KANTOI… Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa Pakatan Harapan (PH) kesuntukan masa untuk tunai janji manifesto yang dibuat dengan tidak jangka gabungan itu betul-betul akan menang.
Bagaimanapun, kata Pengerusi PH itu, blok politik pelik tersebut perlu melakukan apa yang terbaik konon bagi memenuhi segala janji manis berkenaan atau perlu cari dalih penjelasan sesuai jika janji gagal dapat dipenuhi.
Beliau yang juga perdana menteri dengan usia tertua di dunia itu berkata demikian ketika bercakap di hadapan para pemimpin PH dan Parti Warisan Sabah dalam satu majlis jamuan malam di Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Beberapa sumber yang hadir pada majlis mewah tersebut memberitahu portal Malaysiakini bahawa Mahathir, 93, turut mengingatkan mereka kemungkinan akan terjadi perasaan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat.
“Sebenarnya kita pun tidak jangka menang Pilihan Raya Umum (PRU), kita buat manifesto tebal dengan pelbagai janji… Kita perlu penuhi janji itu, sebab itu kita tidak boleh buat janji yang kita memang tidak boleh penuhi.
Baca: Pulak Dah! Mahathir Akui Susah Tunai Janji 100 Hari
“Kita perlu berkorban untuk penuhi janji kita. Jika kita tidak dapat penuhi kita perlukan sebab yang bagus dan boleh diterima rakyat. Jika tidak, kita gagal menunaikan janji kita, pembangkang akan gunakannya (untuk kritik).
“Dan kita mungkin akan kalah (dalam PRU akan datang),” kata Mahathir dalam nada selamba ketika mengulas janji palsu PH yang terkandung menerusi manifesto seperti dipetik sumber dan kemudian dilaporkan Malaysiakini.
Beliau turut beri contoh janji PH kononnya untuk menjadikan penyandang jawatan ketua pembangkang di Parlimen setaraf dengan menteri yang sebenarnya memang pun tidak perlu dimaklumkan semasa kempen pada PRU lepas.
Malaysiakini melaporkan bahawa Mahathir berjenaka dengan berkata janji manis berkenaan sengaja dibuat mereka dengan jangkaan PH hanya akan kekal menjadi sebagai gabungan pembangkang yang kuat di Dewan Rakyat.
“Tapi kita menang (dalam PRU tersebut) pula dan kini kita berasa tidak selesa untuk jadikan ketua pembangkang setaraf dengan menteri. Itu masalahnya apabila kita berjanji,” dalih Mahathir lagi. – Agensi/Mynewshub.TV
* Video berikut sekadar hiasan…
8 comments:
janji dn tk sangka kerosakan najib lbh dpd yg diketahui.
mana ada org tau ada harta karun 1b kt rumah najib.
mana org tahu pengawal pun blh joli katak duit 3juta bersepah kt jpm.
walaun dgrlah utube perbahasan parlimen. tgkla hujah2 wakil rakyat kamu umno dn pas. rakyat dh blh fikir. parlimen mmperlihatkn siapa yg wibawa dan siapa yg kartun.
imej lge naik dimata rakyat. tnggngjwb dia berat tksanggup kita buat. tun pemimpin yg tegas pantau kerja anak buah dia. bukan mudah jd menteri di bawah tun.
klu tun cabar dia umur 93 kerja 18 jam sehari..menteri2 nk kata apa.
so tkperlu layan pun pmbangkang yg desak manifesto. takat tuduh munafik pastu tidor. esok bangun maki guan eng lagi.. pastu tu tidor n main.
useless good for nothing mcm tu.
tu kira tun baiklah masih layan jawab manifesto 100 hari.
patutnya jwb je...tak tahu...tak tahu.
pemimpin bn jwb mcm tu eeeh masih ada pnyokong pulak. tiba2 cerca ph yg byk jwb kt parlimen.
klu aku jwb...sekarang ph berkuasa u nk memekak silalah.
tkkn lah ph pakat dgn us rampas equanimity utk kenakn najib. us rampas harta klepet sebelum pru lg. masa najib berkuasa dn mesra trump nk bantu us lagi.
tawaran najib tkde makna bg us. sebb negara maju jg integriti walaupun dasar luar ada yg dunia tk sokong. klu trump tolong najib dia pun akn kena singkir pemimpin us yg lain.
dh tu yg tulis surat minta nyawa kt cia kenapa. cia pun tkblh tolong sebb en najib punya jenayah manyak musat ooo susah mau cover maaa.
Minyak bila nk turun bai
Janji PAS nak bawa hudud, mana HUDUD? RUU355 pun lenyap?
Yang menghalang hudud di K'tan mula menang dulu siapa? UMNO, Perikatan & Tun M. Baca Perlembagaan Persekutuan, tafsr secara sekular. UMNO, Tun M.
Tun M shit!!
10 tahun najib berkuasa knapa tk teruskn hudud tu? di tganu pun sama..baca sejarah
355 antaranya denda rm6 ribu dinaikkan rm100 ribu. tolong bgtau dlm quran kt mana ada hukuman ini yg berkaitan salah laku sex.
walaun bc ke tidak draf 355 yg diberi topeng hudud tu?
ni soalan apa...tnya sini buat apa. pi jumpa wakil rakyat suruh tnya menteri dlm parlimen.
nnti walaun jwb soalan ni dgn maki hamun menteri dn ph. apa kaedah. klu sekali maki sekali minyak turun tkpe jg.
Post a Comment