Wednesday, August 08, 2018

Rakam V/Bogel Akibat Dipukau Melalui Telefon &Berbalas Pesanan Aplikasi Instagram.

Rakam Video Bogel Akibat Dipukau ‘Wanita Cantik’

SIAPA sangka perbuatan berbalas pesanan dengan seorang ‘wanita cantik’ telah bertukar mimpi ngeri apabila si pemuda mendakwa dirinya dipukau hingga melakukan perbuatan tidak senonoh.

Kejadian itu berlaku apabila pemuda tersebut tanpa berfikir panjang telah memberikan nombor telefon kepada wanita yang tidak dikenali selepas saling berbalas pesanan menerusi aplikasi Instagram.
Sejurus nombor telefon diberikan, pemuda terbabit menerima panggilan daripada wanita tersebut dan mendakwa dirinya dalam keadaan tidak sedar selepas menjawab panggilan itu.
Insiden yang diceritakan semula oleh rakannya, Amirul Aiman Amran itu tular di Twitter pada Jumaat lalu.
“Bila tersedar, dia dalam keadaan berbogel dalam bilik (air) dah. Dia pun tak tahu kenapa.
“Dia tersedar dari pukau tu pun sebab mak dia gegar pintu bilik air kerana dia ada lama sangat dalam (bilik air) dan tak buka air pun,” tulis Amirul Amran menerusi posting tersebut.
Rakan saya terus pergi buat laporan polis, (tetapi) polis pun tak boleh nak buat apa-apa lagi sebab masih belum ada unsur jenayah.
“Polis minta rakan saya ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tanya bagaimana nak selesaikan kes ni,” jelas Amirul Amran.
Menurut pemuda yang juga pemain bola sepak PJ Rangers FC itu, rakannya enggan menuruti permintaan lelaki yang memukaunya itu untuk menyerahkan wang sebanyak RM1,000 walaupun diugut berulang kali.
Kata Amirul Amran, tindakannya menceritakan mengenai kejadian itu adalah untuk memberi peringatan kepada orang awam agar sentiasa berhati-hati dan mengelak daripada terkena dengan taktik licik scammer seperti itu.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden itu daripada pemain berusia 22 tahun berkenaan belum berhasil.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, kejadian pukau menerusi panggilan telefon memang boleh berlaku sekiranya ia melibatkan unsur-unsur sihir.
“Dalam psikologi, tiada istilah pukau tetapi hipnosis digunakan dalam keadaan separa sedar untuk mencungkil kenangan dan menjalankan proses intervensi.
“Pukau ni kalau pakai sihir memang boleh berlaku. Jadi, elakkan menjawab panggilan daripada nombor tidak dikenali agar perkara seperti ini tidak berlaku,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa untuk mengulas mengenai insiden tersebut.
Tambah beliau, agak sukar untuk tidak menjawab langsung panggilan daripada nombor asing, namun pengguna telefon bimbit boleh menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pemanggil untuk bertanya siapa gerangannya dan niat untuk menghubungi.
Menurut Fauziah, kes pukau seperti itu sering terjadi dan ramai orang tidak mempercayainya kerana tidak mengalaminya sendiri.
“Scammer ini sangat licik dan pakar memanipulasi minda mangsa dengan menggunakan ayat-ayat manis.
“Sebagai pengguna, anda haruslah bijak melindungi diri dan jangan buka ‘pintu gerbang’ kepada orang luar untuk mengambil kesempatan ke atas diri anda,” jelasnya.
Sumber: mStar

2 comments:

  1. najib ada ilmu pukau yg kuat... terkesima semua lobai. 355 entah ke mana.. membisu seribu bahasa dgn pukau najib.

    tp nk tuduh najib xblh juga sebab najib.. tak tau

    ReplyDelete
  2. PH..pH..gay..lesbian.. transgender..Kamu sokong..tapi hukum Allah menentang..apakah Kamu mahu keturunan Kamu terlibat dgn seperti itu

    ReplyDelete