Menurut Mohammed Asiri, air zamzam yang diminum di Mekah dan Madinah sekarang serta dibekalkan kepada jemaah haji dan umrah untuk dibawa pulang telah menjalani proses tapisan daripada debu dan kotoran bagi memastikan keasliannya terpelihara. Malah, difahamkan bahawa Raja Salman Abdulaziz Al-Saud juga pernah menyebut tentang kelainan rasa air zamzam dahulu dan sekarang.

Zamzam merupakan punca mata air yang terletak di kawasan Masjidilharam iaitu di sebelah tenggara Kaabah yang dikatakan berkedalaman 42 meter.

Jika meneliti proses pengagihan air zamzam, pada masa dahulu ia dilakukan secara manual iaitu menerusi paip air yang disalurkan terus dari telaga asal, menggunakan pelbagai jenis botol dan bekas plastik yang mendedahkannya kepada pencemaran. Ketika itu, kesesakan di kawasan paip air zamzam di dalam dan sekitar Masjidilharam adalah pemandangan biasa.

Sebab itu pada 1427 Hijrah, Raja Abdullah Abdul-Aziz, pemerintah Arab Saudi ketika itu menitahkan agar dibina loji pembersihan serta pembotolan air zamzam yang pada 1431 Hijrah dinamakan Projek Air zamzam Raja Abdullah Ibn Abdul-Aziz (KPZW).

Ini bagi memastikan keaslian serta kebersihan air itu terpelihara dan memudahkan umat Islam mendapatkannya. Projek itu melibatkan peruntukan sebanyak SR700 juta (RM850 juta) yang ditaja sepenuhnya oleh baginda.
Selepas beberapa penambahbaikan, sekarang semua air zamzam yang dipam dari telaga asal di bawah dataran Kaabah disalurkan terus ke KPZW yang terletak empat kilometer dari Masjidilharam menggunakan paip L316 besi tahan karat.

Selepas proses pembersihan dan pensterilan menerusi tapisan, air berkenaan kemudiannya disalurkan menerusi cahaya ultra ungu untuk membunuh kuman yang air berkenaan mungkin terdedah semasa proses pengeluaran.

Selepas melalui semua proses berkenaan yang berteknologi tinggi, air berkenaan disalurkan ke takungan Kudai dan King Abdul-Aziz Sabeel. Air zamzam untuk diminum jemaah di Masjidilharam dibekalkan oleh takungan Kudai manakala untuk Masjid Nabawi di Madinah menerusi takungan King Abdul-Aziz Sabeel yang diangkut setiap hari dengan 10 buah treler.

Proses mengepam dan jalinan tangki kesemuanya menggunakan gentian optik yang dikawal oleh sistem SCADA bagi memastikan kadar takungan yang sesuai serta memastikan air zamzam sentiasa tersedia bila-bila masa sahaja.

Untuk proses pembotolan pula, air dari satu lagi tangki simpanan berkapasiti 10,000 meter padu di KPZW disalurkan ke kilang yang mampu membotolkan sebanyak 200,000 botol air zam-zam berkapasiti 10 liter.

Botol lima liter pula diperkenalkan khusus untuk diberi kepada jemaah haji dan umrah untuk dibawa pulang. Bagi jemaah haji Malaysia, air zamzam dalam botol lima liter diagihkan sebaik sahaja mereka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Di Mekah sekarang, untuk mendapatkan air zamzam dalam botol amat mudah tanpa perlu bersesak-sesak menerusi pelaksanaan kaedah agihan yang pantas di pusat pengedaran KPZW. Jika sebelum ini sistem token digunakan untuk mendapatkan botol 10 liter di 42 mesin layan diri yang disediakan, sekarang sistem kod bar digunakan bagi menggantikannya.

Jemaah hanya perlu menunjukkan pasport masing-masing di kaunter pembelian dan membayar kos minimum SR5 bagi setiap botol. Selepas itu mereka boleh menuju ke barisan mesin layan diri yang disediakan dan sebaik sahaja mesin berkenaan ‘membaca’ kod bar di resit yang diberikan, maka botol air zamzam dikeluarkan secara elektronik.

Botol yang dikeluarkan melalui mesin layan diri diagihkan menerusi sistem gudang berpusat di premis berkenaan. Botol-botol yang disimpan dalam gudang berkenaan mengikut tarikh pengeluaran dialihkan dengan tali sawat automatik ke mesin layan diri apabila ada pembelian.

Kerajaan Arab Saudi juga telah melantik kontraktor khas untuk menghantar air zamzam bagi jemaah yang ingin membawanya pulang dengan mengambilnya di lapangan terbang di Jedah dan Madinah.

Namun, bagi jemaah Malaysia, proses penghantaran air zamzam botol 10 liter lebih mudah iaitu dengan mengepos ke tanah air menerusi perkhidmatan disediakan antaranya oleh Pos Malaysia Berhad dan Koperasi Tabung Haji.

Air zamzam sememangnya digalakkan untuk dibawa pulang oleh jemaah, malah Nabi Muhammad SAW merupakan manusia pertama yang membawa keluar air berkenaan ke Madinah. Mengenai air zamzam baginda menjelaskan: “Sesungguhnya air zamzam ini air yang sangat diberkati, ia adalah makanan yang mengandungi gizi.”

Nabi Muhammad SAW menambah: “Air zamzam bermanfaat untuk apa sahaja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh daripada penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman daripada Allah untuk Ismail.” (riwayat Darulqutni, Ahmad, Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas)

Pembinaan KPZW sesungguhnya memberi lonjakan dan perubahan besar terhadap perkhidmatan penyediaan air zamzam kepada jemaah haji dan umrah serta umat Islam seluruhnya. Pelaksanaannya mengurangkan kesesakan di kawasan Masjidilharam dan dilakukan menerusi sistem yang menjamin kesihatan umum dengan memenuhi keperluan untuk membersihkan, membotolkan serta mengedarkannya secara selamat dan teratur. (Utusan Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang yang berpemikiran sekular dan tidak percaya kepada hari Akhirat tidak akan merasai nikmat 'barakah' atau berkat yang ada pada air zamzam. Mereka yang tidak berfikir secara Islam, tak kira mereka dari PH ke, mengaku Islam ke atau lain-lain.
Hasil carian imej untuk barakah air zamzam
Kilang zamzam di Mekah.

Apa Istimewa Air Zamzam?
Air Zam-Zam bukanlah air yang asing bagi kaum Muslimin. Air ini mempunyai keutamaan yang sangat banyak. Rasulullah telah menjelaskan kegunaan air tersebut. Beliau bersabda,

”Sebaik-baik air yang ada di muka bumi adalah Zam-Zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit.” (Hadits hasan. Lihat Shahih Targhib wa Tarhib, Syaikh al Albani, 2/18.)
Antaranya lagi..
عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-: مَاءُ زَمْزَمَ لمِاَ شُرِبَ لَهُ (أخرجه أحمد وابن ماجه)
Dari Jabir dan Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air Zam-Zam, tergantung niat orang yang meminumnya.”
Ibnu Taimiyyah berkata,”Seseorang disunnahkan untuk meminum air Zam-Zam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya. Tidak disunnahkan mandi dengannya (menggunakan air Zam-Zam).”
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قاَلَ قَالَ رَسُوْلُ الله ِصَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاءُ زَمْزَمَ لمِاَ شُرِبَ لَهُ إِنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي شَفاَكَ الله ُوَإِنْ شَرِبْتَهُ لِشَبْعِكَ أَشْبَعَكَ الله ُوَإِنْ شَرِبْتَهُ لِقَطْعِ ظَمْئِكَ قَطَعَهُ اللهُ وَهِيَ هَزْمَةُ جِبْرَائِيلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَسُقْيَا اللهِ إسْمَاعِيْلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ رواه الدارقطني والحاكم وقال صحيح الإسناد
“Dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anh, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Air Zam-Zam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk obat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zam-Zam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail.”
وَعَنْ أَبِيْ الطُّفَيْلِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُوْلُ كُنَّا نُسَمِّيْهَا شَبَّاعَةً يَعْنِيْ زَمْزَمَ وَكُنَّا نَجِدُهَا نِعْمَ الْعَوْنُ عَلَى الْعِيَالِ (رواه الطبراني في الكبير)
“Dari Abi Thufail, dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah bersabda,”Kami menyebut air Zam-Zam dengan syuba’ah (yang mengenyangkan). Dan kami juga mendapatkan, air Zam-Zam adalah sebaik-baik pertolongan (kebutuhan atas kemiskinanan)”. [HR Tabrani] [10]
إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَا بِسِجِلٍّ مِنْ مَاءِ زَمْزَمَ فَشَرِبَ مِنْهُ وَتَوَضَّأَ) رواه أحمد)
“Dari Usamah, bahwasanya Rasulullah meminta untuk didatangkan segantang air Zam-Zam, kemudian beliau meminumnya dan berwudhu dengannya” [HR Ahmad] [11]
كَانَ يَحْمِلُ مَاءَ زَمْزَمَ ( فِيْ الأَدَاوِيْ وَالْقِرَبِ وَكَانَ يَصُبُّ عَلىَ الْمَرْضَى وَيَسْقِيهِمْ ) ] . ( حديث صحيح)
“Disebutkan dalam Silsilah Shahihah, adalah Rasululllah membawa air Zam-Zam di dalam kantong-kantong air (yang terbuat dari kulit). Beliau menuangkan dan membasuhkannya kepada orang yang sedang sakit”.
إِنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ حِيْنَ رَكَضَ زَمْزَمَ بِعَقِبِهِ جَعَلَتْ أُمُّ إِسْمَاعِيلَ تَجْمَعُ الْبَطْحَاءَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَحِمَ اللهُ هَاجِراً وَأُمَّ إِسْمَاعِيْلَ لَوْ تَرَكَتْهَا كاَنَتْ عَيْنًا مَعِيْنًا.
( صحيح )
Tatkala Jibril memukul Zam-Zam dengan tumit kakinya, Ummi Ismail segera mengumpulkan luapan air. Nabi berkata,”Semoga Allah merahmati Hajar dan Ummu Ismail. Andai ia membiarkannya, maka akan menjadi mata air yang menggenangi (seluruh permukaan tanah).”وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قاَلَ قَالَ رَسُوْلُ الله – صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: “خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيْهِ طَعَامُ الطَّعْمِ، وَشِفَاءُ السَّقْمِ”،
“Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit.”
Abu Dzar al Ghifari berkata,”Selama 30 hari, aku tidak mempunyai makanan kecuali air Zam-Zam. Aku menjadi gemuk dan lemak perutku menjadi sirna. Aku tidak mendapatkan dalam hatiku kelemahan lapar.”
: كُنْتُ أُجَالِسُ ابْنَ عَبَّاسٍ بِمَكَّةَ فَأَخَذَتْنِيْ الحْمُىَ فَقَالَ أَبْرِدْهَا عَنْكَ بِمَاءِ زَمْزَمَ فإَِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ( الْحُمَى مِنْ فيَحْ ِجَهَنَّمَ فَأَبْرِدُوهَا بِالْمَاءِ أَوْ قاَلَ بِمَاءِ زَمْزَمَ ) .
“Dari Hammam, dari Abi Jamrah ad-Duba`i, ia berkata : “Aku duduk bersama Ibnu ‘Abbas di Mekkah, tatkala demam menyerangku. Ibnu ‘Abbas mengatakan, dinginkanlah dengan air Zam-Zam, karena Rasulullah mengatakan, sesungguhnya demam adalah dari panas Neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air atau air Zam-Zam” 
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : أَنَّهَا كَانَتْ تَحْمِلُ مِنْ مَاءِ زَمْزَمَ وَتُخْبِرُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ كاَنَ يَحْمِلُهُ
Dari ‘Aisyah, ia membawa air Zam-Zam. Ia mengkabarkan, sesungguhnya dahulu Rasulullah membawanya (sebagai bekal-Pen.).[16]
Ibnul Qayyim berkata,”Aku dan selain diriku telah megalami perkara yang ajaib tatkala berobat dengan air Zam-Zam. Dengan izin Allah, aku telah sembuh dari beberapa penyakit yang menimpaku. Aku juga menyaksikan seseorang yang telah menjadikan air Zam-Zam sebagai makanan selama beberapa hari, sekitar setengah bulan atau lebih. Ia tidak mendapatkan rasa lapar, ia melaksanakan thawaf sebagaimana manusia yang lain. Ia telah memberitahukan kepadaku bahwa, ia terkadang seperti itu selama empat puluh hari. Ia juga mempunyai kekuatan untuk berjima’, berpuasa dan melaksanakan thawaf “.
Beliau rahimahullah berkata,”Ketika berada di Mekkah, aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan obat (yang dapat menyembuhkannya). Akupun mengobatinya dengan meminum air Zam-Zam dan membacakan atasnya berulangkali (dengan al Fatihah), kemudian aku meminumnya. Aku mendapatkan kesembuhan yang sempurna. Akupun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar-benar banyak mengambil manfaat darinya.”
Demikian penjelasan singkat tentang air Zam-Zam. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberitahukan kepada kita dan membenarkan khasiat dan keutamaan air yang tak pernah kering tersebut, meskipun setiap hari diambil oleh banyak manusia. Dengan mengetahui secara sepintas air Zam-Zam ini, maka hendaknya dapat meningkatkan dan memperkuat sandaran dan ketergantungan kita kepada Allah. Dia-lah yang Maha Penguasa mengatur segala yang Ia kehendaki.

Sumber Bacaan :

  • Shahihul-Bukhari, 3/1190, Cet Daar Ibnu Katsir, al Yamamah, Beirut.
  • Fat-hul Bari, 6/402, Cetakan tahun 1379, Darul Ma`rifah, Beirut.
  • Shahih Muslim, 4/1919, Cetakan Dar Ihya Turats Arabi, Beirut.
  • Syarh Nawawi ‘ala Muslim, 8/194, Cetakan Dar Ihya` Turats al Arabi, Beirut.
  • Sunan Tirmidzi, 3/295, Cetakan Dar Ihya` Turats al Arabi, Beirut.
  • Bidayah wan-Nihayah, Ibnul Katsir, 2/244-245, Cetakan Maktabah al Ma`arif, Beirut.
  • Musnad Ahmad, Cetakan Muassasah al Qurtubah, Mesir, halaman 1/291.
  • Zaadul Maad, Cetakan Muassasah ar Risalah, Beirut, 4/162.
  • Shahih Sirah Nabawiyah, al Albani, Cetakan al Maktabah Islamiyah, Beirut.
  • Shahih Targhib wa Tarhib, al Albani, Cetakan al Maktabah Islamiyah, Urdun, Beirut
  •  Irwa-ul Ghalil, al Albani, Cetakan al Maktabah Islamiyah, Beirut.
  • Mukhtashar Irwa`, al Albani, Cetakan al Maktabah Islamiyah, Beirut.
  • Manasik Haji wal Umrah, al Albani, Cetakan al Maktabah Islamiyah, Beirut.
  • Al Mutli` ‘ala Abwabul-Fiqh, al Bali, Cetakan Maktab al Islami, Beirut, halaman 1/200.
  • Kementerian Urusan Keislaman, Wakaf, Dakwah dan Penyuluhan Saudi Arabia, internet. www.al-islam.com
  • Kamus al Munawir, Edisi II, Cetakan Pustaka Progessif.