Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
DIKATAKAN dijumpai sejak awal tahun 1900, batu besar gergasi tegak berdiri di atas batu kecil. Terletak di Brimham Moor di North Yorkshire, United Kingdom.. Terdapat pembentukan batu yang terbentuk daripada hakisan selama ribuan tahun. Namun di antara batu batuan tersebut, ada sebongkah yang paling mengagumkan adalah Idol Rock.
Kenapa batu ini begitu istimewa? Lihat bentuknya. Batuan monolot yang dianggarkan mempunyai berat 200 tan ini berdiri kukuh secara seimbang di atas batu kecil berbentuk piramid.
Idol Rock dengan ketinggian 4.5 meter. Batuan yang seolah menentang hukum fizik itu membuatkan para pengunjung travel kagum atas keindahannya. Idol Rock juga dikenali dengan nama The Druids Idol atau The Druid s Writing Desk. Gambar Idol Rock telah tersebar di internet selama bertahun-tahun dan ada juga ramai orang menganggapnya sebagai satu penipuan.
Hasil Siasatan Saintis
Sedangkan Idol Rock benar-benar nyata dan merupakan bukti bahawa itu adalah hasil hebatnya ciptaan Allah SWT. yang dapat direnung di dalam karya alam. Melihat ciptaanNya membuktikan lebih hebat lagi kewujudan PenciptaNya..
Daerah Brimham Moor sendiri memang dianggap sebagai salah satu persekitaran yang ajaib di sana. Selama era kepimpinan Victoria, puluhan batu dengan bentuk luar biasa terbentuk di sana. Walaupun ramai orang mengatakan ada kekuatan ajaib di sana, namun pada abad ke-20, para pakar menyedari dan menjelaskan bahawa Idol Rock sebenarnya terbentuk dari hakisan selama 18000 tahun yang berterusan. (IH)
The Balancing Idol Rock of Brimham Moor | North Yorkshire, England
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung (1)
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung (1)
No comments:
Post a Comment