Thursday, August 02, 2018

Kisah Interbiau Bogel Ramai-Ramai, Lelaki Disentuh Staf Wanita..

Hasil carian imej untuk Dibogel dan disentuh staf wanita

 KL: Kerajaan digesa meneliti proses temuduga kemasukan ke Universiti Pertahanan Awam Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja berikutan dakwaan berlaku prosedur yang mendatangkan aib serta bertentangan budaya ketimuran.
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (PAS – Dungun) berkata, menerusi sepucuk surat oleh seorang mahasiswa terbabit telah mendakwa mereka melalui prosedur yang menghendaki berbogel beramai-ramai dan dihadapan staf perubatan wanita.
Selain itu maklumnya, dalam keadaan mengaibkan itu, mereka disuruh melakukan beberapa aktiviti seperti ‘pumping’, melompat-lompat serta pelbagai lagi termasuk dari Kor Agama (Kagat) dan kadangkala kemaluan mereka disentuh staf-staf tersebut.
Perkara itu diutarakan beliau ketika berucap mengambil bahagian dalam perbahasan Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin.
“Kita mempunyai kira-kira 5,000 graduan perubatan setiap tahun dikeluarkan universiti yang dinyatakan akhbar Berita Harian 5 September 2017. Soalan saya adakah sudah tidak ada lagi staf perubatan lelaki bagi mengendalikan prosedur-prosedur temuduga ini?
“Saya pohon dari maklumat luahan surat ini supaya diambil perjalanan untuk dilihat dan kalau perlu kepada pembaikpulihan yang sangat mustahak bagi menghormati masyarakat Timur, Asia dan juga termasuk dari kalangan bangsa kita sendiri sama ada Cina, India, Melayu dan apatah lagi ia melibatkan orang-orang Islam,” ujarnya.
Skim atlet berpotensi
Beliau pada kesempatan itu turut merakam ucapan tahniah kepada atlet berbasikal kelahiran Dungun, Azizul Hasni Awang atas kejayaan mengharumkan nama negara di persada dunia dengan merangkul emas acara basikal trek China 2018 pada 27 Julai lalu.
Menurutnya, Azizul telah mencapai kejayaan sangat banyak antaranya tahun 2009 di Poland mendapat pingat perak, 2010 di Denmark juga perak, 2015 gangsa, 2016 gangsa, 2016 di Rio Olimpik gangsa dan 2017 emas.
“Apakah ada sumbangan daripada kerajaan untuk anak muda sangat hebat dan cemerlang yang telah mengharumkan nama negara ini? Kalau boleh diadakan juga satu skim untuk atlet-atlet kita yang ada potensi untuk menaikkan nama negara.
“Supaya kita boleh membantu mereka apabila sampai kepada tahap boleh menjadikan nama negara kita ini masyhur dengan sebab usaha yang telah mereka ambil,” ujarnya.
Isu muara cetek
Ustaz Wan Hassan juga menyentuh isu muara Sungai Dungun yang sangat cetek di mana permohonan telah dimasukkan pada Rancangan Malaysia Ke (RMK) 10 dan 11 yang lalu untuk mengatasi pelbagai masalah berkaitan.
Antaranya jelas beliau, apabila musim tengkujuh muara sungai menjadi cetek, pendaratan ikan tidak dapat dilakukan, sekali gus menyebabkan kos harga ikan mahal dan lebih dahsyat ialah kehilangan nyawa para nelayan, selain membantut kemajuan pelancongan. - HARAKAHDAILY 1/8/2018

8 comments:

ted manoff said...

puak lobaii pas nmpak lembu pun bernafsu..dh ada bini 3 pun lembu dingoratnya..kahkah..elok lembu dipakaikn baju bagi mengelak ditoron lobaii dungu pas..kahkah..🤗🤗🐄🐐🐃🐂🐮👳👳👳👳👳👳👳

ted manoff said...

Lobaii porno..

bunbinban said...

Laporkan kepada kementerian atau polis kalau ada perkara seumpama itu. Lapor kat lebai apa barang. Tapi ok la, at least lebai dah jln tanggungjawab yg di amanahkan oleh si pelapor.

Anonymous said...

Semua minat porno... lawat German, blogger macai. Dah cukup bulan bergabung dgn Umnoporno

Anonymous said...

lobai byk mngadu semasa ph ni.. tu tnda mereka percaya ph mndengar keluhan dn ada harapan utk baiki.

zaman najib nngadulah apa pun. najib jwb tk tau dn hulur dedak. close case. lobai eeerrrk alhamdulillah

Anonymous said...

Puak ph takda ulama. Sekarang mereka guna agama untuk kepentingan sendiri. Mereka kumpul ulama2 dan ust2 yg popular. Dlm group mereka takda ulamak jd terpaksa kumpul kan ustf2 dan ulamak2. Mereka cuma ada lobai lim guan eng dan lobai lim kit siang dan lobai ramasami. Ada bayaran ke?

Anonymous said...

Puak ph kaki porno. Lagak alim tp rujuk lobai lim guan eng dan limkit siang.

Anonymous said...

Kahkahkah.. komen para Barua pembontot Tokong mcm budak terencat akal.

Barua Fobia sama Lu Pak Hasyim dgn PAS... Lu tembak lagi biar yang terencat akal mengelupor.

Tapi para barua pembontot Tokong ni tetap akan mengelupor mengomen nak tunjuk kat Tokong mereka bekerja keras membodohkan diri demi kesejahteraan Tokong sebab habuan nanti mungkin bukan dedak dah tapi babi panggang bersalut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails