Wednesday, August 01, 2018

Rugi RM80 Juta, Khazanah Jual Baju Dalam &Coli.

Hasil carian imej untuk jual baju dalam dan coli

PARLIMEN l Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengketengahkan kerugian pelaburan Khazanah Nasional yang bernilai AS$20 juta (RM80 juta) sebagai contoh selepas Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) mempertikaikan dakwaan bahawa syarikat kerajaan itu tersasar daripada objektifnya.

Najib yang mencelah Azmin semasa beliau menyampaikan ucapan penggulungan untuk kementeriannya di Dewan Rakyat, menyoal mengenai dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa Khazanah telah menyimpang daripada terasnya.

“Dalam tempoh 10 tahun, aset khazanah telah melonjak RM33 bilion kepada RM134.5 bilion, maknannya dari segi wealth creation dalam 10 tahun, Khazanah telah berjaya.

“Saya bukan nak pertahankan waktu saya jadi pengerusi Khazanah tapi saya nak minta penjelasan di manakah agaknnya yang dikatakan Khazanah telah lari, deviatate dari tujuan objetif asalnya. Saya nak minta penjelasan,” kata Najib.

Menjawab soalan itu, Azmin merujuk kepada pelaburan Khazanah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebagai contoh, Khazanah telah melabur sebanyak hampir AS$20 juta melalui sebuah syarikat online retalier yang menjual loungeries, baju dalam, bras (coli)... akhirnya pelaburan ini terpaksa diwrite-off atau dihapus-kira.

“Ini yang paling kecil yang berlaku,” katanya.

Lupus hutang pelaburan RM3 bilion

Contoh lebih serius, kata Azmin apabila Khazanah terpaksa melupus kira-kira RM3 bilion pelaburannya.

“Ada juga pelaburan yang dibuat melalui private equity untuk ambil alih sebuah bank yang akhrinya kerana perbincangan itu tidak dibuat secara terus dengan bank berkenaan tetapi melalui private equity.

“Ia terpaksa write off sebanyak RM3 bilion. Perkara-perkara ini menuntut kerajaan baru ini untuk meletakkan semula Khazanah di atas landasan ditetapkan,” katanya.

Adalah dilaporkan sebelum ini bahawa Khazanah, bersama dua rakan lain, ingin memperoleh kepentingan 2.6 peratus di Bank UBS, Switzerland. Pelaburan itu dilakukan melalui kumpulan ekuiti swasta Olivant.

Bagaimanapun, Bank Lehman Brothers di Amerika Syarikat yang memegang akaun pelaburan itu, kemudian menjadi muflis dan ini menyebabkan Khazanah kehilangan RM3 bilion. Ia hanya berjaya mendapatkan separuh daripada jumlah berkenaan, kemudiannya.

Pelaburan baik Khazanah

Menjawab Azmin, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Jeli) berkata, ada kalanya, pelaburan Khazanah tidak menjadi tetapi perlu diakui bahawa terdapat juga keputusan pelaburan yang baik.

“Kita kena beri penghargaan macam pelaburan dalam Alibaba yang bagi keuntungan yang besar serta pelaubran dalam hospital di Turki, India, China.

“Dan sekarang ini IHH Healthcare Berhad merupakan kumpuan hospital terbesar di dunia,” katanya.

Minggu lalu, semua ahli lembaga pengarahnya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan mereka berikutan kritikan Mahathir. Kerajaan kemudian menerima pengunduran mereka itu.

Susulan itu, Mahathir mengambil alih jawatan pengerusi Khazanah manakala Azmin pula sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.
-malaysiakini

25 comments:

  1. Kahkahkah...cpt jerr bila bab coli nii..gambar tuu boleh mengugat nafsu lobaii2 pas..kahkah..

    ReplyDelete
  2. Pak Mentari tak sebut coli tapi pakai dalam

    Seterusnya Pak Mentari buka cerita tentang bra

    Namun Pak Mentari terhenti sejurus sebelum cerita tentang Maminco dan PKFZ.

    Antikemuncak punyer Pak Mentari

    ReplyDelete
  3. Minta pak menteri jubo kn hadi awang..biar dia merasa???, sakit tenatkah hadi awang???sonyap jo..ke tertelan siput babi???

    ReplyDelete
  4. Puak ph anti pas sebab pas istikomah perjuangkan islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab lobai pas peralatkan dan perkudakan islam untuk kepentingan diri...

      Delete
  5. Air mata Dr M tumpah di depan ulama
    31 Jul 2018, 11:17 malam (Dikemaskini 31 Jul 2018, 11:26 malam)

    A A
    Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam hari ini, yang membuatkannya "merasa sebak".

    Ia adalah ketika Mahathir menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.

    "Semasa Tun Mahathir mengucapkan 'kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran', beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.

    "Saya juga rasa sebak. Semoga Allah merahmati Tun (Mahathir)," katanya di Instagram.

    Asri mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama Mahathir ketika pertemuan itu.

    Menurut Bernama, sejumlah 37 tokoh ulama dan cendekiawan Islam mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

    Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, pensyarah Universiti Oxford United Kingdom Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.



    Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya Fuziah Salleh.

    Menurut Bernama lagi, Mujahid berkata Mahathir dalam pertemuan itu antaranya meminta golongan agama untuk memaparkan Islam yang lebih "berbelas kasihan".

    ReplyDelete
  6. PAS tak sokong HARAPAN di Sg Kandis untuk sampaikan mesej'

    1 Ogs 2018, 8:40 malam (Dikemaskini 1 Ogs 2018, 8:49 malam)

    A A
    PAS secara rasminya menyeru penyokongnya keluar mengundi pada pilihan raya kecil Sungai Kandis 4 Ogos ini, tetapi menegaskan parti itu tidak akan menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).

    "Dalam konteks PRK Sungai Kandis juga keputusan PAS tidak memberikan sokongan kepada kerajaan PH (HARAPAN) adalah sebagai satu mesej bahawa mereka telah gagal menunaikan beberapa janji manifesto malah gagal memberi jaminan bahawa institusi Islam, Raja-raja Melayu dan kepentingan orang Melayu tidak terancam," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

    Berikutan itu katanya pemimpin PAS yang menghadiri program di kawasan Sungai Kandis tidak bercanggah dengan pendirian parti.

    Beliau juga menyeru pengundi PAS di Sungai Kandis keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka dan tidak membuat undi rosak.

    Terdahulu hari ini, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dipetik berkata tiada arahan daripada parti itu kepada ahli dan penyokongnya yang akan mengundi pada pilihan raya kecil Sabtu ini.

    Pas parti berbelit2... Sorang ke barat...sorang ke timor...sampai bila mau tipu?.

    ReplyDelete
  7. PAS: Sg Kandis sekadar 'hubungan strategik' dengan BN

    Anne Muhammad
    1 Ogs 2018, 1:32 tengahari (Dikemaskini 1 Ogs 2018, 5:22 petang)

    A A
    Anggota Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata anggota parti itu tidak mempunyai pilihan selain mengundi BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, Sabtu ini.

    Katanya, perkara ini memandangkan PAS menolak Pakatan Harapan kerana didakwa gagal menepati janji manifesto.

    “Sebab kita tak boleh undi HARAPAN. Kalau tak undi HARAPAN nak undi siapa lagi?” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

    Khairuddin mengulas kenyataan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja yang mempersoalkan sebuah program parti Sabtu lalu yang dijadikan platform untuk kempen calon BN.

    Timbalan ketua dewan itu Mohd Najib Arshad berkata ucapan beberapa pimpinan parti pada program itu tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada 22 Julai lepas.

    Lagi ramai lobai Pas bercakap lagi banyak rekaan untuk menutup pekong..

    Tunggu plak tuang presideng kaki ponteng cakap ape..

    ReplyDelete

  8. BN dan PAS tak jujur kempen di Sg Kandis, kata Khir Toyo

    1 Ogs 2018, 10:55 pagi (Dikemaskini 1 Ogs 2018, 10:58 pagi)

    A A
    PRK SG KANDIS | Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata BN dan PAS tidak jujur dalam kempen mereka pada pilihan raya kecil ini, lapor media tempatan.

    Hal tersebut menyebabkan suasana prejudis antara penyokong parti masing-masing yang bakal diterjemahkan kepada undi untuk Pakatan Harapan (HARAPAN), jelas Khir dipetik Sinar Harian.

    "BN dan Pas tidak jujur dalam kempen di sini, menyebabkan suasana prejudis antara pendukung parti masing-masing dan ini akan diterjemahkan undi kepada calon Pakatan Harapan.

    "BN dan Pas masih gagal membentuk satu blok pembangkang yang mampu menjadi alternatif kepada HARAPAN," katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor Sinar Harian.

    Bekas pemimpin Umno dan bekas ADUN Sungai Panjang ini juga berpendapat peluang BN untuk menang dalam PRK Sungai Kandis amat tipis.

    "Isu-isu yang diketengahkan oleh BN masih tidak dapat mengubah pendirian pengundi di kawasan ini.

    "Pengundi masih lagi merasakan kerajaan HARAPAN mampu mengubah situasi tekanan hidup yang dihadapi hari ini kepada yang lebih baik sedikit masa lagi.

    "Selagi Umno merasakan mereka boleh menang tanpa bantuan parti komponen lain dalam BN dan PAS masih tidak berubah saya tidak nampak bagaimana Umno boleh menang," katanya, petik laporan itu lagi.


    AnonymousAugust 1, 2018 at 10:39 PM
    Kahkahkah mengelupor Barua menyerang PAS..

    Takut erkk.... sama Lok Man.. dimaki hamunnya PAS.

    Sat.. Wa hello sama CIA... hantar Super Man..kahkahkah

    ReplyDelete
  9. Yang untung, untung. Jangan pasal untung yang rugi, rugi lah. Orang buat bisness kalau boleh semua bisness nak untung. Kalau rugi kena lah cari sebab dan penyelesaiannya. Jangan cakap pasal untung.

    Kalau tak rugi dah tentu-tentu RM80 juta itu dapat menambah keuntungan.

    Yang khazanah buat bisness coli dan baju dalam apa hal ?

    Adakah coli dan baju dalam yang dijual buatan Malaysia?

    Tidak boleh kah rugi tersebut di selamatkan sekurang-kurangnya rugi RM 10 juta dengan mengambil tindakan drastik? Jika PH kalah pasti rugi lebih dari RM 80 juta.

    Kerajaan PH kena dedahkan secara tulus mengenai bisness coli dan baju dalam.

    Semasa kempen di Sungai Kandis gantung coli pada batang buluh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena siasat jugak adekah orang tertentu yg arahkan supaya khazanah melebur...pelaboran 1 mdb dgn wang pinjam kemudian rompak ade orang tertentu...pelaboran felda dlm ikan sturgeon hingga lesap puluh juta dan cadangan pelaboran akan datang dikatakan ade orang tertentu yg mempengaruhi..

      Delete

  10. Zamihan mohon maaf kepada Bilal Philips

    Hafiz Yatim
    31 Jul 2018, 5:41 petang (Dikemaskini 31 Jul 2018, 6:13 petang)

    A A
    Kes saman fitnah pendakwah Kanada, Abu Ameenah Bilal Philips ke atas pendakwah kontroversi tempatan Zamihan Mat Zin selesai selepas pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu bersetuju untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya di Facebook, yang mendakwa dirinya terlibat dalam kegiatan pengganas.

    Penghakiman persetujuan itu dirakamkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

    Peguam Bilal Philips, Meor Amir Meor Omar Baki, berkata Zamihan mengaku bertanggungjawab dan akan memohon maaf secara terbuka di Facebook selama dua hari bermula hari ini.

    "Kita tidak boleh mendedahkan terma penyelesaian termasuk jumlah ganti rugi yang perlu dibayar, dan juga tidak ada perintah mengenai kos," katanya.

    "Deposit yang dibayar oleh Bilal Philips sebanyak RM30,000 akan dipulangkan," kata Meor Amir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ostad Jakim ni ingat dah terlajak pandai bidang ugama...kena saman pucat lesi..

      Delete
  11. ‘Kelibat Jho Low dalam episod terbaru 1MDB di China’

    1 Ogs 2018, 2:20 tengahari (Dikemaskini 1 Ogs 2018, 2:22 tengahari)

    A A
    Episod terbaru saga 1MDB, kali ini membabitkan beberapa entiti di China, juga menampilkan kelibat ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

    Dalang di sebalik skandal 1MDB itu, dikatakan berperanan penting dalam rundingan projek saluran paip Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), yang dipercayai digunakan untuk mengubah dana untuk menyelamatkan 1MDB.

    Ini adalah menurut bekas pegawai Malaysia yang tidak dinamakan yang pernah berkhidmat di pejabat perdana menteri, lapor akhbar The Wall Street Journal.

    Menurut pegawai berkenaan, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjumpa dengan Low untuk membincangkan projek-projek dengan China pada Mei 2017, semasa beliau di Beijing menghadiri forum Belt and Road.

    Ketika itu, China Petroleum Pipeline Bureau di Beijing telah menerima dana untuk projek berkenaan.

    Seorang pegawai Malaysia yang masih berkhidmat memberitahu bahawa salah seorang daripada sekutu Low dalam 1MDB kemudian menghadiri mesyuarat untuk membincangkan projek paip itu.

    Adalah dilaporkan semalam bahawa pinjaman bernilai RM9.4 bilion dari China Exim Bank yang bertujuan untuk projek SSER telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

    WSJ memetik pegawai-pegawai Malaysia yang percaya bahawa sebahagian daripada pinjaman AS$ 2 bilion itu disalurkan kepada beberapa siri syarikat shell sebelum berakhir di Silk Road Southeast Asia Real Estate Ltd, sebuah syarikat China yang berpusat di Kepulauan Cayman.

    Pemilik tunggal yang mendapat manfaat Silk Road dilaporkan adalah seorang pelabur Asia Barat, yang dipercayai oleh pegawai sebagai sekutu Low.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tau tak ape peranan cina kapir ni dlm kes rompakan 1 mdb hingga bebankan rakyat tanggong hutang 1 mdb hingga 38 billion?...

      Kes projek paip yg blm buat jerja dah dibayar billion2 pon ade peranan cina kapir ni..

      Cina kapir ni yg kayer free billion2 umno dan pas tak pernah desak kerajaan najib siasat..

      Delete
  12. Khazanah badan pelaboran strategik negara melabor dlm perniagaan coli dlm talian?...

    Tak ade pelaboran yg lebih sesuai ker?...baik labir bukak kilang buat coli...lantik pengedar yg uruskan jualan...dapat jugak tambah peluang pekerjaan

    ReplyDelete
  13. Barang kemas pada Rosmah tiada ikrar import - Lim

    1 Ogs 2018, 1:11 tengahari (Dikemaskini 1 Ogs 2018, 1:15 tengahari)

    A A
    Tiada sebarang pengikraran import dibuat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkaitan penghantaran 44 barang kemas yang dikaitkan dengan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

    "Melalui semakan ke atas rekod yang ada di bawah sistem maklumat kastam bagi tempoh tujuh tahun selaras dengan tempoh penyimpanan rekod, didapati tiada pengikraran import dibuat ke atas barangan tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Menurut Lim, ia merupakan satu kesalahan sekiranya tiada pengikraran import dibuat dan boleh dikenakan tindakan termasuk rampasan.

    "Sekiranya siasatan polis tidak dapat mengaitkan konsainan tersebut dengan apa-apa kesalahan, pihak kastam boleh mengaitkan isu ini di bawah Akta Kastam 1967 kerana ia merupakan satu kesalahan dan mengundang pelbagai tindakan termasuk rampasan," katanya.

    Pada 10 Julai lalu, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah bagi menuntut beliau memulangkan kembali barangan kemas tersebut yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta(RM59.831 juta).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosmah ni vip ker boleh dikecualikan dari undang2...

      Bini pm lain tak ade pegawai khas pon Rosnah ade pegawai khas yg dibayar oleh rakyat malaysia...pas tak pernah pertikaikan pon...

      Delete
  14. Kalau PAS nak labur dalam industri pembikinan Coli ini pun ,apa salahnya. Satu industri yg mempunyai harapan yg cerah untuk menjana pendapat. Kalau coli tak laku pun, boleh kerat 2 buat KOPIAH. Hehehekikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
  15. Arahan supaya lantikan politik lepaskan jawatan di lebih 100 firma MOF'

    1 Ogs 2018, 11:32 tengahari (Dikemaskini 1 Ogs 2018, 12:59 tengahari)

    A A
    Lebih ramai eksekutif kanan syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dijangka melepaskan jawatan masing-masing, termasuk mereka yang berada dalam lembaga pengarah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

    Memetik sumber, The Star Online melaporkan Putrajaya telah memberikan "arahan yang jelas" kepada semua ahli lembaga pengarah lantikan politik dalam syarikat berkenaan untuk meletakkan jawatan.

    Bagaimanapun, penjawat awam tidak dikehendaki berbuat demikian.

    "Arahan ini meliputi lebih 100 syarikat di bawah MKD dan termasuk syarikat seperti KTMB serta MRL.

    "Lembaga pengarah hanya akan memiliki dua atau tiga pengarah bagi mengekalkan korum," kata sumber kepada akhbar harian itu.

    150 Syarikat milik langsung

    Menurut laman Perbendahaan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) adalah pemegang saham majoriti dalam 68 syarikat. MKD juga memiliki 150 syarikat melalui pemilikan langsung.

    Syarikat lain yang disebut laporan itu ialah Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Prasarana Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

    Pengerusi KTMB sekarang adalah pemimpin Umno, Datuk Nawawi Ahmad, yang tewas pada pilihan raya menentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi kerusi Langkawi.

    Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah menjadi pengerusi MRL, manakala bekas speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mempengerusikan IWK.

    Bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan telah melepaskan jawatan sebagai pengerusi Prasarana.

    Anggota Parlimen Umno untuk kerusi Mersing Datuk Abdul Latiff Ahmad menjadi pengerusi SPNB.

    Malaysiakini telah menghubungi kesemua syarikat-syarikat berkenaan bagi mendapatkan ulasan.

    Dijangka bubar entiti MKD

    Menurut laporan itu lagi, peletakan jawatan ini dijangka mencipta 700 kekosongan jawatan tetapi kerajaan mungkin tidak mahu kesemua jawatan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertambah ramai penganggur umno..

      Tak ade ker orang pas yg dilantik oleh najib?...

      Ostad nasha bekas timbalan presiden pas yg masih ahli pas telah hilang kerja bila badan ug diketuainye di tutup...ostad nasha yg disebut dlm akuan bersumpah rafizi sebagai orang yg mengagihkan sedekah duit haram najib kpd lobai pas...

      Sehingga sekarang ostad nasha yg pernah gertak nak saman rafizi takut saman rafizi...lobai hadi hanye suruh rafizi bertobat...

      Delete
  16. Kelebihan Tok Guru Nik Azix

    Allahyarham Tok Guru lebih banyak meninggalkan permata kepada kita melalui untaian kata-kata. Kekeramatan itu - walaupun pendek-pendek - cukup menyentak akal fikiran. Di musim-musim menjelang PRU ke-14 ini, barangkali lebih relevan kita imbau 15 kata-kata berbisanya buat dijadikan pedoman.

    Takut mati atau takut selepas mati
    Hidup dipenuhi hukum dan peraturan. Halal haram. Sunat makruh. Dosa pahala. Syurga neraka. Jin iblis. Nafsu syaitan. Semua wakil rakyat (YB) bertanggungjawab jaga rakyat supaya tidak terpengaruh dengan godaan syaitan, supaya tak terpengaruh dengan godaan dunia; kerana dunia ni Allah sebut sendiri: “Innal hayaatud dunya la'ii bun walahum" (dunia ini hanyalah mainan).

    Barang mainan kita beli kepada anak kita untuk selama-lama? Tidak. Lain pada mainan adalah hakikat sebenar iaitu manusia mati. Lepas pada mati itu, syurga ke neraka? Orang takut kepada mati.

    Mati tak payah takut. Kalau takut pun, mati juga. Hak yang perlu takut ialah lepas pada mati itu - syurga atau neraka.

    Kagum dengan Dr Mahathir
    Dua perkara saya kagum dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pertama, dalam keadaan Kelantan ni dia bangkang, tapi dia lulus RM600 juta untuk projek air. Ini saya kenang dia. Dia lulus dan beri melalui Tun Daim Zainuddin.

    Yang kedua, dia lantang menyerang Zionis, sungguh-sungguh perangai Yahudi perangai Amerika ni. Ini yang menyebabkan negara Arab semua hormat, hormat sungguh. Banyak pemimpin negara Arab sendiri senyap, tak mahu menentang, takut itu takut ini sebagaimana yang saya sebut tadi.

    Dia (Dr Mahathir) antara pemimpin bukan Arab, pemimpin Melayu, yang tentang sungguh-sungguh perangai Yahudi perangai Amerika. Ini menyebabkan nama baik Malaysia ni masyhur.

    Tok Guru dan bola sepak
    Saya sebagai rakyat Kelantan, saya hanya boleh berdoa. Perkara utama yang saya naknya selain daripadaa nak berjaya, kita nak tengok penonton ni jaga susila, jaga jangan ada keganasan biar betul-betul sporting spirit itu kena jaga mmolek. Bola, kita negeri Kelantan, kita ni, nak kena duduk dalam keadaan tenang, berakhlak dan beradab.

    Saya masa muda dulu,ketika itu saya main bola belum Perang Jepun lagi sewaktu saya mengaji di pondok Jertih. Lepas sembahyang Asar, saya pergi main. Sampai sekarang lutut sebelah kanan saya ni cedera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade plak lobai yg hina Arwah Tok Guru dgn mimpi jumpa toh guru tempang kaki sebelah...kuat benor auta lobai Pas ni yg dah terkenal kaki belit dan kaki temberang..

      Delete
    2. kelebihan rosmah....

      meninggalkn permata pd kita... utk kita bayarkn.

      paaaaanggg sekali!

      Delete
  17. bila perbicaraan najib dgn SRC RM42juta link, barulah akan tersebar pak-pak lebar terima duit najib....hehehe

    ReplyDelete