KUALA LUMPUR 6 Julai – Hukum dan peraturan dalam agama Islam tidak boleh ‘ditunduk dan dibelakangkan’ hanya kerana ingin mengangkat makna kebebasan bersifat songsang yang berselindung di sebalik payung hak asasi manusia.
Bercakap mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia tidak seharusnya megah dilaungkan sebagai hak setiap warganegara semata-mata, sebaliknya perlu juga diteliti mengenai hak dalam kelompok masyarakat.
Mengulas perkara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa kesemua perlakuan seks di luar tabii jelas merupakan satu bentuk jenayah.
Beliau berkata, walaupun ia dilakukan secara ‘sembunyi-sembunyi’, melihat kepada situasi kini, implikasi dan wabak LGBT di negara ini tetap tersebar luas tanpa sekatan terutama dalam laman media sosial.
“Maknanya satu perkembangan yang tidak sihat kalau gerakan ini didasarkan kepada hak asasi manusia ataupun kebebasan. Agama tidak boleh ditundukkan di bawah apa yang disebut sebagai hak asasi manusia,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad menyifatkan bahawa LGBT merupakan satu bentuk fenomena anarkisme sosial dalam masyarakat dan selayaknya digelar sebagai jenayah moral yang berat. (Utusan Online)
7 comments:
Kenapa dr mujahid tak perjuangkan hak umat islam kenapa dr mujahid begitu mudah tutup jenayah lgbt yg dilaknati allah. Kenapa dr mujahid tak laksanakan hukum hudud yg diturunkan allah pada hambanya sebagai hukuman yg maha adil kepada umat islam. Kenapa begitu mudah dr mujahid begitu mudah mempertahankan golongan yg dilaknati allah. Islam akan kami perjuangkan kepada dr mujahid jngan mudah memyebut lgbt dosa peribadi.
10.19am...
Mnta maaf nk tanya kamu tak kenalkah siapa dr mujahid menteri agama tuu... ?
Cuba semak balik kenyataan2 beliau sebelum ini. Mungkin anda akan dapat meletakkan beliau dlm kelompok apa...
Hukum ALLAH SWT #JELAS DAN NYATA# DLM HUKUM ISLAM LANDASANNYA SGT SESUAI DGN FITRAH MANUSIA YG BERAKAL DAN SIHAT JIWA KEMANUSIANNYA
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
SEKOLAH : PENANG FREE SCHOOL
IPT : 1) SARJANA MUDA BAHASA ARAB, AL-AZHAR, MESIR
2) SARJANA (MA) SUMBER MANUSIA, UPM
3) KEDOKTORAN SIYASAH SYARIAH (SAINS POLTIK) UM
Longgar sangat kelulusan agamanya. Takda basic feqah, tauhid, hadith, tafsir, sirah, ulum quran dsb.
Padan kelam kabut jer kelibatnya.
Keje hanya tukang angguk..yes boss..tgk muka dh tau jenis mangkuk hayun
Post a Comment