NUKILAN ini ditujukan khas kepada umat Islam. Ibu bapa muslim perlu menangani secara serius apabila melihat peri laku dan perangai anak-anak mereka yang cenderung kepada unsur-unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Secara berhikmah, kita kena bertindak mencegahnya dari awal agar anak bangsa kita tidak terjebak ke kancah nafsu hidup songsang ini.
Setiap muslim bertanggungjawab membentuk diri, keluarga dan masyarakat. Semua orang tahu bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Golongan LGBT wajib diperbetulkan. Kerajaan adalah sumber kuasa dan kerana itu perlu mempunyai satu pendirian yang tegas. Golongan LGBT pula perlu kembali kepada Allah, bertaubat dan tidak sekali-kali menyalahi fitrah kejadian makhluk.
Kita tahu bahawa tidak ada agama dan mana-mana kepercayaan yang menolak nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Kita ada batas-batas hubungan sesama manusia, apalagi yang melibatkan jantina. Desakan beberapa orang aktivis LGBT menuntut hak kesamarataan dari sudut hak asasi sepatutnya tidak timbul. Selama ini pun hak pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan diberikan tanpa diskriminasi. Kumpulan pendesak ini semacam menuntut sesuatu yang bukan hak mereka. Apakah yang sedang kumpulan ini perjuangkan?
Umat Islam hendaklah memahami dan menghayati soal akidah, syariat dan akhlak. Tamadun bangsa-bangsa Islam adalah terbina atas landasan akidah, syariat dan akhlak. Apabila ketiga-tiga gabungan itu bekah dan rabit, maka tunggulah akan tiba masa kemusnahan dan kehancuran umatnya. Kejatuhan empayar-empayar besar dahulu pun adalah disebabkan kelemahan akidah, syariat tidak dipatuhi dan akhlak di ketepikan. Ada pengaruh asing yang sedang bergerak merosakkan akhlak umat Islam seluruh dunia. Pengaruh itu sedang menerobos masuk ke negara-negara Islam.
Kenapa agaknya isu LGBT tiba-tiba heboh semasa Malaysia sedang menyambut Hari Kebangsaan Ke-61, 31 Ogos ini? Beberapa aktivis LGBT agaknya memaknakan kemerdekaan atau kebebasan itu dengan erti `bebas’ yakni kebebasan melakukan apa sahaja meskipun melanggar batas-batas agama dan budaya. Kerajaan pula kelihatan tidak mahu menanganinya secara arif atau berusaha membanteras kegiatan mereka.
Persoalan LGBT telah timbul tidak kurang daripada satu dekad yang lalu lagi. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), desakan pejuang LGBT semakin menjadi-jadi. Golongan LGBT dijadikan suatu medan ‘perjuangan’. Kita tidak tahu apakah maksud di sebalik promosi LGBT di Festival George Town, Pulau Pinang menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos ini dan ada pameran yang mempamerkan pejuang dan aktivis LGBT?
Tentu ada niat yang tersirat. Ada pendapat dari kalangan tertentu menyebut kita tidak seharusnya mendiskriminasi mana-mana individu kerana orientasi seks mereka. Apakah benar gambaran seolah-olah hak LGBT bersekolah dan memperoleh khidmat kesihatan dinafikan di Malaysia? Kalangan itu sengaja mahu mengalih perhatian bagi mendapatkan simpati ‘perjuangan’ yang mahu mengangkat LGBT tanpa mengira implikasinya kepada kehidupan berbangsa dan bernegara.
Islam melaknat sifat menyerupai lelaki atau perempuan dalam konteks jantina yang berlainan. Daripada Abu Hurairah r.a: “Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki”. Hukumnya haram dan berdosa besar.
Gaya seks songsang seperti sudah dibolehkan di Malaysia. Apakah ini tidak bermakna kita sedang mencipta lebih ramai anak-anak muda yang menghidap HIV dan Aids di Malaysia? Tidakkah kerajaan terfikir bahawa rupanya Malaysia mahu jadi hebat dengan membenarkan citra LGBT sebagai sebahagian budaya bangsa Malaysia? Apakah pengaruhnya tidak berkembang biak menjadi sebahagian kebudayaan kebangsaan sedangkan ia bertentangan dengan Islam dan prinsip unsur-unsur asing yang sesuai dan wajar?
Apakah umat Melayu-Islam di Malaysia mahu mencorakkan budaya bangsa Malaysia itu sedemikian rupa? Umat Islam pastinya tidak akan bersedia dan bersubahat menjadikan LGBT itu sebagai pola kehidupan berbangsa dan bernegara di Malaysia atau sanggup menerimanya sebagai salah satu ciri Malaysia Baharu.
Menurut laporan Program HIV/Aids, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAIDS), golongan transgender berhadapan dengan risiko 12 kali ganda jangkitan virus HIV kerana seks bebas. Golongan gay dan lelaki yang melakukan hubungan sejenis berhadapan risiko jangkitan 27 kali lebih tinggi dijangkiti virus HIV berbanding faktor lain. Berdasarkan statistik di peringkat global, data analisis khas UNAIDS, 1.8 juta kes jangkitan baharu di seluruh dunia dengan 504,000 daripadanya terdiri daripada golongan LGBT.
Amerika Syarikat dan Eropah Tengah sahaja mencatatkan peratusan jangkitan HIV golongan LGBT tertinggi dengan 59 peratus kes baharu pada tahun 2017. Keadaan ini sedang merebak di Amerika Latin, Asia Pasifik, Kepulauan Carribbean, Eropah Timur dan Asia Tengah. Di Indonesia 50.6 peratus daripada 48,000 kes baharu individu dijangkiti HIV terdiri daripada mereka yang mengamalkan gaya hidup homoseksual dan biseksual. Apakah tidak aneh bagi kita di Malaysia apabila ada beberapa individu sengaja mengambil peranan memperjuang dan mempromosikan LGBT ini untuk diterima rakyat? Apakah kita sendiri yang sedang mengundang bala bencana, azab Allah SWT dan faktor kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanah air? Nauzubillah.
DATUK A. AZIZ DERAMAN ialah bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban).
Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..
lgbt heboh sbb pembangang tak ada isu nak hentam PH. isu ekonomi tak boleh hentam sbb memang dah jahanam oleh idola lobai2.
ReplyDeleteyg tinggal hanya isu agama dan bangsa yg tak bawa apa2 sumbangan kpd ekonomi negara.
takkan tetiba lepas PH menang, kaum lgbt ni bercambah dgn byk. sbb umno perintah 60 tahun lah lgbt membiak. klab gay blue boy dah 20 tahun beroperasi. makna zaman umno lagi dah ada. yg beri lesen pun umno juga. knp tak bising dgn najib pdrm maiwp jakim pasal operasi kelab gay ini? tak kan tak tahu? signboard punya besar bercahaya gilang gemilang…
beberapa perkara boleh dicadangkan kpd kerajaan yg hebat ini dengan kerjasama kumpulan2 islam samada politik atau ngo2. jgn harap kerajaan saja lepas tu maki hamun tuduh kerajaan bela lgbt. inilah masa menunjukkan keperihatinan dan mengenepikan kepentingan kekeciwaan dalam politik. kerana ini urusan umat dunia akhirat.
ReplyDeletemengadakan kempen besaran seperti slot iklan di tv yg menerangkan bahaya hidup sebagai lgbt sama seperti iklan dadah, keselamatan jalanraya, denggi dll. mengadakan perjumpaan apa bentuk pun..seminar ceramah umum poster turun ke padang mengedar flyers dll. memberi motivasi dgn memperkenalkan pengakuan lgbt yg telah bertaubat.
mengadakan klinik2 pemulihan lgbt sama seperti klinik berhenti merokok, turun berat badan dll. bukan saja aspek social dn kesihatan tetapi juga perubatan kerohanian. model pemulihan dadah seperti pusat serenti tidak berapa Berjaya tetapi ada ngo2 islam yg inisiatif membuat perubatan spiritual islam yg lebih berjaya. model mereka ini boleh dijadikan panduan utk merangka satu kaedah pemulihan kaedah islam.
melantik keluarga2 angkat yg mantap dan mampu memberi pendidikan di'rumah' kepada lgbt. jgn harap pagar makan padi sudah le.
menjemput penuntut hak lgbt ke seminar di tv supaya masyarakat blh dgr sendiri apa yang mereka tuntut dan diulas jawab oleh ahli2 panel yg berilmu dan layak dan bukan org politik yg murung.
akhirnya, bagi lgbt tegar yg dikenalpasti, satu tangkapan boleh dibuat dan mereka ini hendaklah dikapankan seperti jenazah, dibawa ke liang lahad kosong dikawasan perkuburan. kebumikan org itu, tutup liang lahadnya kecuali bahagian muka. timbus tanah kecuali bahagian muka. dan tinggalkan utk beberapa jam. pasang cctv utk utk memantau dari jarak luar kawasan perkuburan. beri pengalaman mereka merasai contoh sedikit akan tempat tujuan kita selepas ini yg pasti akan tiba masanya.
kaedah ini telah digunakan dalam sebuah program realiti Indonesia utk mereka2 yg berdosa besar dn degil tkmo bertaubat. kaedah ini juga boleh digunakan utk mereka yg angkuh dgn keislamannya, rasa mereka saja yg betul, suka mengkafir munafikkan org lain dan suka berbohong menggunakan ayat2 Allah.
hentikan memekak anti lgbt dan menyalahkan kerajaan semata2.
Dunia serba moden sekarang bergerak secara berkumpulan dan mengikut undang-undang. Kalau undang-undang dalam negeri menghalang mereka, mereka akan guna campur tangan asing. Mereka sesama mereka berkomunikasi dan mencari pengaruh.
ReplyDeleteWalaupun dahulu sudah ada kelab untuk mereka, mereka bergaul sesama mereka dan tidak bersama sejenis mereka di luar negara. Oleh itu mereka mudah di kawal.
Apabila ada negara yang mengiktirafkan mereka dan di tambah dah mengelakkan aktiviti mereka maka mereka pun bergabung.
Ramai selebriti luar negara bersedia mengisi tabung mereka. Apabila mereka mengadakan persembahan atau pameran, peguam mereka telah sedia berada di tempat tersebut.
Untuk menyelesai perkara ini bukan dengan mengulangi ayat mereka di laknat dan memberi statistik penyakit dari perbuatan sumbang mereka.
Malah tidak mustahil jika AMANAH, PAS, BERSATU dan UMNO bergabung menentang kumpulan ini hasilnya serupa. Ingat dalam hal ini baik MCA, DAP dan MIC tidak akan bersetuju untuk mendiskriminasikan LGBT.
Itu belum pihak luar seperti kedutaan US yang menyokong kebebasan dan hak asasi.
Malangnya pemimpin PAS dan penyokong PAS mengambil kesempatan dari keadaan sebegitu.
Kes HIV, penyakit seeks dan penyakit Lgbt paling byk di Kelantan yang diperintah PAS.
ReplyDeleteIni berikut gejala LGBT, Mak Nyah, karaoke gelap dan lawatan2 bebas lelaki2 Mia get keGilik dan bandar2 Siam lain yang tidak dikawal oleh prmerintah Islam Kelantan.
PAS bising bangat spt blog Ibnu Hashim ini pasal LGBT, keruntuhan akhlak di tempat lain kerana bukan bawah pemerintahan Islam.
Pengundi2 Seri Setia hanya perlu bertanya apa yang Kelantan PAS sbg pemerintah Islam utk mengekang gejala2 ini yg paling menular diKelantan?
Jilat ludah lagi ko? Rumusannya, PAS hanya guna Islam utk dapat kuasa politik sekular.
Undi PAS, Negeri makin sesat.
AnonymousAugust 24, 2018 at 5:18 PM kamu kelantan pun tak pernah pergi. Hiv paling ramai di selangor jangan tak percaya tapi biasalah kelantan akan disalahkan. Puak kafir cukup tak suka pada kelantan.
DeleteLGBT adalah produk popular dan didokong oleh Pkr, Dap & Pan.
ReplyDeleteTiada bahas lagi sbb merekalah penggalak lgbt, apa yg dikatakan mengubati penyakit ini sebetulnya bukan utk kerja pemulihan akan tetapi Penggalakkan.
Juga malah mereka berharap aljubb dpt jadi pm m'sia sekaligus presiden persatuan gay malaysia bagi membolehkan aljubb menjadi naib presiden gay sedunia.
Nota: setiap warga yg beriman & insaf akan sentiasa berjuang menentang aljubb dari menjadi pm.
ReplyDeleteSIAPA YG MENGKAFIRKAN SIAPA..SEKARANG???
ORG PAN PAKATAN/DAP KATA ORG PAS KATA ORG PAN PAKATAN/DAP KAFIR
AYAT NI BELUM TENTU ORG TU KATA KAFIR - PERBUATAN/PERCAKAPN/TINDAKAN MCM ORG KAFIR
YG JELAS SIAPA TAK KATA KAFIR KPD KEKAFIRAN ORG TU SAMA JADI KAFIR - BOLEH FAHAM KE???
FAHAM :FAHAM/TIDAK FAHAM
Yg berbaju merah dlm gambar diatas tu mcm salah seorang pembesar pkr je.
ReplyDelete