KL: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) akan menggerakkan misi lanjutan bagi membantu umat Islam mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia, hujung September depan.
Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, misi berikutnya akan memfokuskan sumbangan peralatan dan projek pembinaan 'Rumah Sementara Untuk Kemanusiaan' (RUSUK).
Terang beliau, kos anggaran bagi RUSUK yang dibina daripada buluh dan kanvas itu adalah dalam Rp2 juta (anggaran RM600) untuk didiami bagi satu keluarga.
Menurutnya, RUSUK akan dibina di tapak yang ditentukan sendiri mangsa sementara mereka dapat memunggah keluar sisa runtuhan sebelum dapat membina kembali rumah kekal.
"PASRelief merayu sumbangan seluruh rakyat Malaysia terutama kewangan bagi membantu usaha ini menjadi kediaman puluhan ribu keluarga saudara kita di seluruh pulau Nusa Tenggara Barat (NTB) ini.
"Sumbangan juga diperlukan untuk membeli beras dan makanan harian yang akan disumbangkan pula ke ratusan dapur umum mengikut Pusat Komando (POSKO) atau Bilik Gerakan di setiap desa dan dusun.
"PASRelief juga merancang membangunkan sekolah sementara untuk anak-anak mangsa gempa bumi yang memerlukan peralatan dan alat tulis," ujar beliau.
PASRelief sebelum ini telah melaksanakan misi awal tinjauan dan bantuan kemanusiaan berupa sumbangan beras, pek makanan dan RUSUK bernilai Rp110 juta pada 17 hingga 21 Ogos lalu.
Segala sumbangan kewangan boleh terus dilakukan ke akaun Maybank 5640 7061 1352 (Tabung Kemanusiaan Antarabangsa) atau 5640 7061 2333 (PASRelief).
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi 012-596 9220 (Sanusi), 013-384 5555 (Adram Musa), 012-239 6867 (Yunus), 019-571 0933 (Ustaz Norazli) dan 019-264 4740 (Dr Rosni). -HARAKAHDAILY 26/8/2018
Mana sumbangan Pakatan Harapan?
Mana sumbangan Pakatan Harapan?
Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..
14 comments:
Rumah rakyat kelantan yg di timpa banjir besar 2014 di kelantan dah siap semuanye?..
NASIONAL
Malaysia akan hantar misi bantuan ke Lombok
JANATUL FIRDAUS YAACOB
30 JULAI 2018
Malaysia akan hantar misi bantuan ke Lombok
- Foto AFP
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang berusaha memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana susulan kejadian gempa bumi di Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB) Indonesia.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia juga akan menghantar bantuan kepada rakyat Indonesia yang terjejas dalam insiden terbabit.
“Pegawai kedutaan kita sedang berusaha menentukan keselamatan rakyat kita yang berada di sana.
“Kita juga ingin memberi bantuan kepada rakyat Indonesia yang menjadi mangsa gempa bumi,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Baru nak bagi bantuan ciput ibnu bodooh dah bising ke seluruh duniam
Samsudin Ariffin berdiri di hadapan rumah sementara yang dibina
Samsudin Ariffin berdiri di hadapan rumah sementara yang dibina sendiri dengan menggunakan kayu terpakai di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan, semalam.
AIMUNI TUAN LAH
27 Oktober 2016 12:18 AM
GUA MUSANG 26 Okt. - “Saya bersyukur kerana memiliki kemahiran bertukang, jika tidak pasti kami sekeluarga masih merempat dengan menjadikan stesen kereta api terbiar sebagai tempat berteduh.”
Demikian luahan hati mangsa bah kuning pada 2014, Samsudin Ariffin, 49 yang tinggal di Kampung Limau Kasturi, di sini.
Selepas dua tahun banjir besar melanda kampung tersebut, Samsudin bersama keluarga tabah meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan selepas kediaman mereka musnah.
Menurut Samsudin, dengan kudrat tulang empat keratnya sendiri, dia berjaya membina sebuah rumah sementara untuk isteri dan empat anaknya menggunakan kayu terpakai daripada rumah asalnya yang musnah akibat banjir besar lalu.
Katanya, dia nekad untuk membina rumah selepas tidak mendapat sebarang bantuan untuk membaiki atau membina rumah baharu.
“Selepas banjir, kami sekeluarga tinggal di Stesen Keretapi Limau Kasturi yang terbiar selama lima bulan. Sepanjang berada di stesen tersebut, kami tidak mendapat bantuan untuk membaik pulih rumah daripada mana-mana pihak.
2 tahun mangsa banjir besar blm dapat rumah?...
Pas eksyen jee lebih...suka tunjuk2... Rakyat sendiri hidup tersiksa..
Akibat pilih pas..hidup derita..
Hahaha...kesian tuan ibnu nii..tuan ibnu beraq pun nk salahkan ph..kikiki..
kerajaan dap penang ada bg bantuan kewangan ke klntan. tp bab duit mesti sapu punya... tkde pulak kt duit babi.
jgnkn bantuan rumah mngsa banjir. perumahan rakyat utk beli pun xcukup. beratur pjg rakyat klntan mohon rumah rakyat. yg maju nya hanya dlm membotakkn hutan utk balak. yg ni klntan sgt maju.
ha ha ha macam mca.
Jika dah kutip duit kena isytiharkan jumlah setiap hari...
Dan bila ada orang bertanya begitu bererti kepercayaan pada PAS sudah semakin surut.
Daripada membela warga lombong, adalah menjadi keutamaan untuk kerajaan PAS menyelesaikan masalah Orang Asal Gua Musang yg menghadapi masalah untuk meneruskan kelangsungan hidup generasi mereka. Jangan kerana ingin mendapat laba politik oleh propagandis Lobai , ini lah wajah Lobai oportunis menjaja Agama.
Hehehekikikihahahakahkahkah
Ada yg kena stroke ni.....ha ha ha
https://youtu.be/7HcAS6LGOIw
Post a Comment