PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Program Jelajah Malaysia Baharu di Dataran Pejabat Pakatan Harapan Kedah, Stargate di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE / FARIZ RUSADIO
ALOR SETAR 25 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi alasan sama berhubung kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji 100 hari adalah disebabkan bebanan hutang negara kini melebihi RM1 trilion.
Pengerusi PH itu berkata, kesukaran untuk mendapat kerjasama daripada pegawai tertinggi kerajaan yang menyebelahi Barisan Nasional (BN) juga memberi kesukaran kepada kerajaan di bawah pimpinannya untuk melaksanakan janji-janji yang dibuat dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu.
“Kewangan negara telah rosak habis, kita hutang RM trilion. Lebih daripada satu trilion, itu soal kewangan. Soal pemerintah pula, segala jabatan dan kementerian dirosakkan, dihasut dan dipergunakan pegawai tinggi supaya tidak menjadi pegawai pentadbir tapi sebaliknya jadi ahli parti BN.
“Itulah pegawai tinggi yang terdapat dalam kementerian dan sukar untuk kita bekerjasama dengan mereka kerana kita tidak tahu sama ada arahan kita itu akan dipatuhi mereka atau tidak.
“Jadi kita terpaksa habiskan banyak masa untuk membersihkan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerana orang ini tak guna lagi,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Malaysia Baharu PH di sini, malam ini.
Yang hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, pihaknya tidak berhasrat meneruskan bantuan kepada rakyat yang dibuat kerajaan BN sebelum ini seperti menunaikan haji percuma dan elaun sara hidup.
“Kami janji boleh bagi tapi dengan syarat, tuan puan benarkan kami curi duit tapi kami tidak boleh curilah. Kami tiada duit banyak untuk bagi begitu sahaja. Tapi usaha kami sekarang untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.
“Ini cara kita supaya dapat tambah pendapatan melalui cara halal bukan duit curi tapi kerana kita bekerja dapat gaji, mendapat keuntungan. Usaha kerajaan bukan sahaja nak bayar hutang tapi mentadbir negara dengan baik tapi juga memperkayakan rakyat yang mana juga memperkayakan negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..
10 comments:
Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)
Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulamak telah membuat batasan bagi pendustaan/pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong/berdusta, maka ketika itu berbohong/berdusta adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya). Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.
Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).
Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami; sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan menjaga perasaan isteri walaupun sumai sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang. Adapun melakukan penipuan/pembohongan untuk mengelak dari tanggungjawab/kewajipan terhadap pasangan masing-masing atau untuk merampas haknya secara batil, maka ia adalah haram dengan ijmak para ulamak. (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)
Wallahu a’lam.
Sokonglah dan undilah saya calon pakatun dan wakil Ikelam ! Jika saya menang PRU, saya akan hapuskan tol Simpang Ragam ! Hari ini saya menang, esok saya hapus tol Simpang Ragam ! Tepuuuk !
Tepuuuk .... Kah kah kah kah kah kah ... Tepuuk !
Hari ini saya telah berjaya kencing pengundi saya di Simpang Ragam yang sedang beratur membayar tol tetapi sifu saya dan abang besar roket lagi hebat kencing rakyat hancing seluruh negara !
Tepuuk !
Pelbagai janji pakatun ke laut ! Rakyat kenyang makan janji kosong sahaja! Pengundi-pengundi saya hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja ! Kah kah kah kah
Tepuuuk !!!!
Nanti PRU yang akan datang, saya dan sifu dan abang besar roket akan janjikan orang-orang Simpang Ragam lawatan ke Planet Marikh jika mereka undi saya lagi !
Tepuuuk ! Kah ... kah ... kah ...kah
alasan yg munasabah...
lbh baik dn logikal dpd jawapan seorg ungka jadian yg sentiasa jawab...TAK TAU TAK TAU dan PUASHATI
hnya pengundi ph layak pertikai janji yg belum tunai.. yg pembngkang sila minta dgn pemimpin masing2 atau abang besar mca.. parti bintang amat sepadan dgn parti bulan.. bulan bintang menunggu pernikahan selepas disunatkn dn tahnik selesai.
anak2 yg berusaha dn beri target 10A dlm spm tiba2 hnya dapat 2A.. eloklah digelar anak munafik kencing mak bapak. spm seterusnya kita jgn anggap dia anak lg. ambik anak org lain yg dpt 10A.
tepuk
Mustafa Ali PAS puji TDM, PH dan perlaksanaan Manifesto. Semua dalam kawalan dan tiada apa yang perlu digembar gembur dalam keadaan kewangan negara berhutang RM1 trillion ditinggal di Klepto.
Beliau orang lama PAS tahu betapa PAS Kelantan tak pernah tunai Manifesto PAS Kelantan dari PRU11 hingga PRU13 lagi kerana bermacam2 masalah sampai Air Kelantan dan berkaler hitam gelap.
Beliau juga bersama2 bila Hadi baru sahaja minta rakyat Terengganu bersabar dgn Manifesto PAS. Ada janji2 yg kena tunda dan beliau mintak rakyat faham.
Najib kaki bohong maseh tidak tunai Manifesto PRU13 BN nak turun harga kereta, tiada kenaikan harga minyak dan GST tidak akan menyusahksn rakyat. Hingga kena buang kuasa diPRU14 dulu kerana rakyat menolak pencuri, semua janji2 tu tak tertunai.
Woi barua roket 1:29 PM , pengundi pakatun pun dikencing oleh pakatun kerana pakatun telah memungkiri pelbagai janji ! Barua roket adalah contoh pemakan dedak cap roket yang mempunyai IQ 0 !
Sila beritahu kita siapakah pengundi pakatun yang tidak perlu bayar tol? Siapakah pengundi pakatun yang membayar harga minyak RM1.50 seliter? Pengundi pakatun pun kena kencing !
Kah kah kah kah kah kah
Alasan tun boleh diterima akal sebab kerosakan dibuat bn adalah tahap dewa. Cuma kelemahan manifesto ialah tidak realistik. Tapi xpelah dulu sebab paling penting ialah bn dah tumbang.
Ph nak buat perancangan apa pun buatlah asalkan baik untuk rakyat. Tapi TOLONG jaga kepentingan martabat hak melayu dan agama Islam, walaupun kita tahu yang merosakkan melayu tu punca rosaknya drpd umno sendiri bukan bangsa lain
Orang kecewa kalah PRU14 macam tu lah..MEROYAN
Kalau alasan ......selori kontena pun kita boleh bagi. Kami nak tgk bukti atas tuduhan. Jgn bodohkan rakyat. Main sebut aje....nak spin memanjang
Post a Comment