DAIM (kanan) pada program temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi.
Daim berkata, menyedari perkara itu, beliau kemudian merancang dua strategi bagi menumbangkan BN iaitu dengan mewujudkan kepercayaan kepada rakyat bahawa MCA dan MIC sudah tidak relevan serta menyerang FELDA yang menjadi ‘simpanan tetap’ BN.
“Kita ada dua strategi dan paling penting masa (melaksanakan) mesti tepat. Maka mereka minta saya buat satu wawancara dengan Nanyang Siang Pow. Dengan cara itu kita ‘musnahkan’ MCA dan MIC dulu sebagai sudah tidak relevan. Selepas itu tumpu kepada UMNO.
“UMNO ketika itu bongkak, dia ingat mesti menang kerana ada isu, ada jentera, ada figura dan penyandang. Saya bincang dan kita kata, Dr Mahathir mesti menjadi ketua dan orang Melayu mesti terima dan orang bandar juga tidak ada masalah.
“Kita buat strategi dan Sabah kita jangan kacau. Biarkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sana. Lepas itu kita tumpu kawasan kita boleh menang, yang penting FELDA. FELDA dia (BN) punya ‘simpanan tetap’. Kalau kita pecahkan ‘simpanan tetap’, mereka tidak ada apalah,” katanya.
Daim turut mendedahkan beliau mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh mengenai rancangan menumbangkan BN.
“Hendak jumpa Anwar susah. Yang dibenarkan jumpa hanya ahli keluarga atau peguam. Maka, untuk atasi masalah ini saya jadi peguam balik. Dengan cara ini saya dapat masuk di (Penjara) Sungai Buloh dan jumpa Anwar.
“Saya jumpa dan berbincang sebanyak enam kali. Selepas itu saya tidak dibenarkan. Bila tidak dibenarkan, saya tulis surat kepada Perdana Menteri dan tanya mengapa tidak boleh berjumpa kerana saya peguam.
“Sudah tentu mereka ada laporan tertentu maka saya tidak dibenarkan masuk. Tidak mengapalah sebab kami dah bincang. Yang perlu dibincang masalah ketika itu ialah masalah politik,” katanya.
Beliau turut menghargai pengorbanan DAP yang sanggup tidak menggunakan logo parti mereka pada PRU-14 bagi menunjukkan mereka sedia berkorban untuk negara.
“Bila orang tengok DAP sanggup berkorban, itu penting menunjukkan mereka bukan perkauman sebaliknya pentingkan negara. Lihat DAP bersedia berkorban, MCA sanggup atau tidak? Tidak sanggup, ini cara kita main.
“DAP dulu orang Melayu tidak boleh terima, tapi bila datang kepentingan negara dia sanggup berkorban. Tidak guna simbol dia, itu pengorbanan,” katanya.(BH)
KEMENANGAN Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 adalah hasil manipulasi terhadap laporan dalaman daripada kumpulan pemikir UMNO serta pengorbanan komponen PH demi negara. - Foto fail NSTP/ Eizairi Shamsudin
3 comments:
Itulah cara orang cedik atur strstegi nak menang pru...
Lobai Pas ade strategi bodoo...tanding 3 penjuru...pas dan umno yg bungkus..
Sekarang dah takut nak tanding 3 penjuru..rela terhegeh2 sokong kapir mca yg anti islam dan pas..
Strategi politik kelas pertama dan makna sebenar politik matang.
Pengajarsn utk Pengarah Strategi PAS?
Mengenali gerak hati dan denyutan rakyat yg sebenar. Buang sifat angkuh antiIslam takfiri, khawarij dan mrnghaiwankan orang yg tidak sependapat. Kurangkan terus sifat menjilat ludah balik. Hormati setiakawan politik. Berhenti melacur politik pasangan yang berubah2 sepanjang zaman. Politik yalah seni kebarangkalian, jangan tutup pintu terus kpd apa2. Berhenti sasaran yang bergerak.
Belajar merendah diri dari Sifu2 PAS tulen Almarhum TGFN, TGNA
Setuju!!sejak dap akrab sangat dgn melayu pakaturn badut harporn, alhamdulillah...guan eng dgn kit siang dh pun masuk islam dan tak lagi lawan islam.anak2 karpal singh ada yg pi haji lepas ucap dua kalimah syahadah.mca,mic he yg masih kafir.siap lawan islam lagi.
Post a Comment