Tuesday, August 21, 2018

Alat Radiadioaktif RDD Hilang, Dikhuatiri Disalah Guna Buat Bom.




KUALA LUMPUR: Sebuah Alat Radiografi Perindustrian (RDD) mengandungi isotop radioaktif iaitu Iridium 192 yang dibimbangi disalah guna, termasuk oleh pengganas bagi membuat bom, dilaporkan hilang.
Pencarian peralatan yang berupaya aktif selama 73 hari serta memancarkan radiasi Beta dan Gamma itu, giat dilaksanakan oleh polis serta Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).
Kebimbangan utama kedua-dua pihak ialah jika ia jatuh ke tangan pihak tidak sepatutnya seperti pengganas atau orang awam yang mungkin melihatnya sebagai besi terpakai bagi dijual mendapatkan wang.
Peralatan yang dianggar bernilai RM75,000 di pasaran dan mengandungi Iridium 192 itu adalah isotop radioaktif komersial paling kerap dicuri serta berpotensi disalah guna untuk membuat bom.
Diletak ruang belakang 4WD
Difahamkan, RDD itu hilang sejak 10 Ogos lalu selepas dipindahkan pada jam 2 pagi dari Seremban ke Shah Alam oleh dua kakitangan syarikat yang mengendalikan perkhidmatan ujian, senggatan (calibration) dan pemeriksaan membabitkan industri gas dan minyak, termasuk kilang jana kuasa, pembuatan, automotif serta pengangkutan.
Sumber berkata, kehilangan peralatan yang diletakkan di ruang belakang kenderaan pacuan empat roda (4WD) itu disedari kakitangan berkenaan selepas tiba di Shah Alam sejam kemudian.
Difahamkan, pekerja berkenaan memaklumkan kepada pegawai penyiasat bahawa mereka menyedari penutup ruang kargo 4WD dinaiki terbuka dan percaya alat berkenaan terjatuh dalam perjalanan.
Kakitangan terbabit memberitahu pegawai penyiasat, mereka cuba mencari semula peralatan itu mengikut laluan perjalanan digunakan dari Seremban ke Shah Alam, namun tidak berhasil.
Tiada kesan diumpil
Difahamkan, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang mengendalikan kes terbabit mendapati tiada kesan menunjukkan ruang membawa barang itu diumpil.
Penyiasat turut mendapati sistem kunci ruang terbabit berada dalam keadaan baik dan hampir mustahil untuk ia terbuka sendiri.
JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam tidak mempercayai keterangan mereka dan menahan kedua-duanya, dengan mengambil kira risiko keselamatan yang timbul berikutan kehilangan kawalan ke atas peralatan terbabit.
Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu dibebaskan Jumaat lalu, selepas polis gagal mengesan sebarang kaitan kejadian dengan mereka, termasuk kemungkinan terbabit dalam kegiatan keganasan atau militan.
Kesimpulan itu dibuat susulan soal siasat pasukan penyiasat dan pemeriksaan forensik terhadap telefon bimbit milik kedua-duanya.
NSTP turut difahamkan, kebimbangan utama pihak AELB dalam kehilangan misteri itu ialah ia mengandungi bahan radioaktif yang boleh menyebabkan ancaman keselamatan serius.
Mereka khuatir jika ada mana-mana pihak meleraikan komponen RDD untuk dijadikan besi buruk yang boleh menyebabkan pendedahan secara meluas terhadap bahan radioaktif yang boleh menyebabkan kecederaan parah atau kematian.
Sumber AELB berkata, belum ada perkembangan baharu berhubung kehilangan itu setakat semalam.
“Kami merayu sesiapa yang memiliki bahan itu supaya menghubungi polis atau AELB segera dan jangan cuba membukanya.
“Kesannya amat buruk jika ia peralatan berkenaan jatuh ke tangan pihak tidak sepatutnya,” katanya. (BH)

10 comments:

  1. Kalo dapat kpd al maunah dlm pas bahaya ni...hihihi..

    ReplyDelete
  2. bahaya jika bahan itu jatuh ke tangan puak berotak khawarij dan syiah yg didalangi cia dan berlindung dalam sebuah parti agama yg berdaftar di papua new guinea

    ReplyDelete
  3. Tiada maaf lagi bagi korupsi di Malaysia

    Phar Kim Beng
    20 Ogs 2018, 8:38 malam (Dikemaskini 20 Ogs 2018, 9:01 malam)

    A A
    ULASAN | Korupsi di bawah pentadbiran BN lalu bukan sahaja memuakkan, malah sudah mencapai tahap yang tidak munasabah.

    Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak korupsi seolah-olah sudah menjadi darah daging mereka.

    Anehnya, Umno dan PAS masih bersikap 'keras kepala'.

    Datuk Bung Mokhtar dari Kinabatangan Sabah terus berdegil dengan mengatakan harta yang dirampas oleh polis dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu merupakan dana Umno.

    Logiknya, sekiranya Umno dan PAS membuka sebuah kasino di Cayman Island tanpa pengetahuan orang ramai, maka wang itu sah boleh dijadikan dana politik.

    PAS pula masih tidak berani menegur Najib Razak atau 1MDB.

    Peliknya PAS melalui Naib Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan gred D terhadap pencapaian 100 Hari Pakatan Harapan (HARAPAN).

    Khairy Jamaluddin, anggota parlimen Rembau yang berasal dari Negeri Sembilan pula mengatakan rakan-rakannya dalam Umno kurang peka terhadap keperluan parti itu direformasikan.

    Pembantu politik Najib Razak, Isham Jalil lalu mendakwa bekas ketua pemuda Umno itu sudah 'berpaling tadah'.

    Menurut Isham yang memiliki ijazah dari Harvard dan Wharton Business School itu, hati sebenar Khairy Jamaluddin sudah berada pada Pakatan Harapan, walaupun keahliannya masih Umno.

    Wharton Business School ini sekolah lama Low Taek Jow, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang kini menjadi pelarian.

    Anehnya, ketika Malaysia menghadapi krisis hutang negara yang telah mencecah RM1 trilion, mengapa penyokong parti pembangkang harus menaruh harapan kepada parti mereka?

    Parti seperti Umno dan PAS sudah menjadi toksik. Kalau ada segelintir ahli yang masih taasub kepada parti-parti tersebut, maka ia bolehlah dikategorikan sebagai jahil.

    Jahil tidak bermakna mereka tidak boleh berfikir. Pola pemikiran mereka masih berfungsi, tetapi percaturan mereka sudah tidak lagi berprinsip.

    Najib dan Jho Low rupa-rupanya 'guru' kepada Umno dan PAS. Beginilah mentaliti, serta gelagat sebenar Umno dan PAS yang sudah hilang pedoman.

    Tidak cukup sekadar berpura-pura meminta maaf seperti mantan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz, yang kini ingin menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad pula.

    Nasib bumiputera dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya diletakkan dalam kerangka agama dan bangsa semata-mata.

    ReplyDelete
  4. Ini, Berkenalan dengan dengan geng anti Islam dan PAS..

    [ antilebaikulub said...
    1. T.kasih. Kerana ramai yang kait PAS dengan kahwin 2,3,4,. Ada juga yang tuduh ahli PAS kahwin 5, itu tak perlu layan itu geng jahil agama. Nak fitnah pun biar menasabah.

    2. Mengatakan ramai 'lebai PAS' kahwin poligami, menunjukkan lebai PAS itu mempunyai kesihatan seks yang baik, ramai anak dan tak takut, tak dapat rezeki seperti orang yang tak beriman.

    3. Bukan seperti 'lebai kulub'. Lebai kulub ertinya mereka kuncu2 PH yang suka diperintah oleh orang kulub tak bersunat atau berkhatan, penuh tahi palat. Bukan perintah saja, bahkan dalam blog ini (ted manoff) ada yang mengaku sanggup beri 'puki bini'nya (maaf, itu yang dia sebut) kepada pakar rujuk mereka 'lebai kulup' Lim Guan Eng.

    4. Lebai2 kulup ini, kebanyakannya beristeri 1, biasanya takut bini, nafsu ada tetapi tenaga tiada, bahkan ada yang rindu jadi pondan.(adanyang pilih nama kejora bapok dll). Atau isterinya jadi pkakas antik saja.

    Insya Allah, kita sambung lagi kalau ada masa.]

    Ha ha ha. Tembak lagi Pak Asim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaf rheduan ree dah lama lari dari kapir mca anti islam ...walaun bodoo ikut lobai hadi bodoo sokong kapir mca anti islam..

      Delete
    2. Aduhai PAS.. Orang lain buat HARAM, Mai tang dia buat HALAL..!

      ORANG LAIN BUAT HARAM, DIA BUAT HALAL

      1. Umno dan MCA tidak lagi dilihat sebagai musuh oleh Pas seperti dulu.

      2. Kedua-dua parti itu bukan lagi parti sekular, penentang hudud, jauh sekali sebagai parti syaitan.

      3. Jika Umno dan MCA parti syaitan, tak mungkin Pas yang pernah Hadi sebut sebagai parti Allah sanggup menjadi rakan kerjasama kedua-dua parti itu.

      4. Dulu dan kini, di sana-sini dicanang, dasar Pas ialah Islam.

      5.Haram hukumnya bekerjasama dengan parti sekular dan penentang hudud.

      6. Rupa-rupanya parti Pas boleh bekerjasama dengan parti sekular dan menentang hudud.

      7. Begitulah Pas. Hanya sebuah parti politik, bukan agama.

      8. Pemimpinnya juga manusia bukan malaikat.

      9. Mereka bukan orang suci walaupun pakai serban.

      10. Cuma mereka perasan diri mereka suci sehingga berani menerakakan orang lain.

      11. Amanah bekerjasama dengan DAP haram, kerjasama dengan Tun M haram sebab DAP kafir dan Tun M sekular.

      12. Pas kerjasama dengan MCA halal walaupun kafir, dan dengan Umno juga halal walaupun sekular

      Delete
  5. DATUK MUSTAFA ALI SEKOLAHKAN PEMIMPIN PAS ERTI POLITIK MATANG
    (17 Ogos 2018)


    1. Kenyataan Datuk Mustafa Ali dalam wawancara di sebuah portal hari ini berkenaan janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memberi satu tamparan paling kuat kepada pemimpin PAS. Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat PAS itu seperti yang disiarkan dalam Malaysiakini hari ini, kegagalan kepada kerajaan itu adalah perkara biasa dan rakyat tidak boleh menghukum kerajaan sebagai 'penipu'.

    2. Katanya lagi, HARAPAN dilihat cuba menyelesaikan perkara-perkara yang dijanjikan dan ada perkara yang dilaksanakan dengan begitu drastik seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

    3. Kenyataan Datuk Mustafa Ali sama sekali bercanggah dengan kenyataan beberapa pemimpin tertinggi PAS termasuk kenyataan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam. Datuk Tuan Ibrahim dengan nada angkuh terus memberikan markah D kepada kerajaan HARAPAN seolah-olah kerajaan telah gagal dalam peperiksaan dan perlu mengulangi kertas peperiksaan itu.

    4. Nampaknya Datuk Mustafa Ali lebih berpijak di bumi nyata dalam isu politik negara. Beliau adalah tokoh cerdik yang tahu landskap politik semasa berbanding pemimpin politik PAS yang lain. Boleh dikatakan majoriti pemimpin PAS mengambil sikap semberono (janji boleh serang atau tembak kerajaan HARAPAN) tanpa tahu fakta dan realiti. Bahkan, pemimpin PAS banyaknya emosional dan hanya mengikut rentak sentimen semata-mata. Walaupun kerajaan telah memberi banyak hujah yang perlu dalam menangguhkan kesemua janji 100 hari kerana kekangan masa, faktor kewangan di mana hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN terlalu banyak serta memerlukan proses undang-undang tetapi pemimpin PAS terus bersikap bebal untuk memahami realiti.

    5. Namun dengan hujah rasional Datuk Mustafa Ali memberikan sokongan kepada kerajaan bahawa untuk memenuhi janji tidak semua dapat dipenuhi seperti mana yang disebut sebelum ini, sebab ada perkara yang di janjikan tetapi berdasarkan perspektif masa itu. Beliau juga akui keseriusan dan kesungguhan menteri melaksanakan tugas. Selain itu, untuk menunaikan kesemua janji itu ia memakan masa, melibatkan proses undang-undang dan kos. Beliau dengan tenang 'sekolahkan' pemimpin PAS agar berfikiran lebih matang, cerdik dan memandang ke hadapan.

    6. Pandangan dan kenyataan Datuk Mustafa Ali pasti tidak disukai oleh pemimpin PAS. Mungkin ada yang memberi pandangan bahawa itu kenyataan peribadi beliau dan tidak mewakili suara parti keseluruhannya. Walau apa pun, Datuk Mustafa Ali telah menjawab segala helah yang sengaja ditimbulkan oleh PAS bagi menimbulkan keributan politik dalam negara. Sebagaimana rakyat terbanyak, beliau optimis dan berfikiran positif demi kemakmuran negara. Semoga PAS masih ada lagi pemimpin cerdik dan bijak berpolitik seperti Datuk Mustafa Ali.

    ReplyDelete
  6. “Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.

    [Kenyataan PAS ogos 1980].

    😊😊😊😊😊🤗🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  7. Dah ni mesti geng tamilelam dlm dapigs yg tibai, takpun geng naga,
    Hancur negara bila baboon jadi menteri askar, babi2 jadi menteri. Ketum masih mengira pilkuda yg munkin calun supply.
    Boss dapigs pun takboleh visa masuk china sbb ada kes kriminal masih berjalan..
    Bwhahaha

    ReplyDelete
  8. Kepada komen anti pas bodo..
    memang sah la gamaknya bodo..Dr ridwan tee bukan mualaf biasa dah bepuluh thn dah islam mualaf ni baru..kat situ pun tak faham mcm mano nok cer yg complecated..n kritical pasai islam ..drpd tulisan dah boleh baca lebai kulup ni punya la..terlebih cerdik..
    halo abg setakat degaq ceramah politic pemimpin hang nuun tak cukup bak hang
    mai kita betulkan alfatihah dulu noo.insyallah Tuan pun boleh dapatkan ilmu lebih dr ustaz kalu keen to learn k.
    dapatkan knowledge n ilmu islam insyaallah semua kekeliruan akan lenyak..ingat AlQuran/alhadish -

    ReplyDelete