Wednesday, August 29, 2018

Feqah Aulawiyyat (keutamaan) -Presiden PAS




FEQAH Aulawiyyat bermaksud memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik.
Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudaratnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan.
Mendahulukan sesuatu daripada dua aspek tersebut tanpa mengabai atau memandang remeh-temeh terhadap perkara yang dikemudiankan dengan berusaha melaksanakan semuanya dalam perkara yang mendatangkan kebaikan atau menolak semuanya dalam perkara yang buruk apabila keadaan dan kemampuannya berubah.
Contohnya dalam perkara yang disenaraikan dharuriyyat (keperluan) dalam kehidupan manusia, iaitu: menjaga agama, nyawa, akal, maruah, zuriat dan harta. Maka, hendaklah diutamakan mengikut tertib senarainya, sama ada dari aspek memilih yang terbaik atau yang paling kurang mudarat dan keburukannya.
Pendekatan ini membezakan Islam dengan ajaran yang lain, sama ada yang bersifat agama atau ideologi, kerana Islam meletakkan kewajipan menjaga agama dan mempertahankannya mendahului daripada yang lain.
Feqah Aulawiyyat berdalilkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun daripada Al-Quran, firman Allah:
﴿أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ١٩﴾ [التوبة: 19]
“Adakah kamu anggap hanya perbuatan (kebajikan) memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan memakmurkan Masjid Al-Haram (Makkah) itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Sebenarnya tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim” (Surah At-Taubah: 19)
Sebab turunnya ayat ini bagi menjawab kebanggaan kalangan masyarakat jahiliah Makkah yang menentang Islam, kerana mereka juga melakukan amalan kebajikan tersebut pada zaman jahiliah yang dikira juga sebagai kerja amal kebajikan. Namun pada masa sama, mereka menentang Islam dan penganutnya.
Ayat ini menunjukkan keutamaan mereka yang menjaga iman terlebih dahulu dengan mempertahankan Islam, menegakkannya sehingga berhijrah meninggalkan Makkah adalah lebih besar fadhilatnya dan hendaklah diutamakan daripada menjaga Masjid Makkah dan melayan jamaah haji pada zaman jahiliah tanpa beriman.
Firman Allah:
﴿وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٠٨﴾ [الأنعام: 108]
“Dan janganlah kamu cerca atau menghina benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencerca atau menghina Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat mereka kembali, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan” (Surah Al-An’am: 108)
Ayat ini pula menunjukkan bahawa akibat mencela Allah lebih besar keburukannya daripada akibat mencela tuhan-tuhan yang lain daripada Allah yang sangat sesat itu. Maka hendaklah diutamakan menolak tindak balas mereka yang mencela Allah dengan sebab mencela tuhan-tuhan mereka, walaupun syirik menyembah selain daripada Allah adalah dosa paling besar yang wajib dicegah. 

Tindakan mencela Allah oleh mereka yang telah syirik menjadikan keadaan lebih buruk, apabila mereka bertindak balas terhadap celaan tuhan selain daripada Allah sehingga menyebabkan mereka mencela Allah dan menjadikannya lebih sesat.
Begitu juga Rasulullah S.A.W menghalang para sahabatnya bertindak lebih keras terhadap golongan munafiq yang berkeliaran di Madinah, walaupun mereka menjadi musuh dalam selimut yang sangat berbahaya. Al-Quran menegaskan:
﴿يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ٩﴾ [التحريم: 9]
“Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali” (Surah At-Tahrim: 9)
Namun, langkah menentang secara berhujah hendaklah didahulukan dan tindakan keras pula boleh menyebabkan fitnah yang lebih buruk terhadap Islam kerana pada zahirnya mereka mengaku Islam dan boleh dituduhnya bahawa orang Islam bertindak terhadap saudaranya sendiri. Maka memberi peluang mereka bergaul dalam masyarakat Islam lebih baik dari segi berdakwah dan peluang mereka bertaubat. Rasulullah S.A.W bersabda:
فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ. (متفقٌ عَلَيْهِ)
“Demi Allah! Kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah (masuk Islam) lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganya” (Muttafaqun ‘alaih)
Pesanan Rasulullah S.A.W kepada sahabatnya Muaz bin Jabal R.A yang diutuskan ke Negeri Yaman juga menjadi contoh Feqah Aulawiyyat:
فَعَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا أَرَادَ أَنْ يَبْعَثَ مُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ, قَالَ: كَيْفَ تَقْضِي إِذَا عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ, قَالَ: أَقْضِي بِكِتَابِ اللَّهِ, قَالَ: فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِي كِتَابِ اللَّهِ, قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, قَالَ: فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا فِي كِتَابِ اللَّهِ, قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي وَلَا آلُو فَضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدْرَهُ, وَقَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ لِمَا يُرْضِي رَسُولَ اللَّه . (أخرجه أبو داود في سننه)
“Daripada Muaz bin Jabal R.A. (menceritakan). Apabila Rasulullah S.A.W mahu menghantarnya bertugas ke Negeri Yaman, Baginda S.A.W bersabda kepadanya: “Bagaimana kamu melaksanakan hukum sekiranya dilantik menjadi hakim?”. Muaz menjawab: “Saya menghukum dengan Kitab Allah (Al-Quran)”. Baginda bertanya lagi: “Sekiranya kamu tidak dapat daripada Kitab Allah?”. Muaz menjawab: “Dengan Sunnah Rasulullah”. Baginda bertanya lagi: “Sekiranya tidak ada daripada Sunnah Rasulullah?”. Muaz menjawab: “Saya berijtihad dengan pendapat saya dan saya tidak sekali-kali menyimpang (daripada dasar umum dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah)”. Rasulullah S.A.W. menepuk dadanya dan bersabda: “Alhamdulillah (Bersyukur kepada Allah) yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasul dengan apa yang diredai oleh Rasulullah” (Riwayat Abu Daud)
Dalil menunjukkan keutamaan diberi kepada Al-Quran terlebih dahulu daripada Sunnah (Hadis) dan ijtihad dalam perkara yang tidak ada nas atau apabila nas bersifat umum atau mengandungi makna yang banyak.
Rasulullah S.A.W juga mengajar Muaz bin Jabal R.A berdakwah di Yaman mengikut keutamaan dengan bersabda:
إنك ستأتي قومًا أهل كتاب، فإذا جئتَهم فادعهم إلى أن يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمدًا رسول الله، فإن هم أطاعوا لك بذلك فأخبرهم أن الله قد فرض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة، فإن هم أطاعوا لك بذلك فأخبرهم أن الله قد فرض عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فتُرَدُّ على فقرائهم، فإن هم أطاعوا لك بذلك فإياك وكرائمَ أموالهم، واتقِ دعوة المظلوم؛ فإنه ليس بينه وبين الله حجابٌ. متفق عليه
“Kamu akan datang (ke sana) menemui ahli Kitab (penganut agama samawi Yahudi dan Kristian). Apabila kamu datang kepada mereka (mulakan) kepada mengajak mereka mengaku dan percaya bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah (masuk Islam). Jika mereka mentaatinya (masuk Islam), ceritakan bahawa Allah mewajibkan kepada mereka sembahyang lima waktu setiap hari dan malamnya. Setelah mereka mentaatinya, ceritakan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan sedekah (zakat) diambil daripada orang-orang yang kaya di kalangan mereka supaya dibahagikan kepada mereka yang fakir (memerlukan bantuan). Jangan sekali-kali mengambil harta mereka sewenang-wenang (secara zalim), takutlah kepada doa orang yang dizalimi, kerana tidak ada halangan di antaranya dengan Allah (doanya diperkenankan).” (Muttafaqun ‘alaih)
Di sini menunjukkan supaya mendahulukan keutamaan menerima Islam sebelum dinyatakan perkara-perkara lain yang diwajibkan terhadap mereka daripada ibadat dan harta, serta jangan berlaku zalim walaupun terhadap penganut bukan Islam, kerana keutamaan menunjukkan Islam adil terhadap semua.
Rasulullah S.A.W melaksanakan Feqah Aulawiyyat dalam aspek politik melalui Perjanjian Hudaibiyyah, apabila menangguhkan umrah yang hukumnya wajib muwassa’ (pelaksanaannya diluaskan masa sehingga boleh ditangguh) dengan melaksanakan wajib mudhayyak (masanya yang terhad perlu diambil dengan segera), kerana perdamaian daripada Hudaibiyyah itu memberi peluang yang perlu tindakan segera, menyebabkan kepesatan perkembangan Islam di masa damai dan mengambil peluang menyusun kekuatan yang lebih baik.
Maka langkah membina kekuatan Islam hendaklah diutamakan tanpa menghabiskan masa dalam pertelingkahan perkara cabang dan kesalahan sampingan, atau diutamakan menolak mudarat yang lebih besar dengan bersedia menghadapi mudarat yang lebih ringan daripadanya.
Kepatuhan dan kesetiaan para sahabat yang tidak selesa dengan Perjanjian Hudaibiyyah, kerana melihat apa yang tersurat tanpa memahami hikmah yang tersirat. Menunjukkan betapa kematangan pemimpin yang memilih keputusan hendaklah dihormati, ditaati dan terus berwala’ (setia) dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Perlunya ketegasan pemimpin membuat keputusan yang lebih baik, jangan kalah dengan kalangan pengikut yang tidak memahami bagaimana meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Rasulullah S.A.W pada awalnya bertahaluf dengan kabilah-kabilah Yahudi di Madinah, kemudian membatalkannya kerana mereka mencabuli perjanjian ketika kepungan tentera Ahzab. Tiba-tiba, Rasulullah S.A.W bertahaluf dan memberi naungan kepada kabilah Musyrikin seperti Khuzaah dan lain-lain di bawah Perjanjian Hudaibiyyah. Walaupun Yahudi adalah kalangan ahli Kitab, tetapi pencabulan mereka terhadap perjanjian lebih besar bahayanya. Menunjukkan betapa pelaksanaan Feqah Aulawiyyah dalam strategi politik dipraktikkan.
Firman Allah kepada Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S ketika menghadap Firaun yang zalim dan menangani pengikutnya dalam kalangan Bani Israel yang jahil dan bebal:
﴿قَالَ قَدْ أُجِيبَتْ دَعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ٨٩﴾ [يونس: 89]
“Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua (Wahai Musa dan Harun); oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintah-Ku seterusnya) dengan beristiqamah, dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui" (Surah Yunus: 89)
Firman Allah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W:
﴿وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْ لَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا٨٣﴾ [النساء: 83]
“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (para pemimpin dan para ulama yang mengendalikan urusan dan hukum ) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)” (Surah An-Nisa’: 83)
Menunjukkan bahawa keputusan memilih Aulawiyyat diserahkan kepada mereka yang berilmu dan berpengetahuan yang lebih faham perjalanannya, serta menangani perubahan dengan beristiqamah bersama Islam, petunjuk sepanjang zaman yang tidak boleh diseret sehingga sesat dan tidak jumud sehingga dihancurkan.
Keadaan politik dan masyarakat yang berubah mewajibkan PAS berijtihad berlandaskan hukum Islam dengan berhikmah berkonsepkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Zulhijjah 1439 / 28 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 28/8/2018
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

5 comments:

ted manoff said...

PrOoTttttt💨💨 dimuka hadi awang...arghhh leganya..💦💩

Anonymous said...

Pagi-pagi mentahkedarah dedak lebai kulup yang haram, dengan menghina Islam dan PAS. Sanggup jadi babi tunggang! Astaghfirullah hal'azim. hinanya mereka..

Anonymous said...

Artikel yg baik....teruskan usaha sebegini Ibnu Hasyim.
Jazakallah!

Anonymous said...

Ted manoff PrOoTttttt muka mahathir..
anjing tunggang lebai kulup..

[ antilebaikulub said...
1. T.kasih. Kerana ramai yang kait PAS dengan kahwin 2,3,4,. Ada juga yang tuduh ahli PAS kahwin 5, itu tak perlu layan itu geng jahil agama. Nak fitnah pun biar menasabah.

2. Mengatakan ramai 'lebai PAS' kahwin poligami, menunjukkan lebai PAS itu mempunyai kesihatan seks yang baik, ramai anak dan tak takut, tak dapat rezeki seperti orang yang tak beriman.

3. Bukan seperti 'lebai kulub'. Lebai kulub ertinya mereka kuncu2 PH yang suka diperintah oleh orang kulub tak bersunat atau berkhatan, penuh tahi palat. Bukan perintah saja, bahkan dalam blog ini (ted manoff) ada yang mengaku sanggup beri 'puki bini'nya (maaf, itu yang dia sebut) kepada pakar rujuk mereka 'lebai kulup' Lim Guan Eng.

4. Lebai2 kulup ini, kebanyakannya beristeri 1, biasanya takut bini, nafsu ada tetapi tenaga tiada, bahkan ada yang rindu jadi pondan.(adanyang pilih nama kejora bapok dll). Atau isterinya jadi pkakas antik saja.

Insya Allah, kita sambung lagi kalau ada masa.]

Baca tulisan A/Hadi tak faham, jenis jahil murakkab.

Anonymous said...

6.53...

siapa menghina islam dalam ni?

klu menghina pas.. I pun angkat tangan dengan sgt senang hati dan bangganya tak terkira.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails