Saturday, August 25, 2018

PH Hentilah Fitnah.. Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH

Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH 
MESRA… Belum pernah berlaku dalam sejarah, pemimpin pembangkang sesebuah negara Islam diiktiraf kerajaan Arab Saudi dan dijemput hadiri majlis rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lebih unik, jemputan khas itu sebenarnya hanya dihadiri sejumlah pemimpin negara, ketua kerajaan dan menteri kanan yang datang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci serta diraikan baginda bersempena Hari Raya Aidiladha.

Lucunya, ketika Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa ‘bangga’ kongsi gambar beliau di Istana Mina dalam majlis tersebut menerusi akaun sosial Facebook, ramai netizen pula tegur pemimpin PAN itu.

Apa tidaknya, bukan sahaja wakil kerajaan Pakatan Harapan (PH) ada di situ, malah Ketua Pembangkang yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pun berada di tempat sama serta lebih diberi fokus netizen.

Bayangkanlah imej beliau yang disiarkan secara langsung melalui program khas stesen televisyen kebangsaan Arab Saudi kelmarin kemudian tular luas dalam kalangan pengguna media sosial tempatan berbanding Mujahid sendiri.

Secara umum, bukan mudah kerajaan Arab Saudi sanggup ‘buang masa’ jemput Ahmad Zahid yang tiada lagi apa-apa jawatan pun dalam kerajaan Malaysia, tetapi dirai Raja Salman pada acara formal di istana semayam baginda.

Baca: Tiba-Tiba Saudi Mula Rapat Brunei, Jauhi Malaysia
Juga: Kesian 1,200 Jemaah Tajaan 1MDB Ditipu PH

Bahkan, pemerintah Arab Saudi itu ketika bertitah seolah-olah sindir kerajaan PH kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang operasi ditanggung sepenuhnya oleh baginda sendiri.

Raja Salman namun ulangi komitmen negara itu bagi perangi keganasan puak pelampau sambil beri gambaran yang semacam merujuk tindakan Malaysia tarik pasukan tentera ditugas khas kawal keselamatan Makkah dan Kaabah.

Meskipun tidak sebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu maklum imej hubungan kurang mesra Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Arab Saudi susulan fitnah beliau dalam isu dana RM2.6 bilion.

Akibat PH sengaja eksploitasi cerita derma peribadi kerabat diraja Arab Saudi itu, tidak hairanlah kuota jemaah haji Malaysia kembali kepada 30,200 orang pada kali ini dibandingkan lebih 40,000 orang beberapa tahun sebelum itu.

Natijahnya sehingga kini, perdana menteri dengan usia tertua di dunia itu ‘tidak berani’ pula bertemu Raja Salman, apatah lagi buat lawatan rasmi ke Arab Saudi berbanding era Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang sembilan tahun.

Riyadh sudah sampai ‘isyarat’ amaran kepada Putrajaya, dan penghormatan Raja Salman meraikan Ahmad Zahid secara simbolik beri gambaran awal: kerajaan PH berhentilah buat fitnah jahat terhadap UMNO! – Mynewshub.TV

17 comments:

  1. Apa nak heran?

    Ibadah dan politik sudah jadi barang perdagangan perniagaan Saudi UMNO selama ini.

    Saudi memonopoli memanipulasi merampas HAK umat Islam Sedunia ke atas Baitullah al Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah al Munawarah.

    Saudi telah mencemari dan menghina Kesucian Kaabah dgn membina menara jam tertinggi di dunia juga menghadirkan Mc D, Starbuck, Hekkienen dan Carlsburg di sisi Kaabah Makkah Yang Suci.

    Dan UMNO PAS ada SAHAM dalam semua kemungkaran itu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak heran?

      Yang penting memang majoriti rakyat suka dengan apa yang berlaku. Kalau nak putus hubungan dgn arab pun putuslah. Ini negara dap yang punya. Itu realitinya

      Delete
  2. Ok la tu. Next pru sok boleh org arab ngundi umno. Kahkahkah...PAS leh tumpang sekaki. Paling tidak tukang terjemah. Tapi bkn ke arab saudi ni berpegangkan fahaman wahabi?. Bahaya tu. Tu yg agamawan2 melayu nusantara hebohkan selama ni. Wahabi sesat, wahabi khawarij. Agak2 king salman ni ngundi mana nnt ye...kat Pekan?. Kat rusila?...kahkahkah....SESAT=NERAKA. Kahkahkah...

    ReplyDelete
  3. Saudi hanat bkn boleh pakai..berapa rakyat yaman yg jadii korban akibat kerakusan saudi..xpenting pun kalau saudi nk jempot najib atau zahid bangla..mmg patut pun malaysia tarik balik tentera dulu..xmati pun kalau saudi tk jempot..kikki..

    ReplyDelete
  4. Klau hadi awang dtg masa tu..jd tukang mop lantai jerr.

    ReplyDelete
  5. Ahlu Yaman berbondong-bondong memasuki agama Allah
    عن أبي هريرة قال : لما نزلت : (إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ (١) وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجً۬ا (٢) ) قال رسول الله : أتاكم أهل اليمن, هم أرقّ قلوبا, الإيمان يمان و الفقه يمان و الحكمة يمانية

    Dari abi huroiroh berkata: tatkala diturunkan ayat (” Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. (1)Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, (2)” ) rosulullah shalallahu alaihi wa sallam berkata: penduduk negeri Yaman telah datang kepada kalian, mereka adalah orang-orang yang paling lembut hatinya, Iman itu ada pada yaman, dan Fiqih ada pada Yaman, dan hikmah ada pada yaman [HR. Imam Ahmad]

    عن ابن عبّاس قال : بينما النّبيّ بالمدينة إذ قال : الله أكبر ! الله أكبر !, جاء نصر الله و الفتح, و جاء أهل اليمن : قوم نقية قلوبهم ليّنة طباعهم, الإيمان يمان و الفقه يمان و الحكمة يمانية (أخرجه ابن حبّان في موارد الظّمآن و صحّحه الألباني)

    Diriwayatkan dari ibnu abbas : suatu ketika nabi berada di madinah tiba-tiba beliau bertakbir : Allahu akbar…. Allahu akbar telah datang pertolongan Allah dan telah datang penduduk yaman, suatu kaum yang bersih hati mereka, lembut tabiat mereka… imam itu ada pada yaman dan fiqih itu ada pada yaman dan hikmah itu ada pada yaman [HR. Ibnu Hibban]

    ReplyDelete
  6. Adakah pula saudi disebut secara khusus dlm hadith dan al quraan?

    Apatah lagi pengikut / ahli PASUMNO! Jauh syurga tapi dekat ke NERAKA!

    ReplyDelete
  7. Ahlu Yaman adalah orang-orang yang pertama minum dari telaga rosulullah
    عن ثوبان أن نبي الله صلى الله عليه وسلم قال إني لبعقر حوضي أذود الناس لأهل اليمن أضرب بعصاي حتى يرفض عليهم
    Dari sahabat tsauban berkata : rosulullah shalallahu alaihi wa sallam telah bersabda “sesungguhnya aku (nanti di akhirat) berada di samping telagaku, aku akan menghalangi setiap manusia yang akan minum dari telagaku sehingga penduduk yaman dapat meminum air dari telagaku terlebih dahulu, aku memukul dengan tongkatku sehingga mengalirlah air telaga tersebut sampai pada mereka. [HR. Muslim]

    Berkata Imam An-Nawawi menjelaskan kandungan hadits di atas : “hal tersebut merupakan karomah bagi ahlu yaman karena rosulullah shalallahu alaihi wa sallam mendahulukan mereka dalam hal meminum air telaga beliau, sebagai balasan atas kebaikan-kebaikan mereka dan bersegeranya mereka dalam memeluk agama islam” [Syarah Shohih Muslim]

    Nabi mendo’akan hidayah dan barokah kepada ahlu yaman

    عن أنس عن زيد بن ثابت رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم نظر قبل اليمن فقال اللهم أقبل بقلوبهم
    Dari sahabat zaid bin tsabit : bahwasanya nabi mengarahkan pandangannya ke arah negeri yaman, kemudian beliau berkata : Ya Allah… jadikanlah di hati mereka kelapangan dalam menerima islam [HR. Tirmidzi berkata Imam Al-Albani hadits hasan shohih]

    عن عبد الله بن عمر أنّ النبي قال : اللهم بارك لنا في يمننا…..

    Diriwayatkan dari abdullah bin umar bahwasanya nabi berdo’a : Ya Allah berkahilah kami pada Yaman kami (negeri Yaman) [HR. A-Bukhari]

    Rasulullah mendo’akan dengan hidayah dan keberkahan tidaklah yang demikian itu beliau lakukan melainkan karena keutamaan dan kebaikan pada sesuatu yang beliau do’akan, dan pada hadits di atas merupakan penetapan akan keutamaan negeri yaman berupa barokah dari do’a rosulullah.

    ReplyDelete
  8. anono 1:11,
    maaflah ana sebut, enta `jahil`........maaf ek!

    ReplyDelete
  9. Cakap banyak, juboq pun bagi lebai kulup anti Islam..
    Ha ha ha

    ReplyDelete
  10. Kesian ph. Mengajak orang jadi makhluq perosak membenci Islam, ngutuk tghh. Fitnah jer. Orang sudah muak dengan fitnah ph oleh cyber trooper ph. Dapat nafkah cara haram. Itu cara dap nak rosak islam.

    ReplyDelete
  11. Yang paling sadis apabila kerajaan PH memanggil balik tentera ATM ...

    Syabas PH kerana tidak terikut dengan perangai Raja Arab..

    Ini untuk kepentingan negara dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.

    ReplyDelete
  12. Lebai kulup anti Islam tu kamu anon 131PM, kulup habih, ataih bawah, besepat dgn tahi palat hancing pering basah kuyup dikencing UMNO seumur hidup!

    Islam cara kamu ni lah menjahanamkan Islam sebenaqnya. Islam PAS UMNO.......

    Jgn kata org kapiaq sja takut, org Islam tulin pon seram kat kamu , nampak kamu , mcm nampak setan!

    ReplyDelete
  13. PAS nak bersubahat dgn Najib Klepto tanggong dosa bunuh berjuta2 rakyat Yemen?

    Nyawa Askar Malaysia disabung gara2 Menteri Luar Arab Saudi angguk kepala drama Bernama dan Anifah tanya pasal duit derma dari Arab Saudi RM2.6b dlm akaun Klepto. Sebelum tu diNew York, AlJubeiri kata tak tahu menahu.

    Malaysia hilang maruah mengadaikan dasar neutrality kerana nak tutup jenayah mencuri Klepto.

    Inilah contoh Klepto membangsat kan Melayu, Islam dan Raja.

    Bagi Pengundi2 Seri Setia dan ahli2 akan umbi PAS diSeri Setia, jangan Undi PAS kerana bersubahat dgn parti2 yg dikafiri dulu dan jangan bersubahat utk menutup jenayah Klepto.

    ReplyDelete
  14. Apa pandangan PAS ttg serangan berterusan A Saudi ke atas Yaman?

    ReplyDelete
  15. Pemimpin PAS dan Umno banyak makan tahi sebabtulah otak jadi bengang. Mencuri dan melanun duit rakyat sudah jadi perkara biasa bagi mereka.

    ReplyDelete