Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN
ANDA tahu kenapa IKSIM dan JAKIM diserang teruk? Kerana kedua ini merupakan badan penyelidikan dan pembangunan khusus bagi pembangunan Islam di negara kita. Di belakang mereka ada ramai felo-felo akademik yang ikhlas dan bersungguh mengkaji dari berbagai sudut. Mereka ibarat think tank yang memberikan input kepada pejuang Islam di lapangan massa.
Barat sangat takut kepada badan akademik sebegini. Sebelum Kerajaan Pusat bertukar lagi, dua badan ini menjadi serangan kumpulan Evangelicalis, Liberalis, pejuang LGBT dan bermacam lagi kerana agenda halus mereka berjaya dilondeh badan sebegini. Sebab itu mereka mencipta berbagai isu negatif bagi mengekang perjalanan badan sebegini. Sebahagian isu adalah palsu, dan sebahagian lain adalah kebenaran yang dimanipulasi dengan persepsi negatif.
Saya menjangkakan badan ini tidak akan bertahan lama. Kalau tidak ditutup, pengstrukturan semula akan dilakukan bagi menghilangkan peranan penyelidikan yang boleh melondeh lagi tabir perancangan musuh Islam.
Justeru itu, apa langkah segera yang perlu diambil? Tubuhkan segera badan kajian bebas sebagai alternatif. Sebaiknya dikelolakan oleh PAS kerana kelebihan memiliki sumber tenaga yang ramai. Boleh juga dijemput felo-felo IKSIM dan JAKIM untuk meneruskan kajian mereka di wadah baharu nanti.
Masalah paling besar adalah pembiayaan. Sudah sampai masanya ahli korporat Muslim memperuntukkan dana khas bagi membangunkan badan sebegini. Di samping sumbangan pendidikan generasi baru, sumbangan kebajikan dan kemanusiaan, sumbangan dari sudut ini adalah sangat kritikal.
Biaya penyelidikan adalah sangat tinggi. Perlukan premis, perlukan bahan-bahan rujukan, perlukan pengembaraan ke sana ke mari, perluengagement dengan ramai pihak, perlu pengorbanan masa dan tenaga yang tidak kecil. Bagi yang berkemampuan, pelaburan untuk masa depan Islam ini sangat diperlukan.
Barat sanggup menghabiskan 1/3 dari pendapatan mereka hanya untuk peruntukan R&D yang secara kasarnya tidak membawa pulangan material. Tetapi mereka tahu perkara ini adalah elemen terpenting dalam menentukan masa depan mereka. Dan mereka telah buktikan hari ini, pelaburan terhadap RAND Corp, Brookings, NED, NDI, IRI, FSI, ICT, SIWPS dan berbagai lagi institusi telah berjaya mencatur bukan sahaja geo-politik, malah sosioekonomi dan kedaulatan sesebuah negara.
Soalan kepada seluruh umat Islam, apa pula badan yang kita ada? Adakah kita rasa badan fatwa yang banyak di seluruh dunia Islam sudah memainkan peranan serius dalam isu strategikal sebagaimana Barat atau tidak? Jika ya, maka tiada apa yang perlu dibimbangi. Tetapi jika tidak, sesuatu perlu dilakukan!
27 Zulkaedah 1439
9 Ogos 2018
9 Ogos 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 9/8/2018
Siapa ckp jakim ditutup nii..mmg bangang puak2 lahanat nii dlm usaha utk fitna ph..
ReplyDeletepuak kaciwa kalah pru akn meneruskn fitnah bodoh yg murah. merekalah yg gunakn jakim dan iksim utk mereka fitnah nk tunjuk hero demi kaciwa mereka.
Deletekalau benar lgbt dn evangelis serang jakim semasa najib lg.. apa serangan balas jakim? mana lobai ketika itu. berapa ramai org jakim syahid dlm serangan evngalis dn lgbt yg lembut itu.
ini semua persepsi angan2 perasan berjihad. tu sbb buat keta kebal kertas.
IKSIM, JAKIM menerima nasib yang sama spt JASA, BTN dan Bhg Research PMO. Mereka berperanan sbg alat propaganda dan pembela tegar klepto. Bezanya IKSIM dan JAKIM menggunakan alasan agama utk menghalalkan klepto.
ReplyDeleteMenarik keluar PAS dari Pakatan Rakyat, wayang kulit RUU355 sampai ke London dan taawun PAS-UMNO adalah kerja tangan IKSIM dan JAKIM.
Percaya sangat kat kafir tu nilah akibatnya.
ReplyDeleteRamai berpendapat keputusan Mujahid adalah dipengaruhi dengan pendapat Marina Mathir sebelum ini. Malang bagi orang yang ada PhD agama masih takut dan akur dengan desakkan Marina Mahathir yang sebelum ini sangat aktif dalam gerakan Sistem in Islam yang dikatakan sesat dan juga antara pengerak LGBT.
ReplyDeletekeputusan yg mana mujahid tunduk kt marina...
DeletePas nk kelola badan penyelidikan islam?
ReplyDeleteSyiah pun hadi kata mzhab dlm islam cmne pas nk kelola?
Inilah akibatnya apabila mengambil pimpinan pas yg cetek ilmu. Setaraf ustaz skolah rendah
Dulu semasa perjumpaan tertutup dengan IKRAM cakap takkan jual agama kepada Mahathir. Mahathir sebagai anak tangga tapi apa mereka nak jawab dan apa IKRAM nak berhujah? Dengan anak Mahathir pun tunduk patuh seolah-olah Marina ulama besar....
ReplyDeleteFitnah itu adalah cara Pakatan Harapan mendapat sokong, tak hairan bila pimpinan Amanah pun pandai buat fitnah sekarang ini...
ReplyDeletejawqbla yg mana fitnah... bg hujah kamu klu kamu benar.. takat label fitnah baik buat filem blh bg tajuk ikut suka.
DeleteMemang banyak dapat duit kalau jadi "RedArmy" DAP. Tapi malang kalau bagi yang beragama Islam sanggup jual agama sehingga hilang kewarasanya dalam menjalankan kerja propanganda DAP.
ReplyDeleteu bekas red bean ke.. kami tktau pun dpt bayaran dr red bean.
Deletei rasa u lbh kepada mr bean
Pimpinan PAS dan UMNO nampak macam tak serius dalam gabungan ini tapi ahli serta rakyat sangat bersemangat untuk melihat 2 parti Melayu besar ini bersama kerana sydah jelik dan benci kepada PH....
ReplyDeletesbb pemimpin kamu tk benci pun ph. kamu yg dungu lbh sudu dari mangkuk hayun.
Deleteklu benci takkn pi merangkak ke putrajaya. kamu wala bkn tau apa.
di kantin parlimen semua mp berbual mesra minum makan bersama. dlm parlimen mereka buat kerja masing2.
tula jd pengikut jgn bodoh. nabi saw masa kecik pengikutnya adalah kambing yg dia gembala.. tkpun kambing dpt title sahabat rdh.. sebb kambing tkde woootaak
MAKA berkata Datin Paduka Marina Cekdet, menghalalkan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) bukan demi mendapatkan hak nikah sejenis, tapi bagi mendapat hak rawatan yang saksama dan peluang pekerjaan yang seadilnya.
ReplyDeleteAdakah Marina faham itu saja yang dituntut oleh ciri jahiliah dunia barat yang sekarang ini mulai mendapat pengiktirafan di sesetengah negara?
Jahiliah kaum Nabi Lut yang hendak dikembangkan di Malaysia itu adalah ditiru dari jahiliah yang berkembang pesat di banyak wilayah jahiliah lain di dunia gara-gara latar belakang pengaruh kebudayaan Yahudi-Kristian yang kuat di barat.
Yahudi bukan sekadar hendak meruntuhkan akidah Islam, bahkan meruntuhkan agama Injil yang dibawa Nabi Isa al-Masih. Akidah Taurut yang dibawa Nabi Musa bagi kaum Bani Israil itu sendiri mereka selewengkan supaya dunia ini dicatur Yahudi saja.