RUU bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (AATB) baru sahaja diluluskan. Saya tidak berpeluang berbahas walaupun beberapa kali bangun berdiri kerana masa berbahas sangat singkat berbanding ketika Akta AATB tersebut di bawa ke Dewan Rakyat pada 29 Mac dan 2 April 2018 lalu.
Ia menunjukkan betapa kerajaan PH sangat tergesa-gesa dalam mengemukakan sesuatu RUU tanpa memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk memberikan pandangan secukupnya. Ia seolah-olah meludah ke langit kerana itulah yang menjadi bahan kritikan mereka terhadap BN ketika menjadi pembangkang dahulu.
Saya menjadi wakil tunggal PAS berucap mewakili PAS menyokong AATB pada 2 April 2018 lalu. Sila rujuk
http://drtakiri.blogspot.com/2018/08/teks-ucapan-perbahasan-rang-undang.html?m=1
Untuk itu, pada kali ini PAS menerusi 2 Ahli Parlimen iaitu Kubang Kerian dan Pasir Putih tegas menolak pemansuhan akta tersebut.
Mesej yang perlu disampaikan ialah berita palsu adalah jenayah kemanusiaan. Ia jenayah terhadap kehormatan manusia yang menjadi mangsa terhadap berita palsu. Berita palsu adalah satu kezaliman terhadap kehidupan bermasyarakat kerana ia boleh menimbulkan ketidaktenteraman dan pertelingkahan dalam masyarakat.
Bagi saya pemansuhan akta ini menunjukkan PH tidak serius menangani penyebaran berita tidak benar.
Secara meritnya, tiada pertikaian besar terhadap Akta tersebut. Hanya pada beberapa aspek teknikaliti sahaja yang dipertikaikan. Ia boleh sahaja dipinda tetapi bukannya dimansuhkan.
Jika dirujuk kepada penyata rasmi Dewan Rakyat pada 29 Mac 2018 dan 2 April 2018 serta perbahasan di Dewan Rakyat pada hari ini, dua (2) perkara utama yang menyebabkan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang dahulu dan sebagai Kerajaan pada hari ini mempertikaikan Akta Antiberita Tidak Benar adalah kerana :
(i) Kebimbangan Akta ini disalahgunakan oleh Kerajaan terutamanya yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini memandangkan ia dikemukakan di Dewan Rakyat menjelang PRU14.
(ii) Sudah ada akta lain yang dikatakan boleh menangani penularan berita tidak benar.
Pertama, jika PH mendakwa Kerajaan di bawah terajunya adalah cekap, bertanggungjawab dan telus, sepatutnya PH tiada masalah dengan Akta ini dan bersedia melaksanakannya secara adil bagi melindungi kepentingan semua pihak daripada ancaman bahaya berita tidak benar dengan lebih berkesan. Adakah kerana PH juga tidak percaya mereka tidak akan melakukan penyalahgunaan kuasa? Jika ada peruntukan yang boleh menimbulkan salahguna kuasa, ia boleh sahaja diselesaikan menerusi pindaan dan bukannya pemansuhan.
Kedua, PH mendakwa Akta Antiberita Tidak Benar tidak diperlukan antaranya kerana sudah ada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Perkara ini juga ada dinyatakan pada bahagian huraian RUU yang dikemukakan di Dewan Rakyat pada hari ini. Peliknya, pada masa sama, PM dan beberapa pemimpin PH sebelum ini juga menegaskan akan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ini. Ini adalah pendirian dan tindakan yang saling bertentangan.
Ini menimbulkan persepsi, PH seolah-olah cuba menghapuskan semua had yang membataskan kebebasan bersuara atau berekspresi atas nama perjuangan hak asasi kononnya. Sedangkan setiap kebebasan perlu diletakkan had supaya ia berada dalam kawalan dan tidak membahayakan pihak lain dalam pelbagai aspek. Perlu dibezakan antara bebas dengan terbabas dan antara kritik dengan mengutuk. Apabila terbabas ia akan menceroboh hak manusia lain. Seseorang bebas bercakap tapi tidak boleh terbabas bercakap sesuatu yang palsu melibatkan orang lain.
Saya bimbang tujuan sebenar Akta Antiberita Tidak Benar ini mahu dihapuskan adalah kerana berita tidak benar itu sendiri adalah aparatus PH bagi mendapatkan dan mengekalkan kuasa serta menjatuhkan lawan mereka.
PAS sendiri turut menjadi mangsa ini. Antaranya tuduhan menerima RM90 juta menerusi laporan oleh Sarawak Report. Sikap PAS terhadap skandal 1MDB dituduh PAS menyokong rasuah dan salah laku BN. Idea ‘Unity Government’ yang bermaksud perpaduan semua parti tanpa ada pembangkang diputarbelit kononnya agenda penyatuan PAS dan Umno. Insiden Memali dan Amanat Haji Hadi dimanipulasi naratifnya supaya PAS dilihat pencetus perpecahan, pembawa fahaman ekstremisme dan kafir mengkafir.
Malangnya, para pemimpin dan cybertrooper PH dengan sikap rakusnya terus mencipta dan menyebarkan berita tidak benar menerusi pelbagai platform media untuk menyekat pengaruh positif lawan mereka.
Sejak menjadi Kerajaan tidak kurang juga PH menipu rakyat. Bermula dengan plot jumlah hutang negara sehinggalah kepada pelbagai janji yang tidak ditunaikan dengan pelbagai alasan; manifesto bukan kitab sucilah, BN punya pasallah, akan kaji dululah dan macam-macam lagi.
Pada hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dalam penggulungan beliau secara terang berbohong menyatakan bahawa PAS menyokong SOSMA. Setelah dibantah dengan keras barulah beliau menarik balik tuduhan. Perdana Menteri, juga pada hari ini melakukan pembohongan apabila mengatakan beliau tidak pernah mengatakan bahawa tempoh Majlis Penasihat Kerajaan hanya 100 hari.
Kalau tidak dapat menipu, saya percaya PH pasti senak perut dan tertekan untuk menghadapi amarah rakyat. Sebab itulah saya luahkan kebimbangan bahawa berita tidak benar ini menjadi aparatus utama dan terpenting PH.
Suka saya memberi amaran awal kepada rakyat dengan satu pepatah iaitu “siakap senohong, gelama ikan duri; bercakap bohong, lama-lama mencuri” supaya kita sentiasa berwaspada dengan Kerajaan yang diterajui oleh PH pada hari ini. Saya khuatir, sikap berbohong pada awal menjadi Kerajaan ini akhirnya membarah menjadi curi dan rompak harta rakyat dan negara.
“Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
16 Ogos 2018 | 4 Zulhijjah 1439 – HARAKAHDAILY 16/8/2018
7 comments:
Sesiapa yang berani dan sanggup mengambil risiko akan tetap mendedahkan apa-apa jua berita yang di terima nya setelah yakin sumber atau berita yang di terima nya benar.
Terpulang kepada orang lain mahu mempercayai nya atau tidak.
Mahatir beberapa kali menuduh Najib dan Hadi dan kedua-dua mereka menafikan nya. Adakah apa yang Mahathir katakan terhadap mereka itu satu berita palsu atau tidak ?
Kesukaran menentukan berita itu palsu atau tidak sama lah kesukaran menjawab mana dulu, telur atau ayam.
Pada satu ketika dahulu pernah tersebar nya berita berlaku pergaduhan di antara melayu dan india sehingga beberapa jalan di kawal oleh Polis. Padahal di tempat yang di katakan berlaku nya pergaduhan tersebut berjalan seperti biasa. Ini kerana beberapa orang melihat kenderaan FRU yang banyak bergerak menuju di jalanraya. Sebab itu sekarang kita tidak melihat kenderaan FRU berjalan secara berkonvoi dan kalau ada pun, kenderaan lori FRU tersebut kosong. Pasukan FRU akan menaiki bas yang telah di sedia kan.
Jadi apabila berita tersebar dari mulut ke mulut, adakah itu yang di katakan berita palsu.
PAS hanya memikirkan dari sudut politik sahaja sedangkan berita palsu yang sebenarnya ialah berita yang menyebab berlaku nya rusuhan.
Usaha PAS dan UMNO mengunakan isu perakaunan untuk menimbulkan kemarahan kaum lain gagal kerana kesepaduan parti-parti dalam PH.
Sebab itu hari ini, mengundi calun MCA adalah kerana calun tersebut juga adalah rakyat Malaysia. Sedangkan kedua-dua nya adalah kafir yang perlu di tolak menjadi sebagai pemimpin atau ketua mengikut ajaran PAS.
Ini juga fitnah..
[Usaha PAS dan UMNO mengunakan isu perakaunan untuk menimbulkan kemarahan kaum lain gagal kerana kesepaduan parti-parti dalam PH.
Sebab itu hari ini, mengundi calun MCA adalah kerana calun tersebut juga adalah rakyat Malaysia. Sedangkan kedua-dua nya adalah kafir yang perlu di tolak menjadi sebagai pemimpin atau ketua mengikut ajaran PAS.]
Lobai pas bukan pandai bagi idea yg bernas...buat ape bahas lama2... Kalo lobai pas pandai dah lama kelantan maju...taklah ramai rakyat cabut lari cari makan di negeri lain yg lebih maju..
Dato` Dr Khairudin nama diberi
Aman Razali itu siapa pula?
AtTakiri agaknya lambang negeri
Nama bapanya siapa pula?
AtTakiri agaknya lambang negeri
Nama bapanya siapa pula?
AATB ini memang perlu dikembiri
Kerana ia ciptaan orang2 gila
AATB ini memang perlu dikembiri
Kerana ia ciptaan orang2 gila
Untuk menutup penipuan 1MDB!
Tapi Kini pendakwaan bermula!
Untuk menutup penipuan 1MDB!
Tapi Kini pendakwaan bermula!
Ditipu Arulkanda PAS PUASHATI!
Bersiaplah wahai walaun2 onta!
helo Q7.. why not u usul akta ni utk klantan dan tgnu.
first nk cek betulke u guna Q7 pakai duit sendiri. benar atau tidak benar
klu sesapa rasa kena fitnah.. repot polis dan saman org berkenaan. tak perlu akta ni lagi. undang2 dh ada.
ari tu najib buat undang2 ni sebb byk berita 1mdb dan 2.6b tersebar tapi nk cari bukti sahih tkde peluang... ditutup rapat dn ditambah akta ini.
pas ni semua tak sempat. tu sebab 355 mati tengah jalan. sebb tak sempat. slow
Kt depan ada Dato Dr. Kt belakang ada at-Takiri . Di mana sifat tawadduk pemimpin PAS ? Besok gelaran tu blh bawa masuk lubang kubor ker?
Post a Comment