Thursday, August 09, 2018

PH Flip Flop Isu Pakaian Pramugari MAS




KL: Jawapan yang diberikan kerajaan Pakatan Harapan berhubung kod etika pakaian pramugari MAS mengulangi sikap BN yang sebelum ini juga tidak pernah mahu melaksanakannya.
Ini berikutan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Kamarudin Jaffar tidak menepati soalan yang dikemukakan oleh Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) secara tepat apabila disoal mengenai kesesuaian pakaian pramungari MAS sesuai dengan imej Malaysia yang agama rasminya Islam.
Kamarudin dalam jawapan memberi penjelasan secara umum hak mana-mana syarikat penerbangan untuk menetapkan pakaian pramugari yang menepati syariah sedangkan objektif soalan Marzuk adalah menyentuh kod etika MAS secara tepat mengikut syariah Islam.
Kata Kamarudin, syarikat penerbangan bebas memilih pakaian seragam selagi mematuhi kriteria iaitu mampu menjalankan tugas semasa pengungsian kecemasan dan hak komersil syarikat penerbangan menentukan kod etika adalah bersesuaian dengan imej korporat masing-masing selari dengan identiti Malaysia hospitaliti.
"Yang diamalkan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB) iaitu pakaian seragam baju kebaya yang dipakai oleh pramugari adalah mencerminkan budaya Malaysia yang menonjolkan layanan mesra kepada para pengguna penerbangan.
"Dalam hubungan ini, kementerian pengangkutan tiada sebarang halangan langsung bagi mana-mana syarikat penerbangan untuk menetapkan pakaian pramugari yang menepati syariah Islam selagi mana ia mematuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh CCAM," katanya.
Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan itu, Marzuk bagaimanapun membidas jawapan Kamarudin dengan menekankan MAS yang berada di bawah kawalan kerajaan perlu menetapkan kod etika yang menepati syariah.
Beliau meminta timbalan menteri tersebut mengulas aspek menepati syariah yang diamalkan MAS sepatutnya lebih maju setapak dalam setiap urusan SOP yang dilaksanakan oleh kabin kru pramugari dan pramugara termasuk tugasan menghidangkan arak bagi yang beragama Islam.
"Saya rasa menteri tidak menjawab soalan saya secara tepat, soalan saya ialah berkaitan dengan Malaysia Airlines Sistem (MAS), MAS ini di bawah kawalan kerajaan sepatutnya kena ada satu dress code yang menepati syariah atau syariah compliance, dan soalan tambahan saya dalam aspek menepati syariah ini sepatutnya ia maju setapak lagi dalam seluruh SOP yang dilaksanakan oleh kabin kru.
"Kita pernah bangkitkan di dewan ini dan menjadi isu yang berlanjutan dan hingga kini tidak diselesaikan sampai hari ini. Sahabat-sahabat yang bersama kita dulu, antaranya Shah Alam, Sepang yang ada duk main telefon. Mereka ini antara yang berjuang bersama untuk bukan sahaja aspek pemakaian yang patuh syariah bahkan juga SOP lain yang berkaitan terutama berkaitan dengan hidangan arak.
"Ini menjadi hak dan kebebasan yang sepatutnya hak diberi kepada kabin kru yang beragama Islam untuk tidak menghidangkan arak. Ini belum kita bercakap soal caj yang kita bayar untuk penerbangan antarabangsa yang diambil dari situ untuk dihidang arak secara percuma," kata Marzuk dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pagi ini. – HARAKAHDAILY 8/8/2018

3 comments:

ted manoff said...

Elleehhh..puak lobaii sendiri pun xmau benda nii terlaksana..puak lobaii sendiri suka tgk pramuguri pakaii seksi2..entah2 dlm hp lobai byk foto dan video lucahh..kikiki..mokhtar senikk mmg pakar dlm hal nii..

Anonymous said...

Ini puak anti Islam dan ulama. Pagi dah buat fitnah. Sedekah pahala krpada orang yang difitnah. Kesian pada kamu..

Anonymous said...

isu ni ekoran ada lobai yg terangsang dgn pramugari hari tu hingga terlupa nk berzikir.

benarlah menutup aurat wajib. tp bkn pd pramugari saja. mata lobai pun wajib dijaga. fikiran lobai jg wajib dijaga jgn mmbayang yg pelik2.

bukankah menunduk pandangan itupun satu hukum agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails