Saturday, August 25, 2018

Wajarkah Tarian Ini Diperkenalkan Untuk Rakyat M'sia?

  Persemabahan energetik penuh mengasyikkan oleh Swan Lake by Ballet West dikatakan emukau penonton..
HALAMAN HIBURAN

WAJARKAH  tarian Ini diperkenalkan untuk rakyat Malaysia? Begini iklannya..


SEBUT sahaja Genting Highland, pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah menjejakkan kaki ke puncak keriangan itu. Sedikit berbeza dengan Cameron Highland yang popular dengan ladang strawberi, ladang teh serta bunga dan sayuran segar, Genting Highland pula menjanjikan anda keseronokan yang sukar untuk dilupakan.

Selain lokasi membeli belah Genting Premium Outlets serta Sky Avenue, lokasi itu juga popular dengan tarikan seperti kereta kabel dan macam-macam lagi. Jika anda merancang untuk ke Genting Highland dalam masa terdekat, apa kata cuba sedikit kelainan dalam lawatan kali ini.


 Persembahan gerak tari lincah dan lucah, penuh penghayatan pastinya akan memberi pengalaman penuh mengujakan buat anda.


Selain tarikan-tarikan yang disebutkan di atas, satu persembahan tarian balet profesional dari United Kingdom (UK) bakal dipentaskan di sana. Lebih istimewa, ia merupakan pementasan pertama mereka di Malaysia.
Dipersembahkan oleh Swan Lake by Ballet West, acara itu akan berlangsung di Genting International Showroom di Resort World Genting pada 24 hingga 26 Ogos dan 31 Ogos hingga 2 September depan. Menerusi pementasan selama 150 minit itu, anda akan dibawa belayar dalam penceritaan yang dipersembahkan dengan tarian klasik barat ini yang pastinya memukau pandangan mata.
 Selain persembahan, mereka yang berminat boleh juga menyertai Ballet West International Masterclass.
Antara penari-penari yang bakal menggegarkan pentas itu nanti termasuklah Jonathan Barton, Natasha Wilson dan Uyu Hiromoto. Bagi mereka yang berminat, layari laman web www.rwgenting.com dan dapatkan tiket yang berharga RM388, RM588, RM788 dan RM988.
Selain persembahan, mereka turut menganjurkan Ballet West International Masterclass yang bakal dikendalikan oleh Fenton, penari versatil yang menguasai disiplin tarian kontemporari, balet dan jazz. Kelas itu akan berlangsung pada 22, 23, 24 dan 30 Ogos depan di Arena of Stars, Genting. (mStar)
Wajarkah tarian Ini diperkenalkan untuk rakyat Malaysia? Apakah ini termasuk penjajahan budaya kedua kalinya setelah beraku penjajahan politik dan cara hidup sebelumnya?
Untuk bebaskan Malaysia dari penjajah kepada pembebasan cara hidup Islam anda kena berkenalan dengan PAS atau parti Islam se Malaysia. (IH)
Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..

1 comment:

Anonymous said...

KENAPA geng anjing tunggang lebai kulup anti Islam tak komen? Takut nak tegur budaya jahiliah bukan M'sia. Di dunia ini kamu sudah hina.. belum lagi di akhirat jadi kerak neraka!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails