Sunday, August 12, 2018

Lagi Nepotisme DAP? Anak Kit Siang Jadi Senator

Lagi Nepotisme DAP? Anak Kit Siang Jadi Senator


ALAHAI… Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadikan Malaysia Baharu sebagai platform terbaik demi kepentingan sendiri apabila ‘selamba’ mengutamakan anggota keluarga dalam bidang politik.

Jika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbangga anaknya, Datuk Seri Mukhriz bukan sahaja menjadi Ahli Parlimen Jerlun, malah mampu dipilih sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua dalam sejarah negeri itu.
Juga PKR yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serah jawatan presiden parti kepada suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahkan anaknya, Nurul Izzah ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Tidak ketinggalan DAP dengan mendiang Karpal Singh pasti senyum anaknya, Gobind Singh Deo menjadi menteri, Jagdeep Singh Deo pula Exco Kerajaan Pulau Pinang dan Ramkarpal Singh ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor.
Terbaharu, DAP juga catat sejarah apabila ‘otai’ pengasas parti itu, Lim Kit Siang tentu bertambah meriah dengan kehadiran seorang anak perempuannya, Li Hui Ying dilantik sebagai Senator Dewan Negara mewakili Pulau Pinang.
Berita pelik itu diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika cadang nama tersebut pada sesi penggulungan usul Ucapan Yang Dipertua Negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri di George Town semalam.
Media melaporkan ADUN Padang Kota itu berkata, Hui Ying dipilih bersama-sama dengan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff untuk galas jawatan lantikan politik tersebut selama tempoh tiga tahun.
Mereka berdua akan menggantikan Siti Aishah Shaik Ismail dan Dr. Ariffin SM Omar yang tamat tempoh pada 1 Jun lalu. Hui Ying, 55, merupakan pengarah kempen DAP di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14.
Beliau merupakan graduan ekonomi dari Universiti Malaya. Ketika ini, anak lelaki Kit Siang, Lim Guan Eng ialah Menteri Kewangan dan pernah menjadi ketua menteri Pulau Pinang selain bertugas sebagai Ahli Parlimen Bagan.
Isteri kepada Setiausaha Agung DAP tersebut iaitu, Betty Chew Gek Cheng kebetulan pernah jadi ADUN di beberapa kerusi di Melaka. Begitulah kehebatan parti itu yang gagal disaingi Barisan Nasional (BN) dalam isu nepotisme!
Untuk rekod, jika ada pemimpin BN yang berbuat perkara sama, mereka tentu dikutuk teruk oleh penyokong PH sebagai konon pentingkan kaum kerabat keluarga sendiri untuk jarah kekayaan negara! – Agensi/Mynewshub.TV


12 comments:

Anonymous said...

geng-geng lobai ni,gajah diseberang laut nampak!semut didepan mata buat dek aje!
sikhalil anak sipresident siape?di ayam tu siape?ptuiiiiii.

Anonymous said...

nepo kroni tkde masalah asalkn berjalan betul dn tidak merompak negara.

ada sesapa walaun berani ckp yg Nabi saw juga ada unsur nepotisma sebb 4 khulafarashidin selepas Baginda saw semua ada hubungan kluarga dgn Baginda saw.

Malah Saidina Osman Affan pun terbunuh sbb difitnah amal nepo oleh puak2 khawarij. walhal beliau dijamin syurga.

jgn berpolitik sampai terguris Baginda saw.. pejuang islam apa tk berhati2 kluar kenyataan hnya kerana dendam kesumat k a c i w a kalah pru14 yg agung itu.

jgn sesiapa ulas lg khulafarashidin tu bagi mnggelak dosa.

tkkisahlah klu najib nk berkuasa 7 keturunan pun asalkn semua jujur amanah dn tidak mncuri. malangnya baru 2 keturunan.. najib dh pecah rekod cabul semua itu.

tkkisahlah hadi nk jd ayayollah malaysia 7 keturunan pun asalkn tidak berbau dedak dn tidak berfikrah khawarij dn pro syiah dn tidak membohong ponteng atau makihamun sesama umat islam.

Pak asim said...

Aduhai,aku nk tembak ph tapi pas pulak yg kena, hahaha

Anonymous said...

Kalo ahli parti tidak bantah tak perlu orng lain menyibok plak...individu yg dipilih mewakili parti bukan keluarga dan berkebolehan...

Anak lobai hadi sendiri pon ade jawatan dlm parti dan adun...

Rasanye ibnu hasyim lebih elok main peranan untuk kuatkan Pas supaya diterima rakyat dlm pru akan datang....majoriti rakyat malaysia masih tak suka dgn lobai Pas...

Anonymous said...

Nepotisme ialah perbuatan atau amalan yg mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin parti dalam pakatun mengamalkan nepotisme. Bukti:

(1) Parti roket: Dinasati bapa dan anak-anak.

(2) Parti satu mata : Dinasti ibu-bapa dan anak.

(3) Parti bunga : Dinasti bapa dan anak.

(4) Parti kuali : ?

Bukankah dahulu puak pakatun menuduh UMNO BN mengamalkan nepotisme tetapi sekarang tuduhan tersebut telah kembali kepada pakatun ?

Barua-barua @ red beans army ternakan parti ultra kiasu biaDAP yang bersikap anti-Islam telah gagal mengutuk pemimpin-pemimpin mereka sendiri kerana mereka sibuk menyondol dedak cap roket !

Anonymous said...

Hahaha tembak lobai. Yang tulis artikel ni bukan lobai. Yang kau busuk hati kat lobai apa hal.

Anonymous said...

Tembak pak asim. Dap dah banyak lomak. Sikit lagi puak pan akan cop tanda halal kat babi. Ambik hati boss mereka dap.

Anonymous said...

Babi memang kuat nyondol. Apa kurang red army dap. Nyondol merapu.

Anonymous said...

Macai2 ph kebanyakan benci kpd org islam yg pakai lebai tp mesra alam dgn lge dn lks yg tk pakai lebai. Biasa lah org2 abdullah b ubai b salul mereka bermuka2 dpn nabi tp mnjdi penghasut spy rakyat memusuhi nabi dan islam. Sama macam mereka2 ni yg dok komen hentam pas di blog ini. Mereka ni tak berani tunjuk muka takut org kenal. Tp akan bermanis muka ktk berhadapan dgn pak lebai dan org islam yg beriman. Ini namanya munafik. Mereka inilah yg bekerja siang mlm utk menghancurkan umat melayu islam...
Hati mereka ni dah penuh dgn bintik2 hitan yg menghalang hidayah Allah mendekati mereka. Akhirnya mereka terus hanyut dlm kesesatan dan menyesatkan.. berhati2lah dgn golongan kerana mereka sangat merbahaya kpd umat islam..

Anonymous said...

Pak Asim ni nak menyamar ibnu hasyim ke....
Balik buat kerja lain lebih berfaedah dari dok bust dosa kat blog ni... haprak betul harapan ni...

Anonymous said...

Dap didokongi oleh pelampau2 rasis yg bersrmbunyi disebalik demokrasi dan disokong pula oleh tun. Dah naik tocang dgn terus merancang agenfa2 baru utk menindas org melayu dan org islam. Tak lama lagi kita dapat agenda mereka merancang projek2 yg menguntungkan peniaga2 samada kecil atau besar yg majoriti besarnya dari kalang bgsa cina yg akan terus mengaut keuntungan melalui kuasa politik mereka.. yg menanggung nanti adalah org2 melayu. Inilah kesan dari kebodohan org melayu memberi undi kpd mereka kerana tertipu oleh org melayu sendiri yg telah di skrew oleh dap...

Anonymous said...

Acecehhh 3.48...dan dan ni la bila dh ada kuasa otomatik nepotism kronism tu jadik halal. Dulu yg anwar bising kronism nepotism tu apakejadahnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails