Monday, August 20, 2018

kerajaan Kelentongkrasi, Rakyat Perlu Tolak – Dr Halimah

halimah21-681x511 Halimah dalam siri kempen berjumpa penduduk di kawasan Lembah Subang dan Kelana Jaya.

PETALING JAYA – Rakyat yang juga pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia perlu menolak kerajaan “kelentongkrasi”pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu 8 September ini.

Calon Pas, Dr Halimah Ali berkata, kalau Pakatan Harapan (PH) berjaya menyingkirkan kerajaan “kleptokrasi” pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan cara menabur janji yang tidak ditepatinya dalam tempoh 100 hari, kini giliran pengundi pula memilih Pas untuk menjadi suara semak dan imbang dalam kerajaan PH Selangor.

“Selangor memerlukan suara pembangkang yang kuat, walaupun jika kemenangan saya ini tidak dapat merampas semula negeri itu.

“Dengan suara yang kuat, kita dapat mendesak kerajaan PH agar mempedulikan rakyat dengan janji yang ditabur,” katanya kepada media pada hari ketiga kempen PRK DUN Seri Setia di sini, hari ini.

Dr Halimah berkata, Selangor antara negeri paling kaya di Malaysia dan mempunyai hasil yang banyak, tetapi mereka tidak mempunyai pemimpin yang pakar dalam mengurus serta mentadbir, menyebabkan segala janji tidak dapat dilaksanakan.

Katanya, suara yang kuat juga penting untuk memastikan kerajaan PH melaksanakan apa yang dijanji, bukan sekadar cakap tidak serupa bikin.

“Dengan adanya pertambahan kerusi pembangkang dalam DUN Selangor, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berjanji. Mereka akan membuat keputusan untuk melaksanakannya hasil daripada desakan kita selaku pembangkang,” katanya.

Mengenai sambutan rakyat di DUN Seri Setia sepanjang tiga hari kempen, Dr Halimah berkata, beliau berpuas hati dengan kehadiran pengundi dan dapat mendengar banyak masalah dihadapi mereka.

Kata beliau, rakyat merungut kerana masih ada janji yang dikemukakan pada PRU13 tidak dilaksanakan, sebaliknya dibiarkan penduduk berdepan dengan permasalahan sosial.

Beliau berjanji, perkara itu akan dibangkitkan kepada kerajaan negeri jika diberi peluang berada dalam DUN Selangor bulan depan. – MalaysiaGazette.

57 comments:

  1. Wahai semua umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya, marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam setiap PRK, PRN dan PRU termasuk PRU 15 untuk menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi di negara Islam sendiri.

    Marilah kita semua memulau dan menolak pakatun harporn yang sedang mengamalkan sekularisme, liberalisme, pluralisme dll yang bercanggah dengan ajaran Islam untuk menafikan hak Islam dan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.

    Pakatun harporn juga mengamalkan dasar kelentongkrasi untuk menipu rakyat dengan mencipta pelbagai alasan bodoh, fitnah dan u-turn supaya pakatun harporn boleh memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatun harporn. Ini bererti pakatun harporn adalah puak munafik.

    Maka kita tidak terkejut melihat sebilangan penyokong, barua, aktivis dan pemimpin pakatun harporn menyokong, membela dan memperjuangkan kemungkaran dan kesesatan seperti murtad, atheis, LGBTQ, pesta arak terbuka dll.

    Mereka juga menentang dan mahu menghapuskan apa sahaja yang berlabel Islam atau Melayu seperti institusi Islam seperti mahkamah syariah, jabatan agama Islam, JAKIM , IKSIM dan sekolah tahfiz, hak keistimewaan Melayu dan Islam dll kerana mereka adalah rasis yang bencikan kaum Melayu Islam dan agama Islam.

    Bahkan mereka mahu melabelkan pengganas komunis PKM sebagai 'pejuang kemerdekaan' setelah pengganas-pengganas komunis menyiksa, merogol dan membunuh kaum Melayu Islam , membakar kampung Melayu Islam dan memusnahkan negara ini sejak 4 Januari 1943. Ini jelas menunjukkan mereka adalah manusia yang tidak bermoral.

    Jika anda mengundi pakatun harpon, anda juga akan menangung dosa besar kerana menyokong kezaliman pakatun harporn ke atas Islam dan umat Islam:

    Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

    Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga.
    (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

    Oleh sebab itu, sesiapa yang mengundi pakatun harporn akan menanggung dosa besar dan mereka bukan dari umat Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka menyokong dan mengundi pakatun harporn yang telah menghina ajaran Islam, menafikan hak umat Islam dan menyokong dan membela kemungkaran, kesesatan dan murtad !

    Wahai umat Islam, marilah kita menyokong perjuangan Islam yang sedang diperjuangkan oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang telah menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan PAS untuk menegakkan Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat yang sedang diancam oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi.


    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita menyokong parti isle mca demi membela melayu dn islam yg terancam. marilah kita memulaukn jholow dn kapal mewahnya.

      Delete
    2. Lepas ni mesti ramai ahli MCA pegi Marang untuk masuk jawi . Makin sibuklah HA nampaknya lepas ni.

      Delete
    3. Pas kena kembali kpd ajaran islam sebenar mengikut ahlil sunnah wal jamaah....

      Delete
  2. Fakta: Hukum mengundi pakatan adalah haram dan berdosa besar kerana pakatan telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam. Contoh:

    DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee


    Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

    Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

    Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

    Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

    Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

    Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

    Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

    Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

    Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

    Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

    Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

    Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.


    Sumber: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

    Maka jelaslah hukum mengundi pakatan adalah haram dan berdosa besar kerana pakatan telah menzalimi Islam dan umat Islam. Orang-orang yang menyokong kezaliman tidak termasuk dalam umat Nabi Muhammad s.a.w. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. senarai panjang..tkde pun masuk jholow kafir yg telah merompak harta negara termasuk umat islam.

      Delete
    2. Dulu HA selalu ponteng Parlimen sebab sibuk tahnik. Kali ni mesti ponteng sebab sibuk nak jawikan ahli MCA pulak. Are you ready ?

      Delete
    3. hadi masukkn jawi wanita mca je.. yg pemuda mca biarlah kekal rumi

      haha

      Delete
    4. dgn 10 serangan ganas dap yg disenarai walaun diatas...maka bergelimpanglah mayat walaun2 didepan masjid..tepi jalan dn lorong2.

      dgn serangan ganas tersebut juga masjid2 di klntan tganu yg biasanya melimpah subuh jemaah telah sunyi sepi.

      dn dgn serangan ganas tersebut juga walaun2 tidak lg berpeluang memakai jubah...semua dipaksa memakai seluar pendek nampak pusat..kupiah kekal.

      kan aku dh kata dap sgt jahat dn bahaya mngancam melayu islam dn mca mualaf.

      ini sgt lah bahaya nya.

      Delete
    5. https://m.facebook.com/azmi.murid/posts/2046233892069300

      Jawapan kpd persoalan mualaf Redhuan tee dan bukti walaun taliban bodoo buat hukum sendiri..

      Delete
    6. EntiPas=bodo. Saya dah baca. Nothing special about it. Not much different with the ph dlm blog ibnu. Jwp yg hanya sekadar ada jwpn.

      Cara jwpn diberi seolah olah dap parti Islam terbaik yg mana wajib orang Islam tunduk padanya.

      Kamu patut bagi tips pada penulis tu. Klu nak bela pun jgn semua point. Klu semua point dibela maka rosak terus the whole structure penulisan w.pun sebahgiannya boleh diambil kira. People will simply said that penulis tu khadam/kuali dap. Understood?

      Delete
  3. Apa pendapat Dr Halimah tentang kesilapan PAS meneruskan lawan 3 penjuru semasa PRU lepas? Juga apakah signifikan PAS elakkan 3 penjuru di prk Balakong , sedangkan PH dan MCA meletakkan calon bukan Islam . Ada 30% pengundi Islam di situ. Huraikan jawapan anda dengan fakta dan contoh yang berkaitan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. halimah:- mmmm ana tak tau... nnri ana tnya mimpi hj hadi

      Delete
  4. Pemimpin PAS bersekongkol dengan UMNO dalam acara mencuri dan merompak duit rakyat dan negara. Oleh yang demikian kedua2 parti ini perlu dikubur demi untuk menghindarkan mudarat kepada rakyat dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang baik namun masih boleh didiperbaki. Selamat maju jaya .

      Delete
    2. ooo ok kita baiki perkataan dikubur. ganti dgn dibenam dn diterajang.

      rasanya better kot.

      selamat beristiqomah sebagai pembangkang bersama mualaf mca.

      Delete
    3. 8.05

      Pemimpin PAN bersekongkol dengan DAP dalam acara lgbt dan evangelist. Oleh yang demikian kedua2 parti ini perlu dikubur demi untuk menghindarkan mudarat kepada rakyat dan negara.

      Delete
  5. PAS dan UMNGOK adalah parasit yang perlu dimusnahkan sebelum menjadi barah dalam badan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmmmmmm jawapan pedas penuh emosi namun ada kebenarannya.

      Delete
    2. Ph yg mesti dikuburkan kerana terlalu banyak dosanya ke atas rakyat....
      Mahazalim dan hipokrit. Lidah bercabang dan selalu buat statemen membohongi rakyat.brakyat tidalk bernilai di sisi ph. Meteka betkuasa bukan utk membela rakyat ttpi utk menambah beban keatas yg rakyat yg memang telah jatuh kini mereka hempap pula tangga ke atas kepala rakyat... adakah rakyat masih tidar diri lagi dengan pembohongan dan penipuan kerajaan Ph keatas rakyat jelata...?

      Delete
  6. Rasuah dan melanun duit rakyat sudah sinonim dengan jiwa dan pemikiran pemimpin UMNO dan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang mungkin betul tetapi tiada fakta dikemukakan. Sila perbaiki mutu penulisan anda.

      Delete
    2. Anda penilai bodoo tak bertauliyah....

      Delete
    3. Kebanyakan pemimpin umno yg lari ke Ph adalah mereka yg tda peluang membolot kekayaan ktk dlm bn. Mere mengharapkan kerajaan Ph dpt menyediakan dedak2 kpd mereka...

      Delete
    4. Hahaha torbaik 9.25. simple tapi best

      Delete
    5. Sorry2 bukan 9.25 tapi 8.17

      Delete
  7. Minta Dr Halimah letak jawatan lantikan politik PH dulu sebelum bertanding lawan PH. Kan dr Halimah pegang Perpustakaan Awam Selangor.

    PAS dah kahwin dengan UMNo. MCA dan MIC.

    Apakah PAS tidak ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM YG DIBAWA PAS sendiri?

    PAS boleh U-TURNH 360 darjah dan membelakangkan prinsip perjuangan PAS iaitu memusuhi UMNO selama 66 tahun? Dah tak anggap musuh sebaliknya PAS anggap UMNO pasangan sekatil.

    PAS dah GILA BABI.

    Camana aku nak undi PAS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah selepas ini PAS akan cakap BABI halal dimakan di Balakong?

      Delete
    2. tunggu hadi dpt mimpi mungkin blh kot. sebb pas terdesak...klu dh dharurat pas pun blh makan babi kan.

      ada bangkangan dpd walaun?

      Delete
    3. Perjuangan bukan memusuhi umno ttpi cuba menjelaskan segala kesilapan yg telah mereka lakukan. Sekarang setelah kalah baru mereka sedar di atas kesalahan yg lalu. Kerana berada di barisan pembangkang maka mereka perlu membaiki hubungan dgn Pas utk menghadapi kemungkaran yg dilakukan oleh kerajaan baru sekarang ini..

      Delete
    4. 8.19 dah experience jadikan babi halal ke lepas jadi kuali dap?

      Delete
    5. Yang kata lebih baik makan babi dgn limpigs tu matbaoon, orang pas tak kata pun jadi toksah reka2 cerita, cuma dulu ada mcm ada yg nak kawan dgn setan yg dikenal, entah siapa tak pasti, pastu ada yg kata tuhan samseng, aku tak pasti jugak sapa, pastu ada yg mlm nya ceramah kata bajubatik bajubatak kat seko lwn, macai pun takbir, esoknya gelakketawa dua tu.
      Ni semua jenis ni badut politik menyusahkan orang hidupnya jgk matinya.

      Delete
  8. Sejak berkahwin dengan UMNO, ramai pemimpin PAS makan babi bersama MCA dan makan babi bersama MIC.

    Dulu kata PKR makan babi bersama DAP.

    Hancur Islam kerana PAS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam akan hancur kerana penyokong Ph yg buta perut dan bebal spt yg dok komen bodoh dlm blog ni. Pemikiran mereka terlalu low class dan tidak memberi manfaat kpd pembaca..

      Delete
  9. Ayooooyooo. Kawin sama melayu umno sudah. Kawin mualap mca pun sudah. Skerg mau sama acii moc pulak. Selamat pengantin baru 1 malaysia. Akhirnya cukuplah resepi gulai kawah hidangan pas yang bercampur dengan berketul2 daging b....... untuk penyedap rasa nikmat duniawi. Lepas ni jgn lupa kawin dgn minah saleh cia pulak cukup 4. Ini baru nama kakipusingkasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi 8.32 takut yer bila pas umno gabung...bunyi mcm takut bebenau tu.

      Jgn la takut sangat... Cakap la apapun...gabungan akan tetap berlaku...jadi pasno ke pasum ke umpas ke nopas ke peduli apa aku. Yg penting gabungan harus jadi.

      Delete
  10. dlm walaun doa kejatuhan kerajaan negeri Selangor sbg kerajaan ahzab, masih ada pemimpin pas yg makan gaji elaun dgn kerajaan Selangor yg ahzab tu...

    org yg bprinsip akan letak jawatan dulu seblm jadi calon. dah pecah Rashia dan kena kutuk baru nak letak jawatan.

    lawan tetap lawan; elaun tetap elaun..? muka tak malu...

    ReplyDelete
  11. Bila calon pas ni nak letak jawatan lantikan kerajaan PH?...takkan muka tak malu plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya kena tunggu AntiPas=Bodo yang bayar gaji. entipas=bodo bayar ke cukai?

      Delete
  12. Nampaknya S Setia ngan Balakong ni peratusan mengundi lebih teruk dari S Kandis . Pengundi PAS pening lalat dengan hujjah HA . Tu belum masuk hujjah Dr Marzuki si bodoh sombong. Moktar Senik lagi parah, sokong membawa rebah .

    ReplyDelete
  13. Ibnu Hasyim ni tak makan nasi dia lebih suka makan taik sebabtu otak dari hari ke hari bertambah bengang.

    ReplyDelete
  14. Benarkah DAP hina Islam?

    Lee Ban Chen
    17 Ogs 2009, 2:18 tengahari (Dikemaskini 17 Ogs 2009, 2:20 tengahari)

    A A
    Kempen media aliran perdana untuk memburuk-burukkan DAP sebagai parti anti-Islam telah berhasil buat sementara.

    Sekurang-kurangnya polis mengambil keputusan untuk memanggil Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook dan ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi untuk disiasat bawah Akta Hasutan 1948.

    Perkembangan terbaru ini tindakan susulan selepas Perdana Menteri Najib Razak meminta pihak berkuasa menyiasat kes-kes terbabit akibat desakan agar Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP terbabit, yang kononnya menghina Islam.

    Rasanya kempen ini bukan insiden terpencil terhadap DAP semata-mata, ia mungkin sebahagian strategi Umno/BN yang lebih besar, bertujuan untuk merampas kembali kuasa pemerintahan di Selangor.

    Anwar Ibrahim memberi amaran tentang konspirasi Umno/BN tersebut, dan Najib sendiri juga tidak sembunyikan agendanya hendak merampas kembali kuasa pemerintahan negeri tersebut daripada Pakatan Rakyat.

    DAP dituduh sebagai anti-Islam, pada masa yang sama Anwar dituduh sebagai pengkhianat bangsa dan agama, dan PAS sebaliknya dipelawa untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno, taktik-taktik ini berpusat pada strategi yang sama.

    Iaitu mengadudomba PAS dengan DAP dan PKR bawah slogan menyatupaduan Melayu dan penganut Islam, agar Pakatan Rakyat berpecah-belah dan kuasa pemerintahan Selangor boleh dirampas seperti yang berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

    Mari kita meneliti kes-kes dakwaan menghina Islam secara lebih perinci. Kes pertama, Jeff Ooi yang disiasat bawah Akta Hasutan padahal beliau hanya menyifatkan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan ekstremis, dan beliau telah menarik balik ulasan terbabit atas arahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

    Sama ada JIM pertubuhan ekstremis atau tidak terpulanglah kepada tanggapan masing-masing. Yang penting, kita harus bersikap liberal dan menghormati kebebasan bersuara setiap rakyat Malaysia membuat kritikan dan kritikan balas.

    Tidak dapat dinafikan bahawa kritik-mengkritik atau berdebat secara rasional dan membina menjadi amalan lumrah dalam sesebuah demokrasi yang matang. Mendesak agar Akta Hasutan atau ISA digunakan untuk menindas kebebasan bersuara jelas sekali bertentangan dengan semangat demokrasi, tidak kira dengan apa alasannya.

    ReplyDelete
  15. Redhuan tee kluar dari MCA ..lobai hadi plak nak kawan dgn MCA....mrmang bodoo lobai hadi dan pas..

    Ape komen Mualaf Rheduan Tee?..

    ReplyDelete
  16. POLITIK
    Ridhuan Tee keluar MCA

    WARTAWAN SINAR HARIAN
    31 MEI 2016

    RIDHUAN TEE ABDULLAH
    A- A+ (Ubah saiz teks)
    SHAH ALAM - Pendakwah, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, mengumumkan keputusannya keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, terutamanya soal hudud.

    Ridhuan yang merupakan ahli seumur hidup MCA, bertindak keluar susulan tindakan MCA yang lantang menentang pelaksanaan hudud.



    “Untuk makluman, selepas memeluk Islam, saya menjadi ahli MCA kerana mahu berdakwah kepada orang Cina dan tidak mahu dianggap sebagai ‘masuk Melayu’. Setelah 20 tahun berada di sana, jangkaan saya salah.

    “MCA, Gerakan dan DAP, sama sahaja. Mereka musuh Islam yang nyata. Saya tidak mahu berdosa lagi duduk dalam organisasi yang memusuhi agama yang sangat saya cintai,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

    Terbaru MCA, Gerakan, SUPP dan MIC menyertai DAP, menentang dan membantah usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Dewan Rakyat, minggu lalu.

    Malah pemimpin MCA, Gerakan, SUPP dan MIC mengugut akan meletak jawatan daripada Kabinet sekiranya RUU itu diluluskan.

    Ridhuan yang juga pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin berkata, beliau kesal dengan pendirian MCA itu yang disifatkan gagal memahami Islam dan cara hidup Melayu.

    Beliau berharap terdapat pemimpin Umno yang bertindak berani agar tidak tunduk kepada ugutan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan itu.

    “Silalah letak (jawatan) sekarang. Jangan bersandiwara. Boleh sahaja digantikan orang benar-benar layak dan bukan musuh. Toleransi Melayu dan pengorbanan orang Melayu sudah sampai hadnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. reduan T patut bertaubat dn masuk mca semula. tk istiqomah betul.

      Delete
  17. Bangkali hadi mimpi jumpa nabi dan nabi izinkan pas kawan dgn MCA yg dibenci oleh mualaf rheduan tee...rheduan tee tak.mimpi jumpa nabi..

    ReplyDelete
  18. Dr Halimah plak nak klentong rakyat di sri setia...tontowi dah klentong kena pelangkong dgn pengundi sg kandis...


    ReplyDelete
  19. pas kalah dikawasan banyak kapir
    mana ada kapir nak sokong pas
    pas kena bnayak bergerak dikawasan amnoo
    untuk dapatkan sokongan merlayu islam
    itu kenyataan

    ReplyDelete


  20. 1.Kerajaan Najib Bn/umno - kleptokrasi ditambah ramuan oleh pakatan/DAP dgn persepsi dan sentimen yg amat prejudise asal menang GE14..sekrang jadi abg besar..back mahathirism to era

    2.kerajaan pakatan/Dap yg amat pintar dan cendikiawan dunia tapi the era of hindunism and liberalism/komunism moderated avangelis or kelentongkasi - back to era of stupidism jahiliah

    pilihan ditangan anda jangan bersama pakatan/dap - undi utk perkuat kan opposition check and balance...the era of najbisme dan berlalu..marilah bersama love malaysia for Allah and rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bn prompak..pas jadi penyokong kuat..najib dah berlalu...tapi yg ade dlm umno masih ade cop promak dan kaki temberang..

      Pilih pas ato umno samalaj pilih prompak...islam tak kemana pon..

      Delete
  21. Bagaimana anda fitnah pas sokong perompak sedangkan PAS adalah parti yg awal2 lagi menentang semua perkara2 yg kearah itu semua yag anda katakan adalah berniat jahat satu persepsi untuk memburukan org islam yg lain lebih2 lagi kpd non muslim ada pengkhianat - Ya/Tidak

    Anda dan pemimpin Anda bukan saja jahat dan berniat jahat dgn fitnah bahkan anda menyokong kalangan penentang islam yg tegar. PAS adalah pelopor kearah tarbiah dan kebaikan sejagat Al-Quran dan Al hadish merupakan sandaran rujukan utama..Tapi Anda dan pemimpin Anda telah meracuni masyarakat dengan maklumat yg mengelirukan tentang islam - anda adalah penentang islam - Ya/tidak

    marilah kita kembali kpd islam yakni AlQuran/hadish - tinggalkan taghut/jumud dan kefasikkan lebih2 lagi mencipta sentimen dan pesepsi macam org non muslim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok kau tidorla byk berkhayal pilkuda.. islam bermula dgn akhlak.. klu tkde akhlak tkdelah perjuangan islam... berangan jd superman la kau...mcm budak2

      Delete
    2. Ye la 4.45... berkhlak sangat la bila perjuangkan lgbt. Dgn kata lain acara liwat meliwat nak disahkan halal. Nak tanya pil kuda brand apa ko makan sampai pemikiran jadi lagu tu?

      Delete
  22. Iya betul . PAS zaman awal, termasuk zaman arwah Fadzil Nor dan arwah Nik Aziz. Bukan zaman HA yea. Bukan zaman MS. Bukan zaman ZM. Bukan zaman alTontoni .

    ReplyDelete
  23. Zaman fadilnot? zaman nikaziz? Apa bagusnya zaman dua badut tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.26 ni drebar ph level kayu ka?

      Delete
    2. 3:26 tu bukan geng ph, ph mendewakan fadilnot & nikaziz, pas jgk bukan, umno jgk bukan, tu dari group lain, terimalah hakikat 8:38, munkin dia benar tu, tidakkah fadilnot yg beriya2 bantu aljubb waktu dipecat? hasilnya aljubb tikam pas dari belakang, tidakkah nikaziz beriya2 dgn dapigs? hasilnya terburai pas, jadi betulla tu badut.

      Delete