Tuesday, July 17, 2018

UEC: Kenapa Pemimpin Melayu PH Senyap?

UEC Ketua Sekretariat Gerakan Pembela UMMAH, Aminuddin Yahya bercakap pada sidang media mengenai pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) di Ibu Pejabat Muafakat, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta supaya campurtangan berhubung langkah kementerian pendidikan yang mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Perkara itu ditegaskan Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahya yang mahu Perdana Menteri mengotakan kenyataannya satu ketika dulu menolak pelaksanaan UEC oleh kerajaan.

“Tun M pernah dulu satu ketika masa pemerintahan yang lepas menolak UEC ini. Jadi kita cadang supaya Tun M sendiri mengotakan balik kenyataan beliau dan niat untuk mengambil balik Kementerian Pendidikan itu difikirkan semula.

“Nampaknya menteri pendidikan yang baru ini tak berapa stabil sikit. Mungkin kerana baharu, mungkin dia cerdik tapi sebab baharu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO yang membantah mengenai cadangan pelaksanaan UEC.
Syed Hassan Syed Ali Syed Hassan Syed Ali
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali kecewa melihat anggota Kabinet berbangsa Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya melayani kehendak kaum tertentu dan hanya mendiamkan diri.

Beliau mendakwa, berdasarkan pemerhatiannya, apa sahaja permintaan yang dihajati oleh kaum selain Melayu dituruti tanpa pertimbangan.

“Mana pimpinan tertinggi dalam majlis masing-masing (parti). Tunjuklah hero sikit dalam memperjuangkan Melayu. Berjuang untuk Islam. Semuanya senyap.
“Saya baru dengar di Melaka ada pimpinan Amanah (PAN) yang letak jawatan kerana tidak puas hati. Yang macam tulah kita nak,” katanya pada sidang media sama.

Menurut Syed Hassan, pimpinan Melayu dalam PH tidak wajar untuk bersetuju dalam apa jua bentuk keputusan yang dibuat oleh gabungan dalam kerajaan sekiranya ada perkara-perkara yang membelakangkan bangsa dan agama. – MalaysiaGazette

18 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Ibnu,

Berikut adalah isi hati saya yang ikhlas kepada Tuan Ibnu. Tuan Ibnu memang seorang yang ikhlas dalam menyampaikan dakwah. Matlamat Tuan baik tapi cara tuan berdakwah dengan memuatkan petikan-petikan yang provokasi dan berat sebelah boleh memecahbelahkan Ummah.

Ilmu politik dan ilmu dakwah Tuan perlu dipertingkatkan lagi. Dengan ilmu Tuan yang tak seberapa, pekerjaan Tuan menjadi sia-sia.

Lebih baik Tuan menggunakan masa Tuan yang terluang untuk beribadah, berzikir, berselawat Nabi, beristifar, membaca sirah-sirah Nabi dan sebagainya. Ini bekalan ukhrawi sebenarnya.

Tapi kalau tuan mahu mencari publisiti, teruskan menjalankan urusan blog Tuan.

Mohonlah petunjuk dari Allah dan beristiqarahlah kerana ianya jalan mudah untuk memohon petunjuk.

Maafkan saya jika terkasar.

Wassalam.

Warisan sunnah wal-jamaah.
Baba Rahman

ted manoff said...

Syed ali perkasa nii mmg lahanat..mula2 sokong tun sebelom pru lalu bila najib bagii dedak dekat perkasa buat u turn sokong najib plk..bila najib tumbang dedaq dh xde nk masuk bersatu balik tapi dah ditolak..sudahnya meroyan mcm sekarang..kikiki pdn muka..

ted manoff said...

Biasalah..tuan ibnu nii batuapi. .tugasnya pecahbelahkn umat..

ted manoff said...

cuma aku sorang dalam dunia ini yang betul, lain semua salah. masuk neraka.
yang di atas tu, Warisan sunnah wal-jamaah.Baba Rahman. pun masuk neraka, nak nasihat orang konon.

Anonymous said...

ted manoff..

aku kenai Baba Rahman


tarik balik kata2 hang kat dia, nanti di dunia patah balik kat hang. Politik hang aku sokong, kata2 hang kat Baba Rahman terlanjur sangat, hang belum jumpa dia.

Ibnu Hasyim said...

Awas Ibnu Hasyim tiruan..
Tambah lagi
Lihat ini.

[Ibnu hasyim said...
HAPUSKAN PAS!!! IBNU HASYIM SOKONG PAS DI HAPUSKAN!! PARTI JUMUD SESAT!
July 16, 2018 at 4:03 PM ]
[Ibnu hasyim said...Wah,barua2 pas umno nk salahkn cina plk.dulu lebai bersama dap tk pula buka mulut pasal ni.sejak parti lebai gila kalah barua2 terus meroyan.barua2 pas kini bersama umno urk jatuhkan kerajaan islam yg diketuai ph. Pergi mampos sama lobai gila seks.July 11, 2018 at 5:11 PM ]
[ Ibnu hasyim said...Korang sembanglah dulu,aku nk kongkek ni,mlm wajib buat anak.July 12, 2018 at 11:49 PM ]
Kalau begini adakah perlu saya tutup bahagian komen terus. Atau ditapis dulu. Atau ditutup untuk orang-orang tertentu. Saya dah beri peluang lama terus siar tanpa tapis, tapi puak-puak spesis jahat salah guna kebaikan yang diberi, Mereka menikam Islam melalui blog ini. Atau adakah perlu saya buat report polis.

Apa pandangan anda?

Anonymous said...

Baba Rahman bukan sembarangan orang. Bukan semua orang dapat bertemu dengan dia. Kemampuan Allah beri kat dia terlalu banyak, dia bukan orang biasa.

Anonymous said...

Baba Rahman berlidah hitam. Kerap orang nampak di Mekah walaupun ketika dia ada di Kedah. Dia dapat ghaib. Dengar kata, ular pun mati hanya dengan tiupan angin mulutnya sahaja...Ted Manoff...bertaubatlah!

ted manoff said...

aku tak tarik balik. Baba Rahman tu sama dengan Baba longseng penjilat juboq Belanda semasa menjajah Indonesia. Sekarang dia tengah jilat juboq PH.
jangan percaya dia.

Anonymous said...

Ted Manoff..kamu jumpa buku dengan ruas..ha ha ha ha

Lain kali jangan nak tunjuk samseng kat semua orang. Orang yg patut kita hormat, kita hormat, orang yg patut kita marah, kita marah ler....

Topik PH atau PAS dah hilang?

Anonymous said...

Jilat juboq PH tak apa. Bukan macam Ted manoff jilat juboq guan eng, berak tak basuh.

Anonymous said...

Sudah. sudah. sama-sama lwn PAS pun nak gaduh? Kamu biar PAS lagakan kamu????

Anonymous said...

Mereka tak berhenti pertahankan dap berbanding Islam. Guna Islam utk pertahan dap kafir lebih jahat perilakunya.

Anonymous said...

Baba Rahman tu bukan ahli politik, kenapa kamu ganggu dia ted manoff...Hj Aziz Pendang (aruah), Hj Razak Pendang (aruah) pun hormat dia. Semua tok2 guru di utara Malaysia, kelantan dan Pattani respek sama dia.

Kalau dia berdoa kat hang, siap la hang...kalau Allah izin tunggu esok atau lusa saja...cepat buat wasiat, mana tau kut-kut Allah bagi hang lumpuh nanti....

Anonymous said...

Pas istiqamah dlm perjuangan. Huruhara sekarang sebab pan dengan asuhan dap merosakkan Islam.

Anonymous said...

Bro, PAS istiqamah dengan FULUS...sampai ceramah pun ada tin milo....tak terima speaker TAPI terhegeh-hegeh angkat sumpah MP sebab FULUS masyuk...Audi nak beli insuran, Mercedes roadtax mati, vellfire nak taroh minyak, alphard tayar botak...semua nak pakai FULUSSSSSSSSSS$$$$$$$

Anonymous said...

Aduh...bini muda minta Cayene sama ana....ana tahu...ana tahu....

Anonymous said...

Melayu dalam ph ada matlamat perjuangan ke, tiada apa yg mereka nk perjuangkan melainkan jwtan smata2,berlainan dgn dap yg jelas perjuangkan org cina, skdr mnjdi pak angguk cukuplah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails