Tuesday, September 18, 2018

Formula Baharu Politik Untuk Ganti Pakatan Harapan

Formula Baharu Politik Untuk Ganti Pakatan Harapan


SATU formula pakatan dan kerjasama politik antara UMNO dan parti-parti lain boleh ditubuhkan untuk menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan bagi menggantikan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pakatan baharu itu kemungkinan melibatkan UMNO dengan PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah serta PKR.
Katanya, formula baharu ini mampu membentuk satu gabungan politik yang berkeupayaan memberi saingan kepada PH.
“Malaysia waktu ini akan dicorakkan oleh ‘one political coalition against a myriad of political parties.’ Maknanya, semua parti politik mempunyai pengaruh dan kepentingan strategik sendiri dalam pembentukan kerajaan. Setiap satunya harus strategik dan terbuka dalam menentukan survival.
“Tidak mustahil untuk UMNO, PAS, MIC, MCA, GPS di Sarawak dan Gabungan Bersatu Sabah, bergabung bersama PKR dan menubuhkan sebuah gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’, bukan lagi ‘Pakatan Harapan’,” katanya dalam surat untuk Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri itu yang mendakwa UMNO sudah musnah dan kerana itu PPBM ditubuhkan.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, UMNO masih parti terbesar di Parlimen dan mendapat kepercayaan sebahagian besar orang Melayu.
“UMNO jauh lebih dominan, kuat dan berpengaruh berbanding PPBM, walaupun sokongan terhadapnya nyata semakin susut. Cercalah. Perlilah. Katakanlah apa jua, insya-Allah kami akan terus menghidupkan UMNO. Kerana bagi kami, UMNO ini bukan sekadar sebuah parti.
“Ia adalah gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu. Ia adalah sebuah institusi politik Melayu nan satu-satunya. Apatah lagi pada orang Johor seperti saya. UMNO, bagi orang Melayu Johor, sudah menjadi sebahagian daripada nyawanya,” katanya.
Katanya, UMNO mengerti isyarat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu namun parti itu tidak akan terus pasrah dan berpeluk tubuh sebaliknya akan dirawat dan dipulihkan.
“Itulah fitrah kehidupan. Kami tidak menyesal. Kami akan belajar dari kesilapan. UMNO faham pengajaran besar ini dan berhasrat untuk tidak mengulanginya lagi.
Insya-Allah kami akan islahkan UMNO,” katanya. – BH/Mynewshub.tv

10 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha ha haaaa......

Ratapan si malim kundang, telah DERHAKA pada IBU KANDUNG, rasakan sumpahannya!!!

Anonymous said...

UMNGOK + PAS + MCA + MIC maka jadilah parti angan2 Mat Jenin yang ingin berkuasa sentiasa mimpi ghairah dan berharap PKR akan bersama mereka. Kenapalah begitu susah untuk masih menerima kenyataan bahawa BN sudah dikubur pada PRU14.

Anonymous said...

Mamat ni terlalu banyak minum ketum sehingga masih berharap parti mereka boleh jadi pemerintah walaupun sudah kalah. Sepatutnya mereka perlu merangka satu perancangan yang baik untuk PRU15 supaya tidak kalah lagi.

Anonymous said...

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah,
dan janganlah kamu bercerai berai

Allah suruh bersatu atas dasar Islam bukan bangsa
apa punay cilako amno ni tak abeh abeh bangsa bangsa
tak namapak lagi bangsa pun dah nak jadi bangsat
dinegara sendiri

Anonymous said...

Dlm 51 MP PKR tu , brapa org gamaknya yg ada nafsu/selera nk bersatu ngan UMNO?

Anonymous said...

Formula syok sendiri

Anonymous said...

Semua nak jadi kerajaan, habis tu siapa yang nak jadi pembangkang.

Apa kata kita lantik Pas jadi pembangkang.

Anonymous said...

Boley jugak. Ketuanya Tuan Ibnu dari parlimen Batang Berjuntai.

Anonymous said...

Meroyan sungguh,tak ada fakta apa-apa. Nasibmu lah babi tunggang lebai kulup. Mamak kuti balaci kayuh beca berbos DAP..

Ha ha ha

Anonymous said...

Dh mmg blog ni pun x der fakta . Apa brg komen nk ada fakta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails