Monday, August 13, 2018

Anak Muda Hadapi 3 Perkara Ini. Bimbingan Politik Presiden PAS.




Bimbing perubahan politik pengundi anak muda


GOMBAK: Ahli PAS perlu mengambil tanggungjawab besar untuk mengemudi sokongan dari golongan pengundi anak muda yang kini berhadapan cabaran sangat getir.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, anak muda kini menghadapi tiga perkara utama iaitu kejahilan agama, keruntuhan akhlak dan serangan pemikiran.
Hal tersebut jelasnya, telah memecahkan anak muda termasuk sehingga menganggap politik sebagai perkara tidak penting, lalu membiarkan sesiapa sahaja memerintah.
"Mereka mahu perubahan. Tak kira apa perubahan. Walaupun yang lebih buruk, mereka tak peduli. Kerana apa? Kerana kesan yang disebutkan tadi," ujarnya pada Liqa' Fikri PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, di sini hari ini.
Menurut beliau, 30 peratus pengundi muda antara usia 21 hingga 30 tahun yang dicampur bersama 90 peratus pengundi bukan Islam telah menyokong dan memenangkan PH pada PRU14 lalu.
Keadaan tersebut terang Tuan Guru, menyebabkan anak muda menjadi sasaran dan pilihan mereka berikan itu adalah undi yang rapuh di mana PAS perlu mengambil tanggungjawab menyelesaikannya. -HARAKAHDAILY 11/8/2018
FB IMG 1533996813320

7 comments:

Anonymous said...

Rasanya situasi terbalik kot.

Anak muda yg celik melihat perubahan ketara Presiden PAS membela rejim klepto, menyerang PH lebih Umno dari Umno, mendokong semua wayang munafik Umno konon atas nama Melayu, Islam, Raja dan bersikap kecuali atau sokong apa2 usul Umno diParlimen.

Selepas bertaawun dgn Klepto, Presiden PAS ini membuat u-turn buang Amanat Hadi, Hudud dan RUU355 dari Manifesto PAS walaupun tiada lagi Pakatan dgn DAP dan PKR. Alasan dangkal keluar Pakatan Rakyat kerana kedua Parti tidak sokong Hudud dan RUU355.

Anak2 muda inilah yang akan membimbing Presiden PAS erti munafik, kesetiaan, istiqamah dan kencing politik. Juga bahana makan dedak dari musuh2 yg dikafiri dulu.

Anonymous said...

hadi nk bgtau ph menang sebb anak muda jahil agama..runtuh akhlak dn serangan pemikiran. ph lbh buruk dpd bn pun ank muda kt tkpe.

hadi mmperlekeh anak muda.

mksud dia klu menangkn pas baru anak muda tk jahil..akhlak baik dn pemikiran tk diserang.

inilah jenis org nya yg suka mnyalahkn org. diri n kelompok sendiri sgt suci dn tinggi akhlak.

serupa mcm najiblah tknk muhasabah diri. tunggulah kejatuhan mcm najib nnti.

ted manoff said...

Hadi lahanat..puii💦💦🗯

Anonymous said...

3 pengomen di atas, bagai puak jahiliah menentang Nabi SAW. Melihat Islam dari sudut yang salah. Lihat 3 perkara utama (iaitu kejahilan agama, keruntuhan akhlak dan serangan pemikiran.) ada pada pengomen itu.

Melaknatkan seorang pemimpin Islam sedunia, suatu perkara yang dilaknat Allah SWT. Sedangkan mereka sendiri dilaknat Allah dengan berhambakan si kafir.

Na'uzubillahi minzalik.

Anonymous said...

Pas tetap perjuangkan islam dan menyeru umat islam berjuang bersama2 untuk memertabatkan pemerintahan islam. Pas konsisten menentang lgbt pas tetap tidak sokong perompak negara tak kira yg lama atau yg baru kalah. Pas bersama umat islam berdakwah menyeru maknusia kejalan allah. Kami berjuang untuk apa??

Anonymous said...

Puak ph yg takut anak muda diseru kejalan allah. Ciptalah kamu alasan fitnah dan buatlah apa yg kamu suka selagi kamu hendak tapi jangan lupa kehidupan yg kamu lalui sekarang milik allah.

Anonymous said...

Bagi ted lgbt dan kafir lebih baik dari tuan guru haji abdul hadi awang. Ingat ted kita hidup dibumi allah kembalilah kepada allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails