Monday, September 10, 2018

Bila Ulama Mendoktrin Politik Islam..

Undi Kerana Marah Yang Runtuhkan Tiang Ugama Dan Bangsa 
Malaysia Sedang Bergerak Menyelusuri 'Road Map' Yang Sekian Lama Di Rancang DAP
Ketika Presiden PAS, DS TG Hj. Hadi memberikan ingatan tentang bahayanya jika Ahli Parlimen yang bukan Islam lebih ramai daripada Ahli Parlimen Islam, ramai yang pandang sebelah mata peringatan itu...
Kita tak peduli, bahkan memperlekeh, mempersenda dan merendah2kan pandangan beliau...
Adakah Kita Masih Seronok Bersorak Dan Terus Biarkan Ugama, Tanah Air Dan Bangsa Kita Tergadai!!!
وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. 
Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". 
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu...
Al - Baqarah : 120
Sekarang ambil sedikit masa, renung dan pandanglah dan lihatlah apa yang sedang berlaku di sekeliling kita... Renunglah dengan fikiran yang rasional tanpa di pengaruhi apa2 sentimen kepartian dan dendam yang tak membawa apa2 faedah...
Lihatlah dengan mata hati yang berpaksikan keikhlasan...
Saksikanlah satu persatu kehancuran yang telah, sedang dan akan di lakukan terhadap ugama, negara dan bangsa kita...
Apakah ini yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti?
Hj. Hadi Memang Bukan Seorang Rasul Tetapi Membawa Amaran Allah s.w.t. Yang Di Sampaikan Melalui RasulNya
Sebagai seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Islam, Hj. Hadi memberikan pandangan dan peringatan bersumberkan peringatan Allah s.w.t. dalam Al - Quran...

Tapi apa yang di katakan oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa Melayu?

"Apa Hj. Hadi tahu pasal politik"!!!
"Dia hanya layak mengajar di masjid dan surau2 jer"...
Benar, Hj. Hadi bukan Nabi mahupun Rasul...
Tapi beliau membacakan peringatan Allah S.W.T. dari Al-Quran yang di bacakan oleh Rasul kepada kaum baginda s.a.w...

Hancurnya kaum yang terdahulu kerana membelakangkan peringatan para Rasul yang di datangkan dari Allah S.W.T...
Rasul di remehkan oleh mereka dan di perolok2kan...
Apakah kita tidak sedar bahawa kita sedang melalui ulangan fasa2 tersebut...

Sejarah Umat Dahulu WAJIB Di Jadikan Pengajaran
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَأَصْحَابُ الرَّسِّ وَثَمُودُ (١٢) 
وَعَادٌ وَفِرْعَوْنُ وَإِخْوَانُ لُوطٍ (١٣) 
وَأَصْحَابُ الأيْكَةِ وَقَوْمُ تُبَّعٍ كُلٌّ كَذَّبَ الرُّسُلَ فَحَقَّ وَعِيدِ (١٤) 
أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الأوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ (١٥)
Sebelumnya mereka telah mendustakan kaum Nuh dan penduduk Rass dan Tsamud...
Dan kaum Ad, kaum Firaun dan kaum Lut...
Dan penduduk Aikah serta kaum Tubba' kesemuanya telah mendustakan Rasul mereka maka semestinyalah mereka mendapat hukuman yang telah mereka di ancamkan...
Maka apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama? 
Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu2 tentang penciptaan yang baru...
Al - Qaf : 12 ~ 15
Bukankah para cendikiawan ada mengingatkan kita, 'kehidupan umat manusia sekarang hanyalah ulangan pada sejarah manusia yang dahulu tetapi di atas pentas yang berbeza maka janganlah di ulangi kesilapan unat manusia yang dahulu kalau tidak PASTI PENGHUJUNG SEJARAH UMAT SEKARANG IALAH KEHANCURAN SEBAGAIMANA YANG TELAH BERLAKU PADA UMAT TERDAHULU!!!'
Waspadalah Wahai Kaum Ku
Jangan kerana keghairahan kamu berpolitik dan berpesta kemenangan, menyebabkan kamu lupa peringatan Allah S.W.T... Kalimah2 kufur di nobat dan di muliakan... Sedangkan kalimah2 Allah S.W.T. di belakangkan... Aliran pemikiran manusia di agung2kan dan di anggap paling sesuai... Sedangkan kalimat Aqidah di anggap kolot dan terbelakang...

Hasilnya orang2 yg jahil Agama di muliakan dan orang2 soleh yg berpegang teguh kepada Agama di permainkan... Usah terkejut dengan fenomena itu... Kerana semuanya telah di lakarkan Allah s.w.t. dan RasulNya dalam Al-Quran dan Al-Hadith... Kami hanya ingin berkongsi peringatan ini dengan kamu wahai bangsa Melayu yang SEBANGSA DAN BERSAUDARA DENGANGKU ATAS IKATAN KEIMANAN PADA ALLAH S.W.T. DAN RASULNYA...

Benar, kubur kita memang asing2... Namun Al - Mahsyar dan As - Sirat kita nanti adalah sama..
Suntingan Petikan Asal :
Ibnu Sabil

9 comments:

ted manoff said...

Hadi nii sapa..org gila mana ntah..wajib dipijakk secara berjemaah..mmg layak jadi pelawak agama jerr..

“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.

[Kenyataan PAS ogos 1980].

😀😁😂😃😄😅😆😘😍😎😋😊😉😙😚☺🙂🤗🤔😐😮🙄

Anonymous said...

Begitulah geng anti Islam sudah menyasau sasau. Geng anti Islam fikir dunia saja, menang PRU saja, sekular saja. Sedangkan perjuangan Islam dunia akhirat.
Sejak tahun 1951 PAS turut memperkenalkan Islam, berdakwah, Islam itu way of life.

Dari jahil agama sampai kepada Islan seluruh cara hidup. Ada poltik Islam, ekonomi Islam dan sosial Islam. Sebab itu dikatakan perjuangan Islam itu luas, bukan takat menang PRK Seri Setia saja. Perjuangan Islam juga Untuk Palestin, hapuskan penjajah Israel, dan sekutunya.

Meletakkan perjuangan serentak dunia akhirat sesuai dengan kehendak Islam tidak tempang sebelah, itu suatu kemenangan. Bukan macam PH menentang perjuangan Islam. Brkhalifahkan Lim Guan Eng dan Kit Siang di M'sia. Sanggup jadi babi tunggang si lebai kulup.

Ha ha ha.

Anonymous said...

pendekatan Hadi yang tak bijak. Hadi menyalahkan orang lain setelah gagal malah adakalanya langsung tidak mahu mendekati orang yang bukan Islam.

Apa yang pemimpin PAS cakap pada pertemuan dengan Paderi di hotel baru-baru ini? Ayat yang mana kah yang di pakai oleh PAS ketika itu?

Dalam memberi amaran pada orang Islam, PAS berhemah dengan paderi yang bukan Islam? Kenapa? Sebab mereka lebih senang berjumpa paderi dari berjumpa pemimpin AMANAH.

PAS sendiri yang mendakwa DAP menyebarkan agama Kristian kerana pemimpin DAP ramai yang menganut agama Kristian.

Ramai lagi orang alim yang boleh membawa amaran Allah tapi cuma Hadi sahaja yang mengundi pendekatan dakwah yang bukan sahaja keras tapi tidak mengikut kebijaksanaan seperti bijaknya Rasulullah sallahhualaihiwassal.

Apakah tidak memilih mengikut Hadi tetapi memilih cara pendakwah dan pendekatan ulama lain adalah menjadi fv. psatu kesalahan?

Anonymous said...

LGBT telah di biarkan wujud selama ini.

Kerajaan PH mengamalkan kebebasan bersuara.

Perpaduan bukan nya antara kaum sahaja tetapi perpaduan perlu diterap kan dalam perbezaan fahaman politik dan dalam kepelbagaian pilihan untuk hidup.

Satu jalan untuk menyelesaikan isu LGBT ialah dengan menyekat kebebasan bersuara.

Menyekat kebebasan bersuara bukan sahaja di kenakan pada golongan LGBT tetapi kepada sesiapa sahaja yang membawa berita palsu malah termasuk pembangkang yang asyik membangkang dengan melaga-laga orang dengan isu agama dan kaum.

UMNO begitu keras dalam kebebasan bersuara dan hanya pemimpin yang suara lunak dengan UMNO sahaja yang selamat. Jika cara ini di lakukan semula, PAS tidak semudah ini untuk berdakwah tapi PAS salah guna kebebasan yang Allah telah berikan.

PAS dan UMNO akan bersatu maka politik dan cara pemerintahan akan pastinya baru. Bukan mengikut cara BN... apa kah dan bagaimana kah formula Kerajaan PAS dan bekas Kerajaan BN akan mentadbir negara?

Apabila PAS bersama atau bersatu dengan UMNO, BN mesti di korban kan jika tidak, PAS dengan PAS nya, BN pula dengan BN nya.

Anonymous said...

Dalam masa 5 tahun, DAP akan arahkan Mahathir membina NEGARA BARU yang kini telah di perkenalkan kepada rakyat Malaysia dengan nama MALAYSIA BARU berlandaskan Demokratik Liberal dalam membentuk dasar MALAYSIAN MALAYSIA bagi menggantikan Negara Islam!!!

Ianya sedang dan akan di lakukan secara terancang, tersusun dan secara halus.

Anonymous said...

Mohd Sabri Salleh, Ketua Pemuda Amanah Pasir Puteh telah keluar daripada parti AMANAH setelah mendapat petunjuk daripada solat istikharahnya

Sebelum ini (4 April 2018 ) dia, Mohd Sabri membuat laporan mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh rakaman suaranya tular di laman sosial berkaitan isu penyaluran wang oleh Umno kepada Pas, sepupunya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz .

Bertaubat itu sebaik-baik membuat kesalahan. Tapi sukar juga untuk nak kembalikan apa yang kita buat sebelum ini kerana tidak semua orang yang salah faham dengan apa yang kita buat boleh mendapat pencerahan semula....

Anonymous said...

Tek manoff...
Sebelum kmu sentuh TGHH kepala kmu dulu kmi jijak dn kencing...

Anonymous said...

Petanda pakatan akan lingkup dalam PRU15 dan PAS dan umno akan memenangi dalam PRU15:

Dari segi majoriti, margin kemenangan PH jatuh di Sungai Kandis dengan 5842 undi berbanding 12480 pada PRU14. Di Balakong juga sama apabila hanya meraih 18,533 majoriti berbanding 35,538 PRU14, dan 5,842 berbanding 19,372 pada PRU14 di Seri Setia.

Ini jelas membuktikan sebilangan pengundi pakatan telah hilang kepercayaan terhadap pakatan.

Mereka mungkin telah mengundi PAS dan UMNO dalam prk.

Anonymous said...

Mintak mintak lepas ni ada prk di Klantan ato Tganu plak. Kita tgk apa PAS ckp kt umno nnti .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails