Thursday, August 16, 2018

PDRM Guna B/ Inggeris Taklimat. PM Pula Lain Tanya Lain Jawab.



KUALA LUMPUR: Lain yang ditanya lain yang dijawab, demikian gambaran maklum balas yang diterima oleh Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat pagi ini terhadap soalan tambahan yang dikemukakan beliau kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Dalam soal jawab pada hari ini, beliau meminta penjelasan Perdana Menteri berhubung laporan daripada akhbar Malay Mail yang menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan bahasa Inggeris dalam taklimat operasi harian termasuk peperiksaan berkuatkuasa hari ini.
“Saya minta penjelasan daripada Perdana Menteri berhubung laporan daripada Malay Mail hari ini yang menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan bahasa Inggeris dalam taklimat harian dan operasi pada setiap hari dan tidak menggunakan bahasa Melayu.
“Dan bermula pada hari ini mereka telah menguatkuasakan satu peperiksaan kepada pegawai tinggi untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan seharian termasuk briefing, taklimat dan operasi,” kata Tuan Ibrahim.
Mahathir bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya berkata penggunaan bahasa apa sekalipun adalah penting asalkan pendengarnya memahami apa yang diperkatakan.
“Tuan Yang Dipertua kadang-kadang kita menggunakan bahasa Arab supaya yang mendengar itu tidak faham, dan terjemahannya itu pun kita tak tahu betul ke tak betul, jadi amat penting sekali apabila kita berhubung dengan orang bahasa apapun yang penting dia faham apa kita kata. Yang dia kurang faham, kadang-kadang kita terpaksa guna bahasa Arab bagi orang yang pandai bahasa Arab,” katanya.
Tuan Ibrahim kemudiannya bangkit mendesak jawapan daripada Mahathir dan menekankan persoalan yang dikemukakan beliau menyentuh urusan penting dalam urusan harian PDRM.
“Saya fikir menteri (Perdana Menteri) tidak jawab soalan, saya fikir tolong jawab soalan, ini berhubung PDRM, bukan urusan harian, PDRM guna bahasa Inggeris dalam operasi harian. Saya minta menteri jawab soalan,” desaknya, yang kemudiannya Speaker Dewan bertindak alih kepada soalan seterusnya dari Ahli Parlimen Merbok. – HARAKAHDAILY 14/8/2018

11 comments:

ted manoff said...

Utamakan bahasa kebangsaan..😞😒😳😵

Anonymous said...

Kita kena tahu apa motifnyer ustaz, jgnkan english, arabic pon boleh! Barulah polis kita bertaraf dunia! Itu pon tak faham! Dgn. arulnasikanda paham plok, sampai PUASHATI. Ustaz....ustaz.......pi dok pondok lah ustaz! Parlimen tu mcm tak layak je utk ustaz!

Lagi po ni hah!

Kafirun Bee Yin biaDAP tadi guna pekataan insyaALLAH DEPAN MUKA ustaz, nape ustaz tak marah pon. Bukan ke kafirun tak boleh guna kata ALLAH. Gegak gempita semalaya kata tak boleh! Ustazlah yg kata tak boleh! Tapi tadi ustaz diam menikus je! ERRRRRmmmmmm,,,,memang fasikun wa munafikuuuun wa wala`unnnnnnnnnnnnnnn, ente2 semua!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Hahaha...tuan ibrahim kena perli dgn tun...tanya mcm soalan budak...patut kena sebijik..

Anonymous said...

Datuk Dr Nik Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) di Dewan Rakyat, berkata, walaupun MCA menentang hukum hudud, sokongan kepada parti Cina itu dibuat kerana mereka adalah "rakyat Malaysia".
"PAS kalau bekerjasama dengan MCA, Umno (sebab) mereka adalah rakyat Malaysia.

Ini lagi bukti ustaz2 fasikun, munafikun, hamPAS pas yang memang HAMPAS, HAMPAS, HAMPAS.

Apa!......PPBM bukan rakyat Malaysia? AMANAH bukan rakyat Malaysia? DAP bukan rakyat Malaysia? PKR bukan rakyat Malaysia????? BENGONG ENTE2 SEMUA, SAH TAK LAYAK BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA!

Anonymous said...

Tak payah layan mamat ibrahim ni. Dia ni la jgk mengakui syiah adalah mazhab dlm isle.

Otak dungu

Anonymous said...

Lu yang anti Islam sokong M. Lu sama M otak lembu, tak tahu bahasa Arab, jahil dalam agama Islam. Tapi jangan takut boleh masuk syurga Lim Kit siang.

Kesin tapi tetap sombong. Ha ha ha

Anonymous said...

Pas sbnrnya anti islam. Menyalahi ajaran alquran. Mendokong sistem yahudi utk mendpat kuasa dgn menipu rakyat islam malaysia.

Alquran menetapkan jika percaya selain dari hukum dan sistem dari allah..maka anda tergolong dlm kaum itu juga

Anonymous said...

Sesat pemimpin pas ni bertopengkan islam

Anonymous said...


TUM M NI..BERORIENTASI ENGLISH..K.
USTAZ BIASA NYA MENGGUNAKAN AYAT AL QURAN ATAU MATAN AL HADITH YAKNI BAHASA ARAB SEBAGAI RUJUKAN DAN PANDUAN UNTUK MENJADIKANNYA SANDARAN SEBELUM DITERJEMAHKAN DALAM BAHASA MELAYU ATAU LL TAPI DISINI LAH MENJADI PERSOALAN KERANA KITA TAK FAHAM BAHASA ARAB KITA KATA BETUL KE TERJEMAHANNYA ..UTK MAKLUMAT TAFSIRAN AYAT ALQURAN ADA METODOLOGI DAN PROCEDURE KETAT BUKAN SEKADAR TERJEMAHAN K..SO TUN M NAKAN ENGLISH MEDIUM..INGAT PPSMI..

SEBAGAI ORANG ISLAM BAHASA ARAB ADALAH BAHASA ALQURAN YAKNI BERIMAN DENGAN PENUH KEFAHAMAN DAN KEYAKINAN
WAHAI ORANG BERIMAN MARILAH KITA MELETAKAN ALQURAN DAN ALHADITH SBGAI PANDUAN

Anonymous said...

Sesat pemimpin pas ni bertopengkan islam
August 16, 2018 at 9:31 PM

KITA FAHAM KE MAKSUD BERTOPENG ISLAM..YANG KITA FAHAM KITA TAK PAKAI TOPING

TUAN BOLEH JMPA MANA UST. YANG TAK PAKAI TOPENG ATAU BELAJAR DGN ORG ISLAM YG BIJAK UTK DAPATKAN INFO YG JELAS..INSYAALLAH YA..

Anonymous said...

Pengomen2 PH dlm ni blog ni semuanya pembontot Atuk... Bila Pak Hasyim siar jer isu pasal Atuk maka barua2 ni semua bermati matian pertahankan Atuk... jenis SHIT bak kata arwah SN Shanon.

Kesian kat Ketum pembontot2nya terbungkang kekenyangan meninggalkan Ketum terkial kial menagih dan mencari tempat.

Otai Reformasi pun dah sejuk beku dlm bilik berhawa dingin atas ehsan dari Atuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails