Tuesday, August 21, 2018

Umat Islam Di Denmark Laksana Ibadah Korban Secara Wakil

Umat Islam Di Denmark Laksana Ibadah Korban Secara Wakil


KUALA LUMPUR – Sekali lagi takbir raya sayup-sayup berkumandang di Copenhagen dan untuk kali keempat berturut-turut Fauzan Ahmad, antara ratusan rakyat Malaysia di Denmark, hanya mampu melakukan ibadah korban secara maya (virtual).

Penyelidik dalam bidang gut mikrobiome (mikrob perut) di University Copenhagen berusia 34 tahun ini berkata antara cabaran utama sambutan Aidiladha adalah umat Islam di sini tidak dapat melakukan amalan korban secara ‘zahir’ seperti di Malaysia.
“Di Denmark, undang-undang di sini tidak membenarkan aktiviti penyembelihan haiwan dan kebanyakan daging yang ada di sini diimport dari negara sekitar. Sebagai alternatif, setiap kali sambutan Aidiladha, kami akan menyertai aktiviti korban yang disediakan oleh mana-mana penganjur ibadah itu, yang membolehkan umat Islam melaksanakannya di mana-mana negara.
“Jika tidak, kami akan berjumpa dengan orang yang menjual daging di sini dan beritahunya nak buat korban atau akikah. Melaluinya, lembu atau kambing itu akan disembelih di negara luar di mana kebanyakannya dilakukan di Lithuania dan diagihkan di tempat-tempat tertentu,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp.
Bercerita mengenai harga daging, lulusan PhD yang berasal dari Yan, Kedah ini menjelaskan harganya agak mahal dengan satu kilogram daging bahagian batang pinang berharga sekitar 90dkk (Danish Krone) atau RM60 dalam mata wang Malaysia.
“Sebagai hidangan untuk memeriahkan hari raya korban, daging itu selalunya kami buat satay secara bergotong-royong dan makan beramai-ramai dengan rakyat Malaysia yang lain.
“Kami telah merancang untuk mengunjungi rumah rakan senegara di Lund, Sweden yang terletak kira-kira 70 kilometer dari sini dan berkumpul beramai-ramai. Bila berkumpul nanti, kami akan solat berjemaah dan bertakbir di halaman rumahnya. Sekurang-kurangnya terasa sedikit suasana hari raya itu nanti,” katanya.
Antara hikmah tinggal berjauhan dan menyambut hari kebesaran di tempat orang, Fauzan berkata semangat ukhwah antara ummah bertambah erat terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.
“Kita tahu dan sedar, tinggal di negara asing ini banyak yang perlu dikorbankan. Jadi, ia mengajar kita agar tidak pentingkan diri sendiri kerana kita perlu ‘menjaga’ sesama kita, tak kira Muslim atau tidak kerana kita datang dari satu negara iaitu Malaysia,” katanya. –BERNAMA

5 comments:

ted manoff said...

Komen web ibnu hasyim:-.......slh ph......

Enti PAS BODO said...

Korban ikut kaedah yg dibenarkan oleh syariat tak jadi masalah...negara denmark bukan besar dan rakyatnye sedikit...pengurusan hasilnye cekap...denmark boleh impot bahan makanan..pemimipin tidak merompak dan tiada yg subahat dgn prompak walo kapir..

Enti PAS BODO said...

PM: Rundingan kontrak Najib dengan China 'paling bodoh'

(Dikemaskini )

A A
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tanpa berselindung mengkritik pentadbiran terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengenai rundingan projek mega dengan syarikat China.

Menurut Dr Mahathir, negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak.

"Kebodohan sebegini tak pernah dilihat dlaam sejarah Malaysia," katanya.

Mahathir bercakap pada sidang akhbar di Beijing. Beliau dalam rangka lawatan rasmi ke China bagi merundingkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER).

Beliau berkata jumlah pampasan projek ECRL dan SSER masih belum diputuskan lagi tetapi menjangkakannya sebagai “quite substantial” (agak banyak).

"Kami perlu mencari jalan untuk keluar daripada projek ini (ECRL) dan sebolehnya pada kos yang paling sedikit dan kami perlu membayar pampasan.

"Tetapi ini kebodohan orang kita sendiri. Kita tidak boleh salahkan China untuk hal ini," katanya lagi.

Bukan berdasarkan kerja yang dibuat

Mahathir selanjutnya menempelak Najib kerana bersetuju menandatangani kontrak seperti SSER, yang mana wang dibayar berdasarkan tempoh masa dan bukan perkembangan kemajuan kerja-kerja penyiapan projek.

"Saya tidak pernah mendengar kontrak yang mana kamu membayar pada masanya tanpa kerja-kerja disiapkan. Selalunya, kami membayar berdasarkan kerja-kerja yang telah dibuat. Kebebalan apakah ini?" Soal beliau.

Sebelum ini, China menyatakan minat terhadap projek Kereta Api Laju Singapura- Kuala Lumpur (HSR) tetapi Putrajaya juga sedang mengkaji untuk menangguhkan projek berkenaan.

Perdana menteri mengesahkan Putrajaya menangguhkan ECRL dan SSER dan menyifatkan HSR sebagai "tidak perlu", berkata kerajaan perlu bersedia mengumpulkan sejumlah dana bagi membayar pampasan.

"Baik, jika kami perlu membayar pampasan, maka kami perlu membayarnya.

"Ini kebodohan perundingan sebelum ini. Kenapa perlu bersetuju dengan perjanjian sebegini yang mana kamu perlu membayar sejumlah pampasan yang besar jika kamu membatalkannya. Dalam semua perjanjian, perlu ada klausa menarik diri daripada perjanjian dan klausa itu perlu adil kepada kedua-dua pihak.

"Tetapi jika kami tidak dapat menyelesaikannya, kami perlu membayar sejumlah besar wang pampasan untuk HSR. Kami telah merundingkannya namun jika kami gagal melakukannya, maka pampasan (yang perlu dibayar) itu berjumlah lebih setengah bilion ringgit," jelas beliau lagi.

Enti PAS BODO said...

Bila prompak berunding kontrak projek..balun membalun laa...

Najib kawan baik lobai hadi...lobai pertahankan prompak yg dah terkenal diseluruh dunia..

Anonymous said...

Intisarinya Klepto Najib begitu yakin dia akan berkuasa selama2nya mcm firaun dan dia tergesa2 sign kontrak ECRL dan Gas dgn Cina sebelum PRU14 kerana byk bayaran kpd Jho Low dah diselit dlm kontrak.

Hasilnya, bayaran kontrak sebyk 80% telah dibuat walaupun kerja belum 15%, semua bayaran dibuat diChina. Kita berhutang dgn Exim Bank China, Bank bayar kpd Syarikat GLC China yg kemudian bayar kpd Jho Low.

Masyuk, I feel the earth moving under my feet. Seluroh rakyat dibodohkan Najib Klepto dan Jho Low. PAS, ana puas hati.

Kita seru Kerajaan PH dedahkan kontrak S&P ECRL dan GAS kpd rakyat semua. Biar rakyat tengok bagaimana Melayu, Islam dan Raja fibangsatkan oleh 2 ekor Penyamun ini.

Kalau negara terpaksa bayar compensation biar rakyat tengok kontrak yang tiada exit clause, bunuh diri ini.

PAS, ana puas hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails