Saturday, August 11, 2018

Umat Islam China Bantah Runtuhkan Masjid


Umat Islam China Bantah Runtuhkan Masjid

LEBIH seratus umat Islam dari etnik Hui berkumpul pada Khamis lalu, bagi membantah rancangan pihak berkuasa untuk meruntuhkan Masjid Besar Weizhou yang baru dibina di daerah Tongxin, China.

Difahamkan, mereka berkumpul sejak tengah hari sehingga lewat malam Khamis sebelum pemimpin negara itu datang ke masjid terbabit bagi meleraikan perhimpunan itu.
Pemimpin China turut berjanji tidak akan meruntuhkan masjid itu sehingga pelan pembinaan semula dipersetujui penduduk setempat.
Menurut notis yang dikeluarkan kerajaan Weizhou pada 3 Ogos lalu, jawatankuasa pengurusan masjid terbabit diberi tempoh sehingga Jumaat untuk meruntuhkan masjid terbabit berikutan ia dibina tanpa pelan pembinaan dan permit yang diluluskan.
Bagaimanapun, umat Islam di daerah itu mempertikaikan kenapa pihak berkuasa sebelum ini tidak menghalang pembinaan masjid terbabit yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, jika permit dan pelan pembinaan tidak diluluskan.
Bantahan umat Islam di daerah itu dipercayai konflik terbesar sejak parti pemerintah Communist Party mahu mengukuhkan dasar ‘agama Sinicise’ dan menganggap budaya Islam dan Arab di negara itu semakin menular dan membimbangkan. – Agensi/myMetro Online

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-4: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-4: Catatan Perjalanan
Ke China Bersama Datuk Husam

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails