Wednesday, September 12, 2018

Anjakan Sistem Politik, Ibrah Dari Hijrah.-Alang Ibn Shukrimun

Hasil carian imej untuk ibrah dari hijrah


MAAL Hijrah disambut pada setiap 1 Muharram, bukan kerana tarikh ini bermula peristiwa hijrah Rasulullah atau sempurna misi hijrah Baginda ke Madinah, tetapi kerana Saidina Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah sebagai permulaan pengiraan kalendar Islam yang berasaskan peredaran bulan mengelilingi bumi. Adapun nama Muharram dan 11 bulan lain telah wujud dalam masyarakat Arab sebelum kelahiran Nabi S.A.W lagi.
Saidina Umar ketika menjadi khalifah kedua umat Islam memilih cadangan Saidina Ali supaya dijadikan tahun peristiwa hijrah sebagai permulaan pengiraan kalendar Islam, walaupun terdapat cadangan supaya dipilih tahun gajah, tahun Nabi dilahirkan. Ada juga cadangan supaya dikira bermula tahun Nabi menerima wahyu, dan bermacam lagi cadangan. Menandakan peristiwa hijrah merupakan titik penting pada pandangan Sahabat yang terkenal kritis dan berpandangan jauh itu.
Peristiwa hijrah berlaku kerana Baginda ingin menegakkan sebuah sistem kehidupan yang bebas mempraktikkan seluruh cara hidup Islam. Peristiwa hijrah adalah sebab tertegaknya sebuah sistem politik Islam dengan berdirinya Kerajaan Islam Madinah. Piagam Madinah menjadi Perlembagaan Negara, menyempurnakan rukun penubuhan negara iaitu rakyat, pemimpin, tanah, undang-undang dan kedaulatan.
Hijrah sering diulas dari segi maksud bahasa iaitu perpindahan dari yang buruk kepada baik. Digunakan berbagai istilah seperti reformasi, transformasi, revolusi, pembaharuan, perubahan dan sebagainya. Tetapi secara peribadi saya lebih sukakan terma anjakan paradigma (paradigm shift). Ini kerana anjakan bermaksud melangkah ke hadapan, daripada satu peringkat kepada peringkat yang lebih baik tanpa meninggalkan persepsi negatif kepada peringkat terdahulu.
Penghijrahan Baginda dari Makkah ke Madinah adalah satu anjakan paradigma, bukan kerana Islam berada di peringkat yang buruk di Makkah, tetapi kerana umat Islam telah bersedia untuk memikul tanggungjawab memimpin kerajaan setelah melalui proses pembentukan jati diri (tarbiyyah) selama 13 tahun. Segala kesukaran dan seksaan yang dihadapi oleh Nabi dan para Sahabat bukan kerana Islam itu lemah atau perancangan yang silap, tetapi kerana tuhan sedang mengatur sebuah kumpulan manusia terbaik dari segi fizikal, mental dan spiritual; akidahnya, syariatnya dan akhlaknya.
Pengajaran utama daripada sambutan Maal Hijrah saban tahun tentu sekali adalah berkait dengan sebab peristiwa hijrah itu berlaku; anjakan paradigma ke arah penegakan sebuah sistem politik. Daripada penegakan Madinah inilah, dakwah Islam memasuki fasa baru sehingga walau 10 tahun cuma Madinah tertegak, orang yang memeluk Islam sudah berganda kepada ratusan ribu, berbanding era Makkiyyah yang cuma berjaya menarik kira-kira 100 orang Islam dalam tempoh 13 tahun.
Apakah yang lebih berharga dari memimpin satu jiwa ke arah tuhannya? Sabda Rasulullah S.A.W:
لأنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا ، خَيْرٌ لَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
"Memimpin seseorang menerima hidayah Allah adalah lebih berharga dari nilai dunia dan seluruh isinya."
[HR Ibn Mubarak]
Rahsia kejayaan dakwah Nabi S.A.W adalah kerana sistem politik Islam. Apabila sistem politik berubah, Islam dapat dipraktikkan bukan sekadar amalan fardi, tetapi juga sudut ekonomi, pentadbiran, pendidikan, pertanian, alam sekitar, budaya dan sebagainya. Islam berjaya dilihat secara holistik tanpa cacat cela. Inilah dakwah bil hal (dakwah dengan tindakan) yang berjaya menarik seluruh masyarakat Arab hingga perbatasan Rom dan Parsi kepada Islam.
Abu Ala al-Maududi menyatakan di dalam bukunya Khilafah wal Mulk, tugas utama Rasulullah S.A.W di atas muka bumi adalah dakwah, dan tugas kedua adalah khilafah. Maka tugas khilafah (pemerintahan) adalah wasilah kepada misi dakwah.
Sempena Maal Hijrah 1440 tahun ini, marilah kita hayati intipati sebenar peristiwa hijrah. Rakyat Malaysia bertuah kerana berjaya melihat perubahan kerajaan pasca PRU14 bukan sahaja di peringkat Persekutuan, tetapi di hampir seluruh negeri. Perubahan ini sepatutnya membawa politik dan budaya rakyat ke arah mempraktikkan Islam secara holistik. Inilah masanya kerajaan baharu negara dan negeri melakukan anjakan daripada sistem yang sedia ada kepada sistem yang lebih Islamik.
Tidak ada apa erti perubahan sebuah kerajaan tetapi yang berubah hanya wataknya, tapi sistemnya masih yang sama. Korupsi akan terus berulang, ekonomi tidak akan pulih, politiking terus berulang, jenayah semakin membarah, penipuan dan pengkhiatan janji tidak ada bezanya, dan mentaliti rakyat masih di takuk lama.
Mesej akhir kepada kerajaan sebagai salah seorang sekretariat penggubal Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS2051), lihat dan dalamilah dokumen yang kami sediakan ini. Ia adalah satu model pemerintahan negara berasaskan kerangka Islam. Mencakupi 10 teras utama sektor pentadbiran Malaysia dan dibahagikan kepada tiga fasa, sehingga mencapai status negara sejahtera tahun 2051.
Mungkin tuhan belum izinkan PAS untuk mengaplikasikan wawasan ini, tetapi tidak bermakna wawasan yang baik demi rakyat dan negara ini perlu diabaikan begitu sahaja. Tidak kisah siapa yang melaksanakan, asalkan ia terlaksana. Sehingga sekarang, Kerajaan Pusat masih tidak menunjukkan tanda-tanda mereka punya idea untuk merubah sistem yang diwarisi sejak zaman penjajah ini. Malah dilihat undur ke belakang apabila kembali kepada SST yang sudah dimansuhkan.
Semoga umat Islam tidak lupa tanggungjawab mereka mengembalikan sistem politik kepada Islam, tugas semua manusia terutama para Rasul sejak Nabi Adam A.S. Dan semoga usaha yang kita lakukan menjadi mata rantai ke arah tertegaknya Khilafah Islam akhir zaman yang dijanjikan oleh Nabi S.A.W.
Salam Maal Hijrah 1440
"Hijrah Sistem Politik"
1 Muharram 1440
11 September 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) 
HARAKAHDAILY 11/8/2018

17 comments:

Anonymous said...

Guan Eng: Lima jenama kereta turun harga lepas SST

Bernama
11 Sep 2018, 6:37 petang (Dikemaskini 11 Sep 2018, 6:38 petang)

A A
Beberapa jenama kereta termasuk dari keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga sehingga RM3,000 selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen.

"Saya telah memperoleh maklumat bahawa ada beberapa jenis kereta yang harganya jika dibandingkan dengan (ketika dilaksanakan) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih rendah.

“Ini kerana kita tidak kutip begitu banyak berbanding GST, harga barangan boleh lebih kurang dan ia juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat," katanya pada sidang akhbar di George Town hari ini.

Lim berkata bagi harga sebuah kereta Proton Axia harga yang dikenakan selepas pelaksanaan SST adalah RM40,390 berbanding RM41,497 iaitu penurunan sebanyak RM1,107 semasa dikenakan cukai GST.

Puaka Rimba said...

Lobai bila pula nak berhijrah?.

Anonymous said...

Lobai tak hijrah kpd hal dunia jer. Dengan dap memang labun bab dunia. Depa mana paham hidup lepas mati. Tu sebab kulup tak sunat. Bangga pan dengan misi dap and guan eng the preacher.

Anonymous said...

Lobai dah berhijtah sokong babi mca seblm maal hijrah lagi..

Anonymous said...

Menanti kompang dipalu merai 'pengantin baru'

Tamrin Ghafar
11 Sep 2018, 9:23 pagi (Dikemaskini 11 Sep 2018, 9:37 pagi)

A A
ULASAN | Pada 7 Apr 1981 di Kampong Bonggol Paradong Kuala Terengganu Abdul Hadi Awang yang kini presiden PAS berhabis-habisan menyerang Umno.

Belum pernah lagi Umno - sejak tertubuhnya PAS - diserang sebegitu rupa.

Ucapan Abdul Hadi itu - yang lebih dikenali sebagai Amanat Haji Hadi - telah dijadikan pegangan perjuangan anggota PAS.

Pada 1986 Abdul Hadi sekali lagi menyerang Umno kerana berkawan dengan MCA, dengan mengumpamakan MCA sebagai seketul daging babi yang berada dalam kawah daging lembu.

Semasa zaman Semangat 46 yang diasaskan Tengku Razaleigh Hamzah, Abdul Hadi berpeluk-pelukan dengan DAP bagi menumbangkan Umno/BN.

Ucapan Abdul Hadi pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan di hadapan lautan manusia, beliau dengan lantang membela DAP.

Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei lalu, pendirian Abdul Hadi mula berubah

Anonymous said...

Dulu lobai pas peluk dap...sekarang haram katanye...
Rupanye lobai nak peluk kulup mca ....

Lobai ni kuat konar baring...

Anonymous said...

PakIbnu...benarkah bulan Muharram ni tahun Rasulullah saw berhijrah ke Madinah?

Anonymous said...

Nabi pemimpin agung
selalu berlapar demi umatnya
pemimpin lani tak pernah tak makan
rakyat pulak ada ynag susah nak dapat makan
cakap perintah negara nak ikut macam Nabi
tapi perangai sekor sekor terok dari babi
cilako punya pemimpin jenih ni
tak kira dari pati mana pung

Anonymous said...

alang?

Anonymous said...

alang alang.......

Anonymous said...

alang alang menyekul pekasam.........

Anonymous said...

10 tahun di Mekah = 100 orang +-

13 tahun di Madinah = ratusan ribu +-

Itu pon Nabi SAW masih ada , masih hidup

PH baru 100 hari +- alang oiiiii........, dah 1440 tahun ditinggal Nabi, dan lepas lebih +- 60 tahun Islam dijahanamkan oleh PAS....... ingat senang nak baiki sekelip mata?

Sabar alang ye.........sabar............kan separuh dari iman!

Anonymous said...

penjajah bagi kuasa kat pemimpin jenis suka minum arak main judi kuda
tak cukup tu bagi pulak bukit jadi tempat judi
bagi pulak buat kilang arakkk
abeh rosakkk
amno paktan dalam bab hudud sama saja
tak boleh diharap

Anonymous said...


Menurut Husam, wang pendahuluan yang diberi oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan telah di guna untuk membeli kereta mewah..

Siapa kah yang tidak berhijrah?

Anonymous said...

Kalau ikut firasat politik Tamrin ini sekarang yalah klimaks hijrah politik Hadi dan PAS.

Dah sampai ke tahap paling rendah membela dan menyelamatkan Penyamun khazanah negara dari dihukum dan selamatkan Bag2 Berkin dan barang2 kemas bini Penyamun yg dirampas.

Muktamar PAS minggu depan akan menentukan PAS masuk gagasan geng Penyamun BN atau geng2 Penyamun akan masuk Gagasan PIGS bawah PAS.

Anonymous said...

UMNO kawin sejenis dengan PAS jadi NOPAS

Anonymous said...

Cakap tentang Islam, akhlak buruk macam syaitan !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails