RAIS Yatim (kanan) melayan tetamu ketika mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Ampang Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim berkata beliau tidak menerima sebarang 'isyarat' tentang pencalonannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.
Bekas menteri dan veteran UMNO itu, yang namanya disebut-sebut bakal menyandang jawatan itu, berkata sebarang keputusan bergantung kepada usul yang akan dikemukakan pada Sidang Dewan Rakyat bermula 16 Julai ini.
"Sebenarnya saya secara formalnya tidak menerima apa-apa isyarat. Saya fikir ini salah satu reaksi masyarakat dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mengemukakan pandangan tersebut.
"Namun semuanya bergantung kepada usul yang mungkin dibawa oleh pihak berkuasa pada 16 hari bulan ini, hanya selepas itulah agaknya boleh ada penyusulan," katanya kepada Bernama pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya, hari ini.
Menurut Rais, buat masa ini perkara itu tidak wajar dibangkitkan kerana pencalonan bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dibuat oleh pelbagai pihak baik dari pihak kerajaan ataupun pembangkang.
Rais, yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang undang-undang, sebelum ini dikatakan calon pilihan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Nama lain yang turut disebut-sebut ialah bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga sebelum beliau menolak spekulasi itu, selain bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh yang dikatakan calon pilihan partinya DAP.
Hannah kini merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Persidangan mesyuarat pertama penggal pertama, majlis Parlimen Ke-14 dijadual berlangsung selama 20 hari, mulai 16 Julai ini dengan urusan pertama mesyuarat pada hari berkenaan adalah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Istiadat pembukaan persidangan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada keesokan harinya, iaitu 17 Julai pada jam 10 pagi. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jawatan Speaker Dewan Rakyat, mengapa Rais tak terima isyarat pun? Ada main kayu tiga juga ke? Tak mungkin, awal lagi..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jawatan Speaker Dewan Rakyat, mengapa Rais tak terima isyarat pun? Ada main kayu tiga juga ke? Tak mungkin, awal lagi..
8 comments:
jawatan ini mngkin penting semasa perbahasan, dap mmg berminat dgn jawatan tersebut, kalau takde apa2 pd jawatan tersebut tak mgkin dap berminat
Bukan Rais ler tu, aku la...aku dah dapat surat
Kita lantik ibnu hasyim jd speaker kat neraka nnti..haha..nnti aku paksa hadi awang jd speaker..
Kita terima isyarat pakatan akan lingkup dalam PRU15 kerana rakyat telah di'kencing hancing' oleh barua dan pemimpin pakatan sekular liberal- kafir harbi.
Woi barua dedak roket 2:21 pm, semakin banyak kamu menulis, semakin bodoh kamu kelihatan.
Neraka itu adalah tempat tinggal untuk manusia sesat lagi menyesatkan seperti kamu yang telah menghina dan menfitnah ulama Islam dan perjuangan.
Keh keh keh PAS yang hancur....sekarang dah tak mahu 3 penjuru, baru nak sedar? Kalau nak jadi pembangkang kena bersatu...
Ya Allah, berilah taufik dan hidayah kepada balaci-balaci anti Islam yang menyalak bukit kekuasaan Mu. ya Allajh!
yg lebai meroyan ni kenapa?. Lantak la PH nak lantik sapa pun speaker. Ke berangan nak jadi speaker gak lebai nih?. Diam2 antor nama kat Madey nih kan kan kan...kahkahkah...lebai x dpt jadi king maker berangan plak nak jadi speaker.kahkahkah...lebai jadi dumb n dumber je la...kahkahkah..
Post a Comment