AKTIVIS tunggal dari Malaysia yang menyertai misi ‘Right to A Just Future for Palestine’ ke Gaza, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi selepas ditahan selama dua hari oleh tentera Israel.
Bercerita mengenai pengalamannya, Mohd Affandi, 47, berkata keadaan ketika itu seperti dalam peperangan kerana kapal Al-Awda yang dinaikinya bersama beberapa sukarelawan lain ditawan dari setiap sudut.
Katanya, ketika itu kapal terbabit sudah hampir ke perairan Gaza iaitu sekitar 49 batu nautika dari perairan Gaza.
“Namun, kapten kapal terbabit warga Norway berkeras dan tetap mahu meneruskan perjalanan sehingga 40 batu nautika dari perairan berkenaan.
“Mereka (tentera Israel) rampas kapal kami dengan keadaan cukup kejam apabila 12 kapal perang tentera Zionis mengepung kami dari jauh termasuk kapal perang dan dipantau menggunakan dron dari udara.
“Pada ketika itu, saya merasakan kami sukarelawan boleh ditembak pada bila-bila masa sahaja. Kami membuang segala alatan yang boleh mencederakan termasuk garfu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA di Sepang.
Beliau tiba di Malaysia menaiki penerbangan Thai Airways pada jam 7.40 malam tadi dan disambut oleh isteri dan dua anaknya.
Mohd Affandi berkata, selepas kapal terbabit ditawan oleh tentera Israel, semua sukarelawan dipaksa untuk ke perairan Israel yang mengambil masa perjalanan selama lima jam.
“Setibanya di sana, saya amat terkejut kerana ratusan tentera sedang menunggu kami, walhal saya rasa kami cuma nelayan dan tidak membawa sebarang kemudaratan.
“Kami perlu melalui beberapa fasa pemeriksaan ketat, bermula dengan cap jari sehingga melucutkan pakaian untuk diperiksa sampai tentera terbabit berpuas hati.
“Muka kami kemudian ditutup dengan kain hitam lalu dibawa menaiki van, malah mereka tidak memberitahu dibawa ke mana. Kami kemudian dibawa ke penjara atas tuduhan memasuki Israel secara haram,” katanya.
Menurutnya, beliau dipanggil keluar untuk menandatangani surat akuan menceroboh Israel, namun bertegas mahu menandatangani surat terbabit sekiranya ada peguam di hadapannya.
“Hari kedua ditahan, peguam saya datang dan beliau mengatakan saya selamat untuk menandatangani surat terbabit. Alhamdulillah selepas tandatangan, saya dibenarkan pulang dan dihantar oleh tentera terbabit pulang ke Malaysia melalui Bangkok, Thailand
“Saya tiba di Bangkok dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa. Wang saya sebanyak €469 (RM2,223.71) serta telefon bimbit dirampas dan hanya pulang bersama passport.
“Mujurlah ketika di lapangan terbang (Bangkok) saya bertemu dengan seorang rakyat Malaysia bernama Daren Tan, dan meminta beliau menghubungi isteri saya bahawa saya akan tiba ke Malaysia, hari ini,” katanya.
Mohd Affandi berkata, beliau bukan mahu keluar secara tergesa-gesa dan tidak meneruskan perjuangannya, namun terpaksa berbuat demikian selepas memikirkan keadaan ibunya yang sakit dan tinggal bersamanya.
“Tanggapan saya dipenjara mungkin berat untuk ibu saya (terima). Kebanyakan sukarelawan yang keluar ini mahu menceritakan mengenai kekejaman tentera Zionis, dan bukan kerana takut,” katanya.
Pada 22 Julai lalu, kapal Al-Awda bersama dua kapal kecil Huriyyah dan Falastine meninggalkan pelabuhan Messina, Sicily di Itali bagi meneruskan misi, kira-kira jam 4 petang (waktu Malaysia).
Kapal berkenaan turut membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000 untuk rakyat Palestin di Gaza. Antara aktivis lain yang berada di atas kapal berkenaan ialah ahli politik Norway, Mikkel Gruner; pakar ortopedik United Kingdom, Dr Ang Swee Chai dan bekas atlet Norway, Prof Gerd Von der Lippe.
Terdahulu, dua ahli misi yang juga warga Israel sudah dibebaskan. Mereka ialah ketua kapal Al-Awda, Zohar Chamberlain Regev dan bekas kapten tentera udara Israel, Yonathan Shapira. – myMetro Online
7 comments:
Baru diuji begitu sudah larii..bagaimana kalau dimedan perang..?terkencing..?terberak..?
Ceh. Ted manoff, Ko punya labon .. mcm gah perkasa. Cibbai lah. Ko ingat bani melayu bangga ada umat seberani gah menaip dgn jari je. Hak Phuiii !
Beberapa tahun dulu kapal flotila turki telah ditahan...sekarang masih mahu flotila...
Ini yg buat lobai pas takut hantar pejuang islam pas...lagi pon pas dah tak berduit sejak umno kalah..
Puak ph takut dng pas sebab saja yg perjuangkan islam.
ooo affandi ni aktivis... ingatkn pejuang walaun islam yg suka memekak kt padang2 tu. depa tk pi ke.. bz sgt sedia nk perang dgn dap.
ye..takut pas mkn dedak lg.. binasa perjuangan islam pas satu2nya dimokabomi ini
Post a Comment