PERMATANG PAUH 8 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin berpendapat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti itu yang dijadual bulan depan.
Norlela berkata, ini kerana sekiranya Anwar terpilih menjadi Presiden, ia akan memudahkan laluan beliau menjadi Perdana Menteri seperti yang dirancang sebelum ini. Katanya, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) , kesemua parti dalam Pakatan Harapan telah membuat perjanjian dan bersetuju Anwar akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang dipersetujui.
“Sekarang Anwar sudah bebas dan apa yang saya tahu, kita (ahli PKR) sokong beliau bertanding jawatan Presiden,” katanya.
Dr. Norlela
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjurannya di sini hari ini. Sebelum ini, PKR dikatakan berdepan dilema apabila wujud dua kem dalam parti itu apabila terdapat kumpulan yang mahukan Presiden PKR , Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan manakala satu pihak lagi mahu Anwar bertanding dan memimpin PKR.
Kewujudan dua kem berkenaan bagaimanapun hari ini dinafikan Wan Azizah sambil menegaskan parti itu bergerak sebagai satu pasukan selain menegaskan beliau mungkin akan mengekalkan jawatannya dalam parti. Mengulas lanjut, Norlela berkata, sekiranya Anwar bertanding dan menang, ia seolah-olah memberi isyarat hasrat Anwar menjadi Perdana Menteri direstui oleh ahli-ahli PKR.
Berhubung keadaan kesihatan Anwar yang dilaporkan kurang memuaskan, Norlela berkata, perkara itu bukan masalah besar.
“Ya, sekarang beliau berada di Turki kerana jalani pembedahan, saya rasa beliau mampu, lihat sahaja Tun Dr. Mahathir Mohamad pada usia 93 juga masih mampu memimpin,” katanya.
Pada masa sama Norlela menjelaskan, ahli PKR menghormati Wan Azizah yang berjaya memimpin PKR selama 20 tahun sehingga menjadi parti yang paling banyak menang kerusi dalam Pakatan Harapan pada PRU-14 dan seterusnya menjadi Kerajaan Persekutuan.
“Beliau sangat tenang dan fokus walaupun suaminya difitnah dan terpenjara lama sehingga 10 tahun, tidak ramai mampu bertahan sepertinya,” katanya. (Utusan Online)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mencari dan memberi laluan Anwar menjadi PM Malaysia, adalah suatu cara untuk mempertahankan Islam dan bangsa Melayu daripada kem yang anti Islam atau menyekat perkembangan Islam dalam PH.
12 comments:
Habis masa PRU 13 kenapa pemimpin PAS syorkan nama Ku Li ?
Kenapa salahkan Anwar buat Langkah Kajang ?
dh klu gitu ibnu sokong anwar demi islam dn melayu... lps anwar jd presiden mari ramai2 masuk pkr dn berjuang bersama ph.
tinggalkn lah golongan cash is king dn king maki. itu dua2 puak king sudah kong... king kong
walaun memang marah langkah kajang sebb mnghalang niat hj hadi nk ug dgn umno selangor.
langkah kajang satu langkah bijak pkr selamatkn selangor dpd khalid ibrahim yg dipilkuda pas.. pembelot.
dn syukur kita dgn adanya 2 adun pas yg mnyelamatkn keadaan hingga dianugerah barua dibeli oleh ketua walaun.
mereka adalah pahlawan yg selamatkn selangor dr pengkhianat walaun yg amat takut dn benci dgn anwar hingga mereka gembira anwar dipenjara secars zalim.
sejak itulah walaun mula tertutup hati mereka pd kebenaran dn hilang akhlak mereka.
adakah mungkin walaun sekongkol dgn cia dalaman mereka mncipta audio fitnah terhadap anwar?
Kelebihan pan dan bersatu dan pkr ialah mereka tidak berbohong dalam kontek bergabung dengan kafir dap. Mereka secara terang2 tidak merahsiakan kejahatan mereka bersama dengan kafir dap. Semua tahu isu bumiputra, raja berpelembagaan, lesbian, gay, liberal dan sekular yang diperjuangkan oleh dap serta mendapat bantuan terutama dari pan dan bersatu. Sekarang pan dan bersatu berdakwah supaya lebih ramai bersama pan supaya team backup untuk dap bertambah kuat.
Mereka perlukan lebih kekuatan untuk menhancurkan Islam, serangan demi serangan dilancarkan kepada ust2 dan ulamak yg kebanyakan berada dalam pas. Duit tiada masalah sebab dah dapat banyak bila beli splash dengan harga biliun2.
Kiki menipu lg,yang penjarakan anuar semuanya org yg pernah bersama UMNO tiba2 pas pula dipersalahkan otak udang,langkah Kajang kalau betul2 berlaku pada masa tersebut pastinya akan digagalkan oleh bn serta bekas ketua umno,tp hr ini org dh lupa bekas ketua UMNO seharusnya dibawa ke mahkamah atas dakwaan menyalah gunakan kuasa dlm kes berkenaan,episod ini belom tentu lg sudah berakhir,kita tunggu dan lihat
Takde masalah,kalau benar bagai dikata,tp betul mcmtu,buktikan dulu PKR memperjuangkan islam dan melayu,
sedang dilaksana. menentang rompakan itu pun dasar islam yg utama yg tkperlu dicop islam dh.
tp bukan islam maki hamun perkauman sempit bela penyamun yg dimake up dgn nas2 yg disempitkn maksudnya seperti yg dilakukan oleh sebuah parti islam zimbabwe yg mndaftar disini.
islam bukan tunggu label. setiap yg baik tidak berlawanan syarak adalah islamik. apa yg dilakukn oleh guan eng sebagai menteri kewangan juga adalah islamik mmperkemas dn betulkn urusan kewangan negara.. cuma dia saja belum islam.
bukti tkde masalah tp jgn sampai mnjadi kaum yahudi yg meminta bukti dgn niat mncari alasan utk menolak.
Kalau anuar perjuangkan islam umat islam akan beri sokongan tapi kena buktikan dulu bukan macam pan bila nak buktikan pun tak tahu yg nampak lebih pada dap adalah. Pada macai2 red bean army demi islam kami sangup sokong anuar sebab umat islam paling terkesan sekarang.
Pan ikut cara kamal artatu jatuhkan pejuang islam naikkan libral burukkan ulamak naikkan ulamak yg ikut telunjuk kafir dan pecahkan sokongan umat islam.kamal artatu berjaya diturki agak2 pan boleh berjaya tak.
Wahhhhhhhh ramainya penyokong PAS . Moga moga PAS menang BESAR di Balakong nanti . Haaaa .. .. Tepukkkkkkkkkkkk
inilah alasan2 yg direka utk pas terus mnjadi pembangkang selamanya.
ini jugalah ciri2 mengagamakan parti politik.
ingat..hati2 mngkafirkn dap. mereka ada ahki yg islam. jgn nnti di akhirat kamu yg kagir kerana pukul rata kafirkn org.
kamu rasa kamu pejuang islam syurga..eeh tgk2 sekapal dgn kafir.
kamu mksudkn jatuhkn ulamak tu...ialah hj hadi n gengkn?
kejumudan tnpa batas.. hnya hj hadi dn geng saja yg ulamak. tu ulamak kamu. ulamak kami ikut kamilah.
kami tolak hj hadi n geng. klu ini disamakn dgn tolak islam..teruskn lah mental sempit kamu tu. tu hak kamu nk kata apa pun.
islam itu hujah. ulamak kamu takut berhujah bersemuka. rakyat mndengar hujah2 dua2 pihak. dn rakyat menangkn ph.
Post a Comment