KUALA LUMPUR 7 Ogos - Sehari selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melahirkan kebimbangan berhubung pelaksanaan projek kereta nasional 3.0 yang disifatkan bertentangan dengan hasrat Pakatan Harapan (PH), hari ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pula tampil menggesa kerajaan supaya memperhalusi terlebih dahulu cadangan berkenaan.
Nurul Izzah berkata, perusahaan projek automotif negara haruslah sejajar dengan kehendak semasa lebih-lebih lagi Malaysia perlu menyusun langkah pantas daripada sebuah ekonomi berteraskan sektor pembuatan ringkas kepada ekonomi berlandaskan pembangunan produk, kejuruteraan, teknologi dan harta intelek.
Katanya, jumlah jualan tahunan kenderaan nasional yang meliputi 48 peratus daripada jualan keseluruhan tahun lalu menggambarkan prestasi memberangsangkan dua syarikat kereta nasional iaitu Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).
“Tidakkah peratusan ini menunjukkan kereta-kereta nasional (sedia ada) mampu bersaing dengan kereta-kereta jenama terkemuka dunia yang dikilangkan dalam negara (CKD) yang memperolehi kadar duti eksais rendah? Atau adakah peratusan jualan ini disebabkan kawalan pasaran dalam bentuk selain duti eksais?
“Walaupun Proton dikatakan sudah gagal sebelum ini dan pemilikan 49 peratus saham oleh Zhejiang Geely Holding Group (Geely) menggambarkan Proton bukan lagi sebuah syarikat kereta nasional, namun syarikat tersebut masih komited memacu pembangunan tenaga kerja rakyat Malaysia dan pembekal automotif tempatan yang berkeupayaan.
“Laporan jualan terkini Perodua pula mencatatkan perkongsian pasaran bulanan syarikat itu sudah pun melangkaui 40 peratus. Ditambah pula dengan kerjasama rapat dengan gergasi automotif dunia iaitu Toyota, tidakkah ini mencukupi untuk mencapai matlamat asal projek automotif nasional?,” katanya dalam laman web nurulizzah.com, hari ini.
Sabtu lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof berkata, kerajaan bersedia melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini. - UTUSAN ONLINE
Sekurang2nya bantu beratus2 jurutera yg kena menganggur seperti kami yang dibuang kerja akibat pelabur lari zaman Najib dan sediakan beribu2 peluang pekerjaan sama ada di kilang kereta tersebut atau kilang sub-contact. Dan juga bila bersaing, harga keta import akan turun.
ReplyDeleteSaya sokong 100% projek keta ini.
35 tahun usia, jurutera pun masih di import? Apa cer.
DeleteKalau betoi meniaga kereta semua akan sokong. Yang tak disokong ialah meniaga buloh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
ReplyDeleteApa kata PIGS buat sidang akhbar dgn Umnoporn, umum 2 ketetapan bersama:
ReplyDelete1. Klepto Najib akan dipotong dua2 tangan jika bersabit kesalahan SRC termasuk rasuah mencuri masuk akaun dia sbg manifestasi lakonan drama bersama RUU355, baca Tajuk usul, tangguh 1, tangguh 2, tanggung 3 dan terus habis tempoh parlimen dibawah arahan Menteri Umnoporno Laki/Puan.
2. Mana2 pemimpin kanan PIGS dan Umnoporn yang bercakap lidah bercabang, munafik menuduh org lain sesuatu sedangkan diri dan kawan juga terbabit dan memberi/mengambil dedak dan upah politik termasuk mengterbalikkan Amanat Haji Hadi yg diwala berzaman2 sampai ada yg mati terdorong, semua kena potong lidah dan disula.
ye setuju kami mahu hudud potong tgn pd pencuri.. ini hukum Allah. sesiapa yg tolak hukum ni blh jatuh kafir.
Deletekami mahu hukum Allah ini pun tertegak di malaysia
harap pas segera bentang draf ruu utk potong tgn perompak harta negara.
Ayat macam ayat orang kapir je bunyi
ReplyDeletewah tgk ayat pun tau akidah org lain... ni ajaran sesat ni
DeleteBukan ayat org kapir tapi ayat munafik....hehe
DeleteBhai .. .. nombor ahli syurga kamu berapa yea
Deletepas dh pulih dr sindrom bisu dlm parlimen.
Deletemari kita umat islam perjuang nk hukum potong tangan yg Allah perintah. ini bukan main2.. ini wajib
Deleteambo sokong.. hudud bkn bab sex bebas aje.. potong tgn tu hudud jg. lbh mustahak sbb kes curi lbh membarah dlm negara.
DeleteTak perlu sindir2 bila yang disindir tak makan dek sindiran. Silap haribulan sindiran itu akan berbalik kepada wanita besi dalam kabinet dapur.
ReplyDeleteApapun diharapkan Nek One Jah dapat memahami sentimen ramai "say no to kronism" dan membawa suara Mak Bawang ini ke dalam kabinet dapur.
Pertama di Malaysia : Beca Bermotor : Diperkenalkan oleh PAS Kelantan.
ReplyDeleteOrang dah buat kereta terbang, PAS terhegeh-hegeh buat beca bermotor. Tak de VISI langsung.
cuba bygkan pemimpin pas ckp kt hj hadi... perhalusi mngiktiraf syish sebagai mazhab..agak2 apa jadi?
ReplyDeletegwrenti org tu jd jebon..munafik haraki..barua dap..tolol dibeli..dll.
tu beza ph dn pas hj hadi.
asalkn tidak merompak hak rakyat apa projek pun blh dikaji.
ReplyDeleteKereta proton telah meningkat jualanye...geely ade 49% pegangan saham....bermakana geely berhak dapat 49% keuntungan protom...geely sedang ubahsuai suv bayu buatan cina untuk pasaran malaysia melalui proton...siapa yg untung?..selepas suv bayu geely merancang plak bawa masuk kete elekrik...ape proton dapat?...
ReplyDeletePikir2kan.lah...
Geely merancang untuk keluarkan kete sport dengan gabongan teknolpji volvo dan lotus yg dijual.oleh protom........
Gey janji nak bawak proton ke pasaran antatabangsa....sudahkah kete proton diekspot?....kluar angin masuk asap kata p ramlee..
ReplyDelete