Sunday, September 02, 2018

Cukai. Dah Sedia Untuk SST 2.0? Ini Kena 5%, 10% &Dikecualikan..



Baru-baru ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atau Royal Malaysian Customs Department (RMC) telah mengeluarkan dokumen bertajuk GUIDE ON PROPOSED SALES TAX RATES FOR VARIOUS GOODS versi 2.0.



Anda boleh muat turun fail PDF tersebut di sini.
Tetapi sebelum itu, ambil tahu dulu apa itu cukai jualan:
SKOP CUKAI JUALAN
Akta Cukai Jualan 2018 adalah terpakai di seluruh Malaysia, tidak termasuk kawasan yang ditetapkan dan kawasan khas. Cukai jualan adalah cukai seperingkat yang dikenakan dan dilevikan ke atas semua barang-barang kena cukai yang diimport atau dikilangkan di Malaysia.

Pengenaan Cukai Jualan
Di bawah seksyen 8, cukai jualan dikenakan dan dilevikan ke atas semua barang kena cukai:
(i) Dikilangkan dan dijual, digunakan atau dilupuskan di Malaysia oleh pengilang berdaftar; atau 
(ii) Diimport ke Malaysia oleh mana-mana orang.
Cukai jualan dikenakan, dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa pengimportan barang ke Malaysia dan dianggap sebagai duti kastam atau duti eksais dan seolah-olah pengimportan tersebut adalah berduti dan dikenakan duti kastam atau duti eksais.

Kadar Cukai Jualan
Cukai jualan adalah cukai ad valorem dan kadar yang berbeza dikenakan mengikut kumpulan barang kena cukai. Cukai jualan bagi petroleum dikenakan pada kadar tertentu yang berbeza dari barangan kena cukai lain. (Buat masa ini cukai jualan adalah pada kadar 5% dan 10%)

Seksyen 10 Akta Cukai Jualan 2018 memberi Menteri kuasa untuk menetapkan pelbagai kadar cukai jualan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 yang dikenakan ke atas barang-barang kena cukai yang tidak dikecualikan oleh Menteri Kewangan menerusi Perintah Pengecualian Cukai Jualan yang berkuat kuasa pada 1 September 2018
Sumber: Laman Web MySST – Cukai Jualan (fail PDF)

Panduan Berkenaan Kadar Cukai Jualan Yang Dicadangkan Bagi Pelbagai Barangan
Haiwan Hidup – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Daging – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
Ikan & Binatang Laut – Kebanyakannya 0% dan 10%, Ada juga 5%
Sarang Burung & Madu – 5%
Telur – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Susu & Barangan Tenusu – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
Pokok Hidup & Tumbuhan Hiasan – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
Sayur-sayuran – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
Buah-buahan & Kacang – Hampir 70% dikecualikan cukai, Sedikit 5%
Rempah – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Kopi & Teh – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Bijirin – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Tepung & Kanji – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
Isi Kelapa Kering – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Kacang Tanah – 5%
Minyak Bijian – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
Bahagian Pokok – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
Kacang Soya – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Ekstrak Sayur-sayuran – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Daun Sayur-sayuran & Produk Sayur-sayuran Lain – 0%
Lemak & Minyak – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
‘Preparations of Crustaceans, Molluscs or Other Aquatic Invertebrates’ – 5%
Persediaan Ikan – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Persediaan Daging – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
Gula & Konfeksioneri Gula – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%, Sedikit 10%
Koko & Persediaan Koko – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Mi & Pasta – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Persediaan Bijirin, Tepung, Kanji atau Susu – Hampir semuanya 0%, Ada 5%, Sedikit 10%
Persediaan Sayur-sayuran, Buah-buahan, Kacang atau Bahagian Lain Pokok – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
Persediaan Boleh Dimakan Yang Lain – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%
Minuman, Alkohol & Cuka – Hampir semuanya 10%, Ada 5%, Sedikit 0%
Makanan Binatang – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Tembakau & Pengganti Tembakau Yang Dikilangkan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Produk Galian – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Bahan Kimia – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
Produk Farmaseutikal – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Baja – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Perkara Mewarna – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%
Cat & Varnis – 10%
Sealant – 5%
Barang Kosmetik & Minyak Wangi – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Sabun, Wax, Polish – 10%
Penyala, Mancis & Barang Meletup – 10%
Grafit Buatan & Karbon Diaktifkan – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Racun Serangga & Pembasmi Kuman – 0%
Produk Bahan Kimia Yang Pelbagai – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Barangan Plastik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Barangan Getah – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Barangan Kulit – 10%
Beg – 10%
Peralatan Kuda & Abah-abah – 10%
Kayu & Barangan Kayu – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%, Sedikit 5%
Gabus – 10%
Barangan Buluh & Rotan – 10%
Pulpa Kayu & Sisa Kertas – Semuanya dikecualikan cukai (0%)
Kertas & Barangan Kertas – Hampir semuanya 10%, Ada juga 0%
Barangan Bercetak – Hampir semuanya 0%, Sedikit 10%
Tekstil & Barangan Tekstil – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Kasut – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Barangan Kepala – 10%
Payung & Tongkat – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Bunga Tak Hidup – 10%
Barangan Batu – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Barangan Seramik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Kaca & Barangan Kaca – 10%
Barangan Tukang Emas – Hampir semuanya 0%, Sedikit 10%
Barangan Besi atau Keluli – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Barangan Tembaga – 10%
Barangan Aluminium – Ada 0%, Ada 10%, Sedikit 5%
Peralatan & Barangan Berasaskan Logam Asas – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Barangan Lain Berasaskan Logam Asas – Hampir semuanya 10%, Sedikit 5%
Jentera, Peralatan Mekanikal & Bahagiannya – Hampir semuanya 10%, Ada 0%, Ada 5%
Perkakas Elektrik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 5%
Kenderaan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Pesawat & Kapal Angkasa – 10%
Kapal & Bot – 10%
Instrumen – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Jam Tangan – 10%
Instrumen Muzikal – 10%
Perabot – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Permainan & Peralatan Sukan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Barangan Pembuatan Yang Pelbagai –  Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%
Untuk senarai penuh, boleh muat turun Proposed Sales Tax Rates for Various Goods – Fail PDF.
Boleh juga muat turun versi Microsoft Excel yang telah kami sediakan di sini.
Kalau ikut rumusan kami:

Dikecualikan Cukai – 1,468 barang 
5% – 464 barang
10% – 1,628 barang


Itu baru cukai jualan, kita beralih kepada cukai perkhidmatan pula.


SKOP CUKAI PERKHIDMATAN



3. Cukai Perkhidmatan di Malaysia adalah satu bentuk cukai tidak langsung seperingkat yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu yang dinamakan “perkhidmatan bercukai”. Cukai perkhidmatan tidak boleh dilevi ke atas mana-mana perkhidmatan yang tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan bercukai yang ditetapkan oleh Menteri dibawah Jadual Pertama Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018.


4. Cukai perkhidmatan dikenakan dan dilevi ke atas barang dan perkhidmatan yang ditetapkan di Malaysia termasuk makanan, minuman dan tembakau.
5. Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (ACP 2018) terpakai di seluruh Malaysia tidak termasuk kawasan yang ditetapkan, zon bebas, gudang berlesen, gudang pengilangan berlesen dan Kawasan Pembangunan Bersama (JDA).

Pengenaan Cukai Perkhidmatan
Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas:
(i) Apa-apa peruntukan perkhidmatan bercukai;
(ii) Disediakan di Malaysia;
(iii) Oleh orang yang kena berdaftar; dan
(iv) Bagi penerusan perniagaan di Malaysia.
Cukai perkhidmatan adalah genap dan kena dibayar apabila pembayaran diterima untuk mana-mana perkhidmatan bercukai yang disediakan kepada pelanggan oleh orang yang kena cukai.
Cukai perkhidmatan tidak dikenakan untuk perkhidmatan import di bawah ACP 2018.

Kadar Cukai Perkhidmatan
Kadar cukai perkhidmatan adalah ditetapkan dibawah Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2018 dan berkuatkuasa pada 1 September 2018.
Kadar cukai perkhidmatan ialah 6% daripada harga, caj atau premium atas polisi insuran, nilai pertaruhan dan perjudian, dll bagi perkhidmatan bercukai seperti yang ditetapkan dibawah seksyen 9 ACP 2018.

Perkhidmatan Bercukai
Perkhidmatan bercukai adalah apa-apa perkhidmatan yang disenaraikan dalam pelbagai kategori di dalam Jadual Pertama Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018. Orang yang kena cukai yang menyediakan perkhidmatan bercukai yang dijangka melebihi nilai ambang masing-masing adalah dikehendaki didaftarkan. Kategori dan nilai ambang ini boleh diringkaskan seperti di Jadual 1.

Sumber: Laman Web MySST – Cukai Perkhidmatan 2018 (Fail PDF)

Lepas ni kalau pergi bengkel nak tukar tayar kereta ada embedded cukai SST 10% pengilang tayar. Bengkel pula mungkin mengenakan cukai perkhidmatan 6% (bergantung kepada jadual di atas).
(majalahlabur.com/)

6 comments:

Anonymous said...

Pilih lah pas tiada gst dan tiada sst......pas akan kenakan cukai keatas bursa saham sahaja...

Bila umum hutang 1 trillion ramai pelabor lari takut kerajaan kenakan cukai....kalo pas yg perintah bursa saham akan lingkop...

Anonymous said...

Tiada pembelian panik menjelang pelaksanaan SST
By Bernama - August 31, 2018

IPOH: Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan bermula esok tidak menyebabkan orang ramai di sekitar bandar raya Ipoh melakukan pembelian pelbagai barangan secara panik.

Tinjauan di beberapa pusat membeli belah mendapati kebanyakan orang ramai tidak membeli sesuatu barangan dalam kuantiti yang banyak sebaliknya hanya berbelanja mengikut keperluan.

Azura Mustapa, 42, berkata pelaksanaan SST tidak akan menyebabkan peningkatan mendadak kerana hanya produk dan perkhidmatan tertentu sahaja yang dikenakan cukai itu.

“Berbanding GST yang dilaksanakan sebelum ini, banyak harga barangan yang naik kerana kebanyakannya dikenakan cukai.

“Jadi saya fikir, dengan adanya SST ini, ia tidak akan menyebabkan rakyat terbeban dengan kadar cukai tersebut,” katanya yang merupakan seorang pensyarah.


Sementara itu, di Seremban, orang ramai menggunakan cuti sempena Hari Kebangsaan untuk membeli belah barangan keperluan harian mereka.

Pekerja swasta, Mohd Haizil Zainuddin, 28, turut tidak ketinggalan memanfaat hari terakhir tanpa cukai membeli barangan keperluan sebagai persiapan kemungkinan berlaku kenaikan harga barangan oleh peniaga tidak bertanggungjawab pada hari esok.

“Ramai yang mengatakan barangan akan naik dan masyarakat kita ketika ini memang akan mengikut apa yang orang katakan…sebelum harga barangan naik, saya tidak akan lepaskan peluang untuk membeli barangan keperluan, katanya ketika tinjauan di Giant Senawang hari ini.

Bagaimanapun bagi seorang penjawat awam Mohd Fattah Luqman, 43, pula berpendapat cukai SST tidak menjadi masalah baginya memandangkan sebelum ini masyarakat juga pernah dikenakan GST.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan Ain Arjuna Aziz Zaman ketika dihubungi berkata setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang laporan pembelian panik dilakukan rakyat di seluruh pasaraya di negeri ini.

“Setakat ini keadaan terkawal…saya akan update sekiranya berlaku situasi tidak terkawal,” katanya.

Di Mydin Bukit Mertajam, tinjauan menunjukkan rata-rata pengguna kelihatan tenang dan bersedia menghadapi sebarang perubahan yang mungkin berlaku.

Seorang juruaudit, Nur Anna Imani Tan Abdullah, 48, berkata apa yang penting adalah pengguna seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan berhubung jenis-jenis cukai dan memahami konsep cukai tersebut supaya tidak mudah melatah.

“Apa yang kita tahu bahawa SST mempunyai ‘hidden charge’ yang orang lain mungkin tidak nampak antara pihak pengeluar dengan kerajaan. Tetapi, bagi saya kerajaan terdahulu sepatutnya melaksanakan kadar cukai GST pada kadar 3% buat permulaan.

“Ini kerana ia tidak memberi kesan mendalam kepada pengguna berbeza dengan 3% sebelum ini selaras dengan pendapatan rata-rata rakyat,” katanya.

Enti PAS BODO said...

Nasib baik umno kalah pru 14.. Pas sudah berusaha membantu umno pecahkan undi dgn bertanding 3 penjuru untuk menangkan umno.....di sg kandis pas bantu umno tapi kojol jugak..

Kalo umno menang 60 jenis barang makanan lagi akan dikenakan gst...

Taikuching said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

buat dulu diklntan tganu jgn membabibut merapu. 355 tkguna duit byk pun xblh buat. politik syiah khawarij penipu besar jgn caya. halal haram semua ikut hadi.

Anonymous said...

klu pas menang lg teruk semua cukai. hadi kt jihad wajib semua kena.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails