Youssef Paksa Isteri Tonton Video Lucah, Seks Bertiga?
FATWA kontroversi bukan isu baru bagi Mufti Qatar kelahiran Mesir, Sheikh Youssef Qaradawi, yang juga tokoh terkenal Jamaah Al-Ikhwanul Muslimin atau bererti Gerakan Persaudaraan Islam.
Malahan organisasi dakwah yang diasaskan oleh ulama tersohor, Hassan al-Banna pada 1928 itu kini dianggap pula sebagai pertubuhan pengganas di kebanyakan negara Arab termasuk di tempat kelahirannya sendiri iaitu di Mesir.
Namun, pendedahan media berbahasa Arab terutama di Arab Saudi turut bongkar kisah lain bukan sekadar fatwa sensasi, bahkan lebih dahsyat daripada hujah ‘panas’ Youssef mengenai isu serangan bunuh diri dan anti-Yahudi.
Terbaharu akhbar paling berpengaruh di Arab Saudi, Al-Riyadh, menyiarkan siri rencana yang dedah zaman muda Youssef dengan keinginan dirinya bukan setakat berkaitan hal ehwal politik tetapi lebih kepada dunia pornografi.
“Mufti ini pernah paksa isterinya tonton video lucah pada malam mereka bernikah,” digunakan sebagai tajuk utama laporan khas surat khabar itu semalam yang dipetik oleh akhbar popular berbahasa Inggeris tempatan, Arab News.
Fakta eksklusif tersebut diperoleh daripada pengakuan bekas isteri Youssef warga Algeria, Asma Qaddah yang dikahwini cendekiawan itu selepas isteri pertamanya, Esaad Abduljawad, jatuh sakit akibat diserang Alzheimer.
Baca: Arab Saudi ‘Haram’ Semua Tulisan Youssef Al-Qaradawi
Pendedahan berkenaan menunjukkan sisi romantik Youssef kerana selain rangsang nafsu isterinya dengan video jimak, beliau tidak akan bersetubuh kecuali Asma, bekas pelajar zaman mudanya itu; ditutup mata terlebih dahulu.
Bukan itu sahaja, akhbar tersebut melaporkan Youssef gemar melakukan perhubungan seks secara bertiga iaitu dengan pembantu rumah mereka sendiri malah ulama berkenaan berhujah bahawa “ia tidak dilarang ajaran Islam.”
Setakat ini tidak jelas bagaimana aksi asmara berjemaah itu dilakukan tetapi pendedahan janda Youssef tersebut tidak disahkan mana-mana pihak berkecuali manakala akhbar berkenaan gagal dapat komen balas mufti berkenaan.
Bagaimanapun, berdasarkan kepada pelbagai ceramah agama atau tazkirah secara santai disampaikan Youssef sejak sekian lama, ada yang jelas menggambarkan keterujaan tokoh tersebut dengan hukum berkaitan hal ehwal seks.
Ini termasuk beliau pernah mengeluarkan fatwa kontroversi yang menyatakan adalah harus bagi lelaki melakukan pelancapan tetapi amalan masturbasi atau onani itu dilarang kepada wanita. – Agensi/Mynewshub.TV
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah berita ini? Kita juga bimbang dalam suasana politik Islam diserang dari pelbagai sudut, berita ini menjadi peluru yang ampuh untuk menyerang gerakan Islam.
Kita juga bersetuju dengan pandangan-pandangan yang membina daripada pembaca, bukan yang terperangkap dengan strategi melumpuhkan Islam dari musuh-musuh Islam. Pandangan dialu-alukan, Isya Allah!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah berita ini? Kita juga bimbang dalam suasana politik Islam diserang dari pelbagai sudut, berita ini menjadi peluru yang ampuh untuk menyerang gerakan Islam.
Kita juga bersetuju dengan pandangan-pandangan yang membina daripada pembaca, bukan yang terperangkap dengan strategi melumpuhkan Islam dari musuh-musuh Islam. Pandangan dialu-alukan, Isya Allah!
18 comments:
Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang hak dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui?
Biasalah tuan ibnu yg nama manusia mmg xkan pernahh puas..mufti juga manusia ada nafsu seks..org pas mmg pakar dlm hal nii..seks berlima sudah jadii kebiasaan walaun pas..woww seks punya pasal naik terus raking blog tuan ibnu..kikiki..harap tuan ibnu tak membaruakan org lagii..😊😊
ted manoff,
jangan mengata ke dulang paku serpih..
mengata ke orang sendiri yang lebih!
Lebih 100 komen pasal kondom tadii..hebat tuan ibnu nii..kalau tk slh posting psl pergaduhan etnik di kalimantan dulu yg disiar diblog nii dpt lbih 300 komen..ngeri plk tgk org dayak kalimantan kena potong kepala..kikiki..😱😰😱😰😱😰😱😵
T. kasih ted. You ikut juga perkembangan blog ini dari awal..
Al-hamdulillah!
Hebat Pak Asim.
Orang yang menentang kamu (ted manoff), mencarut siang malam, tiada fikrah Islam, anti Islam pon lu layan dengan baik.
Hebat!
ha ha ha.
Aku pun setuju Ibnu Hasyim.
Tuan ibnu nii kira otai blogspot juga..seangkatan dgn kadir jasin..selok belok dunia maya dh jadii rencah dlm hidup tuan ibnu..jadii pengomen disini jgn main2 dgn tuan ibnu nii..silap2 kena tembak..peng penggg..kikikiki..😂😛😛
Hai nampak rapat Cik Siti dengan IbnuHasyim?
Ha ha ha.
Ko merapu apa nii..
Posting ini mesti dilihat dari brp perspektif supaya adil kpd yg di cerita kan:
1. Al-Riyadh yalah spt Utusex diMalaysia dari pengaroh politik berkait rapat dgn MBS dan bukankah Arab Saudi terikut Zionis Israel/ US anggap Ikhwan Muslim (IM) sbg terrorist. Arab Saudi MBS juga memusuhi Qatar yg tidak menuruti Arab Saudi. Qatar yalah dimana Youseff bertapak jadi tidak hairan tanpa kesahihan yg berkecuali, ini adalah propaganda berterusan bermula dari Arab Saudi kpd yg dianggap musuh cubaan mempengaruhi persepsi Muslim2 diseluroh dunia yg bersimpati dgn IM.
2. Apakah status hubongan antara Hadi dan Youseff dalam organisasi Persatuan Ulamak Dunia? Youseff tidak brp menyenangi lawatan Hadi sbg No 2 secara unilateral keIran dulu. Youseff rapat dgn Anwar, mengkagumi ketokohan Mahathir dan terima PH. Adakah ini cubaan nakal Ibnu wakili Hadi panjangkan propaganda berupa fitnah ini walaupun tiada tanda tanya kali ini, tapi selalu ada diakhir posting2 kaitkan PH?
3. Kaedah seks Arab terkenal hebat samaada Ulamak ke atau bukan Ulamak, asalkan halal. Sama juga kajian diMalaysia yang mengatakan kaum wanita Melayu jatuh No. 2 selepas kaum wanita India dari segi suka bersetubuh. Kita hanya boleh berbaiksangka yang dimaksudkan kajian itu tapi tidak diperinci yalah wanita2 yang bersuami.
Sama dalam kes Youseff tanpa fakta lain, kita berbaik sangka threesome dengan isteri2 yang halal.
WA.
PAS sama dengan UMNo, kedarah duit rakyat. Bezanya UMNO pakai tali leher, PAS pakai jubah serban.
Setahu aku..pakaturn badut harpon ni yg banyak skandal seks.macam mat zaza sabun,juga anwar canteq pungkoq u,sama juga rafizi jalan belakang, begitu juga nurul izzah kondominiun, juga joseph lim guan eng rainbow swimming pool dan ramai lagi.apa ni?!pemimpin maksum pakaturn badut harporn tak buat benda macam ni!! kami jerangkung pakaturn badut harporn berdiri teguh di belakang pwmimpin maksum kami!!takbur..!!
Kami jerangkung pakaturn badut harporn memang sokong benda yg melibatkan seks ni.apa boleh buat?! Tengok sjalah bakal pm ke 8 kami ni. Jaguh keluar masuk penjara kes tusuk kayu lorong belakang.jangan mengata ha!!ini pemimpin pakaturn badut harporn yg maksum.
Ye lah...pas yg sapu duit rm 354 juta terowong dasar longkang kt pulau pinang tu. Pas jugak yg nak beli splash 2.9 billion padahal harga yg sebenar cuma rm250 juta ja. Pas jugak yg lantik syarikat petron mirzan anak firaun tua bekal minyak ke kenderaan KERAjaan pakaturn badut harporn.mesti lah pas yg bagi projek langkawi new city rm2 billion ke thing pek khing kroni mahathir.juga pas yg acah2 nak tangkap jho low anak larry low kroni mahathir.dh agak dh mesti pas yg tunjuk eksyen nak ekstradisi sirul ke malaysia tapi australia kata tak dak permohonan pun.mesti lah pas yg suruh vincent tan beli saham syarikat t7 yg terlibat projek ecrl di terengganu.akhir sekali ini kesalahan terbesar pas iaitu sifarkan gst 6% utk di ganti dgn cukai murah sst 10% + 6%.takburr!!!
Kuat merapu ted.
dunia pornografi sheikh tontowi... belah2 asia
dunia pornografi naib presiden persatuan ulamak dunia bila lagi. dgrnya bini pun 2.
Post a Comment