg menyembunyikan isi sebenar hati mereka. Kita harap mereka itu ikhlas Islam sunni dan menolak fahaman syiah.

Kita berharap dlm melaksanakan dasar2 negara jgn ada mereka itu membuka ruang luas kepada syiah seperti menambah hubungan dua hala dgn iran terutama dlm hal pertahanan, membenarkan artikel2 perjuangan syiah tersebar, memberi hak sama rata kpd syiah utk mengamal agama mereka dan cuba meminda fatwa haramnya syiah dlm negara ini.

Syiah amatlah bahaya, masa kecil sgt lunak sebagai kawan, bila dah kuat mereka ketagihkan darah dn nyawa umat islam. Utk mengenal syiah, kajilah ajaran agama mereka, jgn semata2 kagum dgn perjuangan politik mereka saja. Terlalu byk kesesatan dlm ajaran mereka. Kita tidak mengkafirkan syiah yg masih bershahadah tetapi mereka membawa ajaran sesat yg nyata.

Sekian dulu semuga syiah tidak berkembang dlm negara ini. Aamiin. Tahniah tuan ibnu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails