Monday, September 10, 2018

B/Ketua Hakim: AGC Guna 'jalan selamat' Kes Guan Eng?


Bekas ketua hakim Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) melepaskan tanpa membebaskan dalam kes bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon. 

Dalam tulisan di blognya hari ini, Hamid bertanya sama ada Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mengambil jalan selamat dengan membuat keputusan itu dan bukannya pembebasan penuh atau dilepaskan dan dibebaskan.

"Menurut Hanafiah, dia hanya minta (Lim) dilepaskan tanpa dibebaskan. 
"Adakah dia tidak pasti dengan keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan, atau hanya mengambil jalan selamat, jalan tengah, agar dia tidaj disalahkan dan kedudukannya tidak terancam?" katanya dalam tulisan panjang yang mengkritik keputusan Peguam Negara Tommy Thomas dan jabatannya. 

Pada 3 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memberi pembebasan penuh kepada Lim dan Phang meskipun pendakwaan hanya memohon untuk pelepasan tanpa pembebasan.

Menurut Hamid, sekiranya pendakwaan berhasrat untuk pembebasan tanpa pelepasan, ia harus membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah. 

"Jika arahan mahkamah untuk pembebasan penuh, mahkamah akan disalahkan, sementara Lim, DAP dan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan gembira, dan peguam negara tidak akan rasa selesa apabila berjumpa Lim.
"Sekiranya pendakwaan benar-benar serius ia hanya mahukan pembebasan tanpa pelepasan, ia harus membuat rayuan terhadap keputusan hakim itu, 

"Atau adakah mereka sangat gembira kerana dapat lebih daripada yang diminta, dan boleh tuding jari pada mahkamah atas keputusan itu?" katanya.
Dalam tulisan itu juga, Hamid mendakwa Hanafiah didesak untuk menggugurkan dakwaan terhadap Lim dan Phang meskipun Thomas tidak memberi apa-apa arahan kepadanya. 

"Dalam situasi itu, dia (Hanafiah) tahu dia perlu membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Lim dan dia perlu mencari alasan. 
"Jadi dia beri alasan bahawa dia mendapati kes pendakwaan lemah selepas penelitian dan penemuan bukti baru! Saya rasa kasihan kepadanya," katanya merujuk penjelasan Hanafiah dalam pengguguran kes itu. 

Bagaimanapun, menurut Hamid, Hanafiah seharusnya memanggil ketua pendakwaan kes itu dan SPRM bagi menangani kelemahan - seperti mencari bukti bari atau memanggil saksi tambahan.

MINDARAKYAT

3 comments:

Anonymous said...

Hakim pencen ni telah dikenali penyokong kuat umno...

Anonymous said...

dh pencen elok membuta jela.. jgn sibuk.

bersungguh2 nk lge dihukum. bersungguh2 nk bela najib.. bermkna politik semata2 bkn keadilan

Anonymous said...

Semenjak tomato menjadi boss di bawah pimpinan lebai kulup roket, lebai kulup dibebaskan dari dakwaan rasuah dan gangster keling yang berbahaya dikenakan hukuman ringan. Ini membuktikan pakatun mengamalkan undang-undang rimba bukan rule of law.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails