Friday, August 24, 2018

Tak Apa, Tun M Boleh Bohong Sunat?

Hasil carian imej untuk ustaz mokhtar senik

BLOG ini menerima komen di bawah tajuk  "Mahathir Berbohong Lagi : Geely Penyelamat Proton?"  

Penulis komen itu kononnya 'Mokhtar senik'. Tak pasti samada beliau adalah Ustaz Mokhtar Senik ahli seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang. Wikipedia


Atau 'Mokhtar senik' lain.. Begini komennya.

Anonymous[Mokhtar senik said...
Eeeebenu jgn nk fitna tun plk ye ]

Mungkin tulisan ini ditujukan kepada Ibnu Hasyim. Mungkin untuk membela Tun M, bahawa Tun boleh bohong.. Atau menggambarkan seolah-olah Tun M tidak pernah berbong seperti itu. Atau untuk memburukkan Islam yang boleh berbohong.

Islam Boleh Berbohong?

[Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). 

Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;


1) Ketika peperangan

2) Untuk mendamaikan di antara manusia.
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)

Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulamak telah membuat batasan bagi pendustaan/pembohongan yang diharuskan. 


Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. 


Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong/berdusta, maka ketika itu berbohong/berdusta adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya). 


Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). 


Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.


Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni niat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).


Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami; sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan menjaga perasaan isteri walaupun sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang. 


Adapun melakukan penipuan/pembohongan untuk mengelak dari tanggungjawab/kewajipan terhadap pasangan masing-masing atau untuk merampas haknya secara batil, maka ia adalah haram dengan ijmak para ulamak. (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)

Wallahu a’lam. August 24, 2018 at 10:10 AM]

Sekian, harap maklum. Dari Ibnu Hasyim.

5 comments:

Anonymous said...

alamak wajah moktar senak rupanya yg suka usap pipi saidina umar tu. nasib baik tk kena pancung. klu tk sia2 je nk bodek saidina umar.

tkyah bclah artikel si senak perut ni.

Mokhtar senik said...

Kahkahkah kehkehkeh kikiki hahahaha!!


Haram mengundi pas di seri setia.pas hanya membawa mudarat dari kebaikkan.oleh yg demikian diharamkan mengundi pas.


“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.

[Kenyataan PAS ogos 1980].

🤗

Anonymous said...

Nak berhujah tak mampu. Hina prinadi. Itu puak hina Islam, bodoh sombong jauh dari akhlak Islam. Nak kenal itulah cara mereka..

Anonymous said...

membaca tulisan tu rasanya bkn dr moktar senik dup. ia mungkin org lain yg percaya islam itu mmbawa rahmat dn bukan mnghukum.

bagaimana pun dusta yg diharuskn itu tk terpakai oleh sikap hj hadi yg guna ayat quran utk memusuhi dap dn ph tapi mngguna dalil akal utk mnyokong mca.

ketika ph bersama dap dn mnyeru undi dap dimana2 yg dap mewakili ph maka akhirnya pemimpin yg naik adalah org islam yg hebat seperti pm dn tpm dn menteri2 lain.

adapun seruan hadi utk mngundi mca dlm keadaan pas tidak mndapat untung dn kuasa malah tidak dlm pakatan dgn mca maka seruan itu totally memenangkn calon bukan islam semata2 yg tidak memberi manafaat kpd pas atau umno.

ia lbh kpd balas dendam kpd kerajaan islam ph. suatu ketika blh jd mca itu akn mesra lgbt.

maka pas tidak cukup syarat utk berdusta mngikut yg diharuskn oleh tulisan diatas. kecuali pas anggap mca tu rumahtangga mereka bersama. piweeet

Anonymous said...

Mokhtar mokhtar...ko membohong menipu bgtu berpuluh kali mimpi jumpa umar alkhatab. Diulang berpuluh kali..

Menipu je keje pemimpin pas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails