Wednesday, August 08, 2018

Sanggup Jadi Selipar Penjajah Asal Dapat Berkuasa.. PH??

Gadis Afghanistan Tembak Mati Tentara Penjajah Amerika
TIDAK susah bagi penjajah menghulur bantuan dana dan sokongan strategi kepada semua kelompok dalam sesebuah negara yang mahu mereka kuasai. Sampai satu masa, faksi-faksi proksi yang telah dikenyangkan akan ditembungkan antara satu sama lain. Akhirnya mereka ditimpa celaka. Itulah yang kita fahami dari sejarah umat.
Hasil carian imej untuk tun mahathir
Contoh sejarah
Di ambang kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, Kumpulan Turki Muda serta pegawai-pegawai Uthmaniyyah telah sekian lama ditaja oleh British untuk mewujudkan gelombang penentangan terhadap Khilafah. Idealisme Liberal dan penentangan terhadap isu-isu salah laku Uthmaniyyah dibakar secukup-cukupnya. Setelah mereka menguasai organ pentadbiran Khilafah, Sultan dijatuhkan maka naiklah Mustafa Kamal Attaturk mengubah lanskap zaman umat Islam.
Sejarah yang lebih sadis, Syarif Hussein dibantu oleh British demi menggerakkan Revolusi Agung Arab untuk berperang menentang Uthmaniyyah. Selepas Syarif Hussein berhasil menghalau Uthmaniyyah dari Wilayah-wilayah Arab, British menaja Bani Saud pula untuk berperang mengalahkan Syarif Hussein.
Di Iraq, Saddam dilobi dan disokong oleh Amerika untuk berperang menentang Iran sejurus selepas penubuhan Kerajaan Revolusi Iran. Sentimen Arab-Parsi, Sunni-Syiah dimainkan, lalu disanjung peperangan tersebut dengan jolokan Qaddisiyyah. Selepas berakhirnya perang tersebut, Saddam menyerang Kuwait. Amerika merasa terganggu lantas bertindak balas menentang Saddam. Puluhan tahun selepas itu Saddam dibunuh oleh proksi Amerika.
Ketika fasa akhir Perang Dingin, Amerika menaja segelintir Mujahidin di Afghanistan untuk berperang menentang Soviet Union. Segelintir puak Mujahidin dengan semberono menerima bantuan Amerika atas alasan dangkal 'orang bagi kita ambil'. Puak yang menikmati bantuan Amerika itu menganggap telah berjaya mengalahkan Soviet. Sedangkan yang paling berjaya adalah Amerika yang tidak perlu mengotorkan fizikalnya berperang di dataran berbukit Afghanistan. Selepas dipergunakan, Amerika menyusun plot agar sesama Mujahidin berperang. Akhirnya mereka diserang oleh Amerika yang pada awalnya pernah membiaya gerakan bersenjata mereka.
Alas kaki penjajah
Terlalu banyak sejarah penjajah mengulang-ulang strategi yang lebih kurang sama. Demi menguasai negara yang disasarkan, mereka membiaya proksi-proksi yang sanggup menjadi petualang kepada agama dan tanah air sendiri. Mereka bukan sekadar menawarkan bantuan senjata. Bahkan dalam negara bernuansakan politik demokrasi, mereka membiayai kumpulan dan politikus dengan dana serta latihan kononnya ke arah pendemokrasian politik. Inilah bentuk penjajahan secara proksi.
Sesiapa yang kelabu mata mahu hidup senang, sudah pasti tanpa merasa bersalah sanggup menjadi selipar penjajah asalkan dapat berkuasa seperti yang diimpikan. Jangan lupakan sejarah, golongan yang asalnya menjadi proksi musuh, akan dirosakkan bahkan bertarung maut kerana menjadi mangsa sebagai bidak catur musuh. Merekalah petualang yang merosakkan sejarah umat. Ternyata doktrin 'orang bagi kita ambil' merupakan perangkap yang tidak ada jalan keluar.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
7 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 7/8/2018

8 comments:

Anonymous said...

Pandai pulak State Bersatu tunjukkan kebengangan bila Krimlen kacau daun dalam urusan politik dalaman mereka. Mereka mahu urusan dalaman biar sendiri tentukan.

Dalam masa sama State Bersatu buat2 derk bila aktiviti kacau daun dalam urusan dalaman di banyak penjuru dunia didedahkan. Kononnya tidak salah yakni sekadar mahu membantu memberikan pengetahuan dan latihan.

Ini menampakkan State bersatu boleh kacau daun di mana jua tapi mana jua tak boleh kacau daun dalam State Bersatu. Dia boleh buat orang tak boleh buat benda yang sama.

Dan jika itulah yang mahu diajar dan disampaikan oleh State Bersatu kepada kadir2 lokal, ketahuilah bahawa anda telah pun berjaya: sikap anda telah dapat dipindah secara verbatim.

Anonymous said...

Ayyoooo . . .. Berita Harakah pun kena copy paste kt sini ker. Penyokong PAS yg sejuta tu dh x minat beli dan baca harakah ker ?

Anonymous said...

Jgn kata selipar..kepala kote penjajah pn ok..sekali sodok anak ibnu hasyim..terburai

Anonymous said...

Puak munafik liberal dan puak kafir harbi sanggup menjadi mangkuk tandas penjajah Barat supaya pakatan liberal-kafir harbi mendapat kuasa untuk menindas agama Islam dan umat Islam dan menghalalkan kemungkaran, kesesatan dan murtad di negara kita.

Lihatlah komen-komen yang ditulis oleh barua-barua ternakan pakatan liberal-kafir harbi yang bersifat anti-Islam, anti-perjuangan Islam dan anti-umat Islam kerana barua-barua dedak roket tersebut adalah butir-butir tahi yang mencemari alam sekitar dengan pelbagai fitnah dan dakwaan karut terhadap parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Anonymous said...

klu masih bernaung bwh undang2 penjajsh tkpayah bisinglah pas. masih merafak sembah putrajaya xphy ckp byk.

yg paling afdhal bg pas ialah dok diam dn buat rombongan melawat equanimity

Anonymous said...

srtkabar harakah blh guna utk buat keta kebal kertas.

mnciplak berita harakah adalah salah satu pengkhianatan ahlinya sendiri yg mnyebab jualan merudum.

sepatutnya ciplak berita dr ph seperti pulangnya equanimity ke pangkuan negara.

Anonymous said...

ni apa cerita rubbish ni. yg tulis pun tk fhm apa dia meracau.

Anonymous said...

selepas berjaya dlm penternakan babi secara islam tnpa riba... kini anon 1.47 sudah kembangkn bisnes dlm bidang mangkuk tandas islam pula.

nxt bisnes butir2 taik pula utk baja urea islamik.

syabas anak muda berjaya...anon islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails