Thursday, September 20, 2018

Datuk Zahidi Pula Dedah, Bincang Kerjasama BN-BERSATU.



Wujud perbincangan antara wakil rakyat BN dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) untuk bergabung dalam usaha menyelamatkan orang Melayu, kata Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin. 

"Ada perbincangan di antara anggota parlimen BN tentang macam mana kita nak berpakat dengan BERSATU supaya kita dapat bergabung. 
"Umno ini parti yang memerdekakan negara dan BERSATU ditubuhkan untuk jatuhkan (Datuk Seri) Najib Razak dan dah berjaya. 
"PKR ditubuhkan nak jatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad tapi angkat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi perdana menteri. Jadi kedua-dua parti ini kalau nak berpakat tak sesuai sebab PKR pun parti berbilang kaum, jadi pilihan kita BERSATU dan kita cuba berbincang dengan BERSATU untuk selamatkan Melayu. 
"Kalau boleh pakat dengan BERSATU dapat balik bersama-sama kerajaan, kita pilih yang terbaik," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini. 

Zahidi turut berkata, perbincangan diantara wakil BN dan BERSATU itu difahamkan sudah berjalan kira-kira dua bulan lalu. Zahidi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut perbicangan yang dimaksudkannya itu.

“Kita ada bincang (perkara) itu sebelum ini dua tiga bulan yang lepas. Hendak bergabung dengan BERSATU itu kita ada berbincang. Tetapi hendak keluar Umno, tidak, kita tidak mahu,” katanya.

Zahidi turut tidak menafikan ada pandangan berbeza di antara anggota parlimen BN berhubung perkara itu. 

“Kalau kita bincang dengan PKR kurang memuaskan dan tidak mencapai matlamat perjuangan kita, kita boleh bincang dengan BERSATU. 
“Ada sesetengah anggota parlimen setuju bincang dengan BERSATU, ada setuju bincang dengan PKR tapi kita lihat mana yang terbaik,” katanya. 

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa anggota parlimen parti itu menandatangani akuan bersumpah (SD) memberi kuasa kepada presiden Umno mengadakan pakatan baru dengan parti lain. 

Zahid berkata, semua 51 MP Umno ketika itu menandatangani SD tersebut dan tidak menolak kemungkinan parti itu akan bekerjasama dengan parti komponan Pakatan Harapan (HARAPAN) walaupun ketika ini Umno dilihat rapat dengan PAS. Sebelum ini, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan kewujudan SD itu ketika mewajarkan pendirian beliau berkempen memenangkan Anwar yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson. 

Bagaimanapun, Anwar berkata tiada kerja sama di antara HARAPAN dan Umno buat masa ini.



20 comments:

Anonymous said...

haaah tinggalkn pas kpd mca mic hindraf.

umno blh masuk Bersatu tp perlu tapis sumpah tkrasuah dn declare harta. tapisan ketat sbb tkmo kanser umno dibawa masuk ke ph.

tinggalkn pas sebb pas kuat dn tk mungkin rela jadi murtad sebb adanya dap dlm ph. klu dgn mca takat fasik je..ok lg.

klu pas pula nk merafak pd ph lps ni..maka tinggallah ibnu sorang dok canang gambor beca. nnti pru blhlah jd calon bebas guna logo beca.

Anonymous said...


Cakap Jamal Jamban dah tak laku yang dakwa MP di bayar RM 20 juta.

Tak kan nak duit kena tanda-tangan SD.

Dalam politik memang menjadi dasar perlu berbincang walaupun dengan musuh. Yang tolak untuk berbincang tanpa membuka ruang untuk mendengar ialah Presiden PAS. Kalau ada pun jenis yang tikam belakang.


BERSATU dan PH bila-bila boleh kena kan PAS dengan memberi tawaran dan syarat kepada pemimpin UMNO untuk lupa kan sahaja PAS. Itu jika PH dulu kan kuasa daripada rakyat.

PAS sepatutnya malu sebab cuba memikat UMNO tetapi sebaliknya UMNO beriya-iya pulak memikat BERSATU.

Anonymous said...

Kah kah kah kah kah kah ......PAS? ==============>HAMPAS

Anonymous said...


PKR, AMANAH pernah melalui apa yang di alami oleh UMNO sekarang.

PKR, AMANAH berjuang sehingga akhir nya menjadi pilihan rakyat.

Cara UMNO sekarang sama dengan cara UMNO ketika menuntut kemerdekaan. Beberapa parti angkat senjata dan masuk hutan sebaliknya UMNO lebih banyak mengalah dengan tuntutan penjajahan.

DAP se belum bersama PH dan PR tetap dapat membela kaum cina kerana pemimpin mereka sanggup di penjarakan.

Semangat juang pemimpin PH semasa menjadi pembangkang sangat tinggi jauh berbeza dengan UMNO yang cari jalan mudah.

Sangat mengecewakan jika BERSATU sanggup menerima pemimpin seperti UMNO.

abahturon said...

Pinang sini..meminang disana..merisik sini mengoda kat sana.. Umno nak buat Majlis bersanding serentak yer..

Anonymous said...

1. PAS akan menjadi pelampung yang menyelamatkan UMNO daripada hanyut - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

2. Selama 55 tahun kita berjuang nak tenggelamkan UMNO, apabila UMNO hampir lemas kenapa kita nak pergi tolong..? - Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

3. Gulai kawah daging halal yang dicampur ketul2 daging babi, itulah UMNO dan MCA. - Hadi.

Kpd siAnon yang tak lepas nama2 haiwan, adakan Almarhum TGNA dan Hadi diatas juga keldai2 tunggangan kafir DAP dan adalah DAPpigs RBA yang berbayar?

Tak perlu dibayar atau jadi wala keldai kpd DAP utk orang2 Islam yang waras utk menegur dan betulkan PAS dan pengikut2 yang tersesat dan jilat balik ludah khawarij dan takfiri.

Minah Salleh2 kafir yang berbikini separoh bogel diTerengganu pun tergelak berok tengok u-turn2 PAS jadi liberal dan mesej munafik yang dibawa Pak Ibnu.

Anonymous said...

Teruskan meroyan babi tunggang lebai kulup.
Tenguk kartun mamak kuti jadi penarik memboskan kit siang.

Ha ha ha

Tembak lagi pak asim..
ha ha ha

Anonymous said...

PAS?============================>hamPAS HAMpas hampas HAMPAS hamPAS

UMNO?===========================>NONONONONONONONONONONONONONONONOKK

Anonymous said...

Jadinyerrr hamPASNONOK? Apa ekkkk?

eeeiiiiiikkkkkk.................lendir hanyirrrrrrrrr

Jangan terima kedua dua nya.............JIJIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Nmpknya keadaan politik smkin panas dan penuh drama, apa nk jd dgn mp melompat sini melompat sana, mereka yg melompat dan keluar parti seharusnya di lebal pengkianat atau perwira

ikan said...

hangpa gaduh la. janji aku naik mercedes. yang lain bini lebih sorang. ha gaduh... walaun macai mca bekap punya nanti

Anonymous said...

parti yang teruk atau Presidennya yang terok?

Tak salah jika niat untuk menyelamatkan negara dan demi kebaikan untuk rakyat.

Pertukaran dengan melompat parti untuk kebaikan merupakan satu Hijrah.

MP UMNO lebih berani dari MP PAS yang terus bersama Presiden yang flip-flop.

Anonymous said...

JARUM DALAM BUAH

SYDNEY - AUSTRALIA. Kerajaan Australia memaklumkan ia akan memperkenalkan penalti jenayah lebih tegas sebagai respons terhadap skandal buah-buahan dicemari objek logam di negara itu.

Perdana Menteri, Scott Morrison berkata, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun.

"Ia adalah setanding dengan jenayah lain seperti pornografi kanak-kanak dan membiayai keganasan. Ini menunjukkan kerajaan sangat serius dengan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut," tegasnya.

Ketika ini, hukuman maksimum ke atas mereka yang mencemari makanan adalah penjara 10 tahun.

Pihak berkuasa sedang menyiasat lebih 100 aduan dibuat orang ramai yang menemui jarum dalam strawberi dan buah-buahan lain sejak minggu lalu.

Sehingga kini, polis masih gagal mengesan individu yang melakukan perbuatan itu yang dipercayai sebagai tindakan sabotaj.

Difahamkan, seorang individu telah ditangkap selepas dia mengaku meletakkan jarum dalam buah kononnya sebagai gurauan.

Tiga negeri turut menawarkan ganjaran A$100,000 (RM300,635) kepada individu yang memberi maklumat tentang perbuatan sabotaj itu. - Agensi

=================================

Apa ni ibnu!!! Hang taja keja tak pesan depa jaga etika ka? Jangan burukkan nama pekerja Malaysia di mata dunia, dah Najibulbutoh burukkan Malaysia jadi negara kleptokrasi. 2x5 hang dgn najibulbutoh tu pon!

Anonymous said...


Antara menerima UMNO dengan PAS, adalah lebih baik pilih UMNO.

Dosa UMNO kerana rasuah.

Dosa PAS kerana jual agama.

Berat lagi dosa jual agama.

Anonymous said...

Tak mudah tun mahathir untuk menerima Umno....tun kluar dari umno kerana pimpinan dan ahli umno tak dengar cakap tun supaya buang najib...Tun nak boboi naik dlm umno dan jadi pm...boboi perlu dibantu kerana boboi tidak berdaya berdikari..

Najib dan pak lah tidak bantu menaikkan boboi...jika 2 orang bekas pm ni naikkan boboi ke jawatan naib presiden mereka selamat...

Jadi saper2 dari umno yg nak masuk Bersatu kena bersumpah dulu tidak jatuhkan boboi dari jawatan Timbalan presiden Bersatu..

Puaka Rimba said...

Kita amalkan politik matang dan sejahtera. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Apa kaitan dgn pas, dh mp pas taknk lompat biarkanlah, takde yg baiknya dgn melompat mereka pengkianat, kalau dh tak sealiran dgn parti mereka kene letak jawatan. Mereka mng atas tiket parti, mereka sbnrnya boleh terus berada dalam parti wlaupun tdk myokong parti, kalau taknk letak jawatan tunggu smp pru

Anonymous said...

Kerjasama Umno-PAS punca pemimpin Umno keluar parti, kata penganalisis

Nor Athirah Mohd Hanapiah - September 20, 2018 8:27 AM
140
Shares

Wong berkata, Zahid mengharapkan tekanan oleh Umno-PAS dalam isu Melayu-Muslim boleh memecahkan PH.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpandangan Umno sepatutnya kekal menjadi parti berhaluan tengah dan berusaha memikat kembali hati pengundi Cina, India, dan rakyat di Borneo selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke-14 9 Mei lepas.

Dr Wong Chin Huat dari Penang Institute berkata kerjasama Umno-PAS pada ketika ini dilihat menggugat usaha itu dan menjadi penyebab penting 2 pemimpin tertingginya bertindak keluar parti.

“Sememangnya ia (tindakan 2 pemimpin keluar parti) adalah respons terhadap tindakan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi untuk berpakat dengan PAS.

“Perhitungan Zahid ialah mengharapkan tekanan oleh Umno-PAS dalam isu Melayu-Muslim boleh pecahkan Pakatan Harapan (PH).

Anonymous said...

Mn gmbarnya?

Anonymous said...

BERSATU dah reject baru diaorang cari PAS...Kira PAS pilihan kedua lah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails