Thursday, September 06, 2018

Kalau Anakku Mencuri.. -Presiden PAS



KISAH benar yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W apabila seorang wanita bertaraf bangsawan disabitkan kesalahan mencuri. Tanpa apa-apa sebab yang meragukan dia dijatuhkan hukuman Hudud Islam, yakni dipotong tangannya. Tiba-tiba ada dari kalangan bangsawan merayu kepada Rasulullah S.A.W supaya tidak dijatuhkan hukuman Hudud kerana dia seorang bangsawan yang dihormati masyarakat.


Usamah bin Zaid R.A ditugaskan supaya menyampaikan rayuan itu kepada Rasulullah S.A.W. Dia ditugaskannya kerana dia cucu angkat kesayangan dimanjakan oleh Rasulullah S.A.W. Tiba-tiba Baginda S.A.W menunjukkan kemurkaan atau kemarahan kepada Usamah dengan bersabda:

“Adakah kamu meminta syafaat (tolong membebaskan) dalam perkara hukum Hudud yang telah ditetapkan oleh Allah?”.
Kemudian Rasulullah S.A.W terus ke masjid, bangkit berdiri dan bersabda:

"إنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ، وَأيْمُ اللهِ، لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا". أخرجه مسلم والنسائي
“Sesungguhnya telah dibinasakan umat terdahulu daripada kamu, berlakunya apabila seorang bangsawan dari kalangan mereka melakukan kesalahan mencuri mereka bebaskan tanpa hukuman. Dan apabila seorang yang lemah dari kalangan mereka mencuri, lalu mereka jatuhkan hukuman Hudud terhadapnya. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad (puteri kesayanganku) mencuri, nescaya aku hukumnya dengan dipotong tangan”. (Disebut oleh Muslim dan An-Nasa’ie)

Wanita yang dihukum itu menginsafkan dirinya sehingga menjadi wanita yang solehah berkunjung ke rumah Rasulullah S.A.W dan masyarakat yang menyaksikannya melihat betapa wujudnya keberkatan apabila syariat Allah dilaksanakan.

Cerita benar menunjukkan kedaulatan Islam yang adil terhadap semua dan kehebatan undang-undang Syariat Allah mendidik masyarakat sehingga tiada yang kebal atau dikecualikan. Sesiapa sahaja yang terbukti melakukan kesalahan pasti dihukum. Kalau tiada bukti dibebaskan atau tidak mencukupi buktinya pasti diringankan hukumannya.

Inilah konsep ketelusan undang-undang syariat yang berteraskan aqidah kepercayaan kepada Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Adil Lagi Maha Bijaksana, disertakan beriman kepada Hari Akhirat, menjadikan tiada sesiapa mengatasi undang-undang sehingga dikecualikan dan dilangkah sahaja tanpa halangan atau undang-undang laksana sarang labah-labah yang dibolosi oleh makhluk perosak yang besar dan kuat. Hanya memerangkap makhluk perosak serangga kecil. Namun, boleh ditembusi makhluk perosak yang bersaiz besar dan kuat, apatah lagi helang yang besar atau jerung yang ganas.

Itulah contoh konsep zaman keemasan Islam, diwarisi petunjuknya era Khulafa Ar-Rasyidin dan selepasnya juga yang mengikut jejak langkah kepimpinan melalui teladan yang pernah dijadikan slogan pada zaman dahulunya, yang dilupakan oleh Melayu mudah lupa. Namun, Allah berfirman:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (سورة الأحزاب: 21[
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang baik menjadi teladan. Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (Surah Al-Ahzab: 21)

Inilah Rasulullah S.A.W yang dilantik Allah, mengatasi raja-raja yang ditabalkan oleh manusia, pelantikan Presiden atau Perdana Menteri dan Ketua Menteri yang dipilih rakyat. Bahkan jauh sekali kalau hanya sekadar Peguam Negara.

Zaman mutakhir sejarah Islam memerintah direkodkan peristiwa perundangan Islam dengan contoh yang sangat banyak. Antaranya kisah Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A yang mengaku salah apabila ditegur oleh seorang wanita. 

Khalifah Ali bin Abi Talib R.A yang kalah di mahkamah dalam kisah baju rantainya dicuri oleh seorang bukan Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh dijatuhkan hukuman oleh hakim pada zamannya kerana melakukan kekerasan terhadap seorang rakyat bukan Islam.

Saya pernah membaca kisah Sultan Hamengkubuwono, Raja Jogjakarta Indonesia, satu-satunya Sultan yang diiktiraf terus bertakhta di situ dalam Negara Republik kerana akhlaknya yang mulia dan sangat dihormati rakyat.

Ceritanya, Baginda telah melakukan kesalahan trafik, lalu diberi surat saman oleh seorang anggota polis yang baru bertugas yang tidak mengenalinya. Tiba-tiba Baginda datang ke Balai Polis untuk membayar samannya. Ketua Balai terkejut kerana Sultan yang datang membayar dendanya. Tiba-tiba pula Baginda meminta supaya polis yang bertindak menyamannya dipanggil. Maka alangkah takutnya polis yang baru mendapat kerja apabila diketahui orang yang disamannya adalah Sultan. Fikirnya sudah tentu dia akan dipecat. Tiba-tiba Sultan meminta supaya dinaikkan pangkatnya.

Apa yang dilakukan adalah kesan ajaran Islam yang mewujudkan aspek rohani, menjadikannya masih tersemat di dalam dirinya, walaupun ciri kedaulatan negara Islamnya dihapuskan. Tegasnya masih percaya ada dosa dan pahala daripada semua tingkah laku manusia. Mereka yang tidak beriman dan budiman, tiada rasa takut kepada Allah serta tidak percayakan dosa dan pahala, hilang juga rasa malunya sesama manusia.

Bandingkan kisah tersebut dengan berita terkini yang mengejutkan SPRM, Perdana Menteri juga terkejut dan mengejutkan mereka yang bukan SPRM apabila seorang yang kini bertaraf menteri dihentikan proses kehakimannya laksana emergency brake yang ditekan segera sehingga menghantukkan kepala penumpangnya. Kalau sebelumnya dia cepat dihukum kerana tarafnya pembangkang, tetapi kini cepat pula dibebaskan kerana dia bertaraf menteri dalam kerajaan.

Namun, kita tetap berpegang kepada konsep Islam bahawa seseorang yang dituduh tidak boleh dihukum salah selagi tidak dibuktikan. Tetapi tidak harus dilepaskan dengan percuma tanpa proses kehakiman yang diselesaikan dengan adil dan telus.

Bagi penganut Islam, kami diajar oleh Rasulullah S.A.W dengan pesanan yang banyak, antaranya:
مَنْ وَلِيَ الْقَضَاءَ فَقَدْ ذُبِحَ بِغَيْرِ سِكِّينٍ (رواه أبي داود)
“Sesiapa yang mengendalikan urusan kehakiman, maka dia laksana disembelih tanpa pisau”. (Riwayat Abi Daud)

Walaupun orang itu seorang bukan Islam yang tidak percayakan dosa dan pahala, namun mereka yang Islam telah memilihnya serta mengangkatnya ke jawatan itu sudah tentu percaya adanya dosa dan pahala atau sekurang-kurangnya ada rasa malu kepada manusia. Sekalipun tiada perasaan malu kepada Allah dan para malaikat yang tidak dapat dilihat.
Oleh kerana banyak yang terkejut atau mengejutkan dalam peristiwa kehakiman negara ini, maka saya menyokong cadangan yang menamakan bulan ini Bulan Terkejut.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1439 / 6 September 2018 - HARAKAHDAILY 6/9/2018

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

22 comments:

ted manoff said...

Tuan ibnu..tlg sampaikan cherita nii pada najib..

ted manoff said...

09 April 2013
INGAT DOK LAGI: HUKUM HUDUD 0.0001 DARI HUKUM ISLAM. DALAM AL-QURAN TAK SEBUT NEGARA ISLAM- KATA PRESIDEN PAS.
Oleh: Langtelipot

Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara, lapor Akhbar Sinar pada 9 Mei 2012.

Haji Hadi berkata demikian dalam ceramah Pra Bubar Parlimen, di Kuala Berang, Terengganu. Haji Hadi juga pernah berkata:

Hukum Hudud adalah merupakan sebahagian kecil dari hukum syariah. Ia satu aspek 0.0001 daripada hukum Islam.

Haji Hadi berkata demikian sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu dalam satu dialog bersama kakitangan Sekolah Menengah Agama Marang, pada 6 Mac 2000 sebagaimana laporan akhbar pada 7 Mac 2000.

Dalam Al Quran tak sebut Negara Islam: Menurut Dato’ Seri Abdul Hadi, parti itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam'.

Katanya, “Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucap tama dalam muktamarnya ke-57, pada Jun 2011 lalu.

Katanya lagi, tema negara berkebajikan – yang turut terdapat dalam agama lain – juga merupakan satu persamaan yang perlu didahulukan.

ted manoff said...

Habis tuu kalau BERSETONGKOL dgn penchuri apa hukumnya..

Anonymous said...

Kalau dapat rasain nikmatnya apa salahnya kan ted manof. Share2lah ikan tongkol tu buat senggang. Lagipun kan mereka2 dah berpuashati dengan penjelasan. Mca pun dah sunat so bole makan 1 kawah.

Anonymous said...

Bagi Pas semua boleh, wajib boleh, sunat bole, harus boleh, makruh lagi boleh, tidak HARAM ....ikut keperluan, ........ TETAPI bagi PH hukumnya cuma 1, haram, PH tidak boleh bersekongkol dgn DAP Cina kafir nanti kamu ikut jadi kafir. Pas berta`awuun dgn MCA, boleh, tak salah sbb MCA rakyat Malaysia juga! bermalau`un dan melanun dgn UMNO, lagi takda masalah. Dia pon islam juga! Awas PH, ini fatwa mu`tabar dari PAS Malaysia!

Anonymous said...

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
BAPA `PELACURAN` AGAMA ISLAM

HARAKAHDAILY
MEDIA PELACUR AGAMA ISLAM

Anonymous said...

Ye tuan ibnu,sampaikan juga dkat tun taik firaun tu.firaunzan,firaunzani, firaunrina dan firaunbotaktengah di harap jgn mencuri lagi duit rakyat dan juga utk najib...sudah sudah la. Kes dh masuk mahkamah dh.

Anonymous said...

Hukumnya entah la...yg mencuri 22 tahun tu ke?payah jugak sebab yg 22 tahun tu balas 200-300 billion jgak bg nilai sekarang.hmmpphh....

Anonymous said...

Ye la,lagipun tuan guru mahathir yg sunatkan kit siang dgn guan eng. Alhamdulillah skrg dua beranak tu dh jd ustaz...ramai tunggul kayu pakaturn badut harporn blajar mengaji dgn depa.

Anonymous said...

Betul tu....pakaturn badut harporn ni cuma terima yg haram sahaja.yg wajib tak buat,yg sunat pun tinggal, yg makruh letak tepi.awas pakaturn badut harporn,ini fatwa mu'tabar dari tuan guru mahathiblis al kroningi.

Anonymous said...

ABDUL MAHATHIR MOHAMAD IAKANDAR KUTTY
perdana menteri ke 4 dan ke 7
BAPA 'MELACURKAN' KEISLAMAN PARA TUNGGUL KAYU PAKATURN BADUT HARPORN

SUARA KEADILAN
ROKET KINI
SURAT KHABAR pan-DAP
MEDIA MELACURKAN DAN MENGHENTAM AGAMA ISLAM

Anonymous said...

Tuan haji hashim,saya hormat tuan haji sebab mampu bertahan dan sabar dgn para tunggul kayu pakaturn badut penipu yg komen macam kanak2 sindrom down.saya tabik tuan haji!kepada para tunggul kayu pakaturn badut penipu,keluar la dari kemaluan hgpa akibat di tipu pemimpin sendiri..tak payah fitnah,caci pemimpin parti lain.hadapi realiti la woi....

Anonymous said...

Ted manoff. Ko tak payah sibuk la pasai ugama kami. Yg kena sebat tu pun bukanhukum hudud.. ko ikut ugama ko biar kami dengan ugama kami..

ted manoff said...

PrOoTt...arghhhh leganya..

Anonymous said...

klu pemimpin2 pas kelantan pun mncuri..aku potong tgnnya. minta hadi sumpah gitu dulu.

Anonymous said...

Apa Hadi jawab sekiranya mencuri di potong tangan? oh kita akan tengok keadaan apakah yang menyebabkan mereka mencuri...

Maka mencuri kerana hantar orang pergi Haji, boleh di terima. Mencuri untuk PRU, adalah untuk tujuan baik.

Dan mereka yang menghadapi tuduhan mencuri dan di dapati bersalah bukan sahaja di beri peluang membuat rayuan menyatakan mereka benar-benar bertaubat supaya boleh di gantikan dengan hukuman lain yang di kira setimpal..

Punca dan situasi menyebabkan pencuri terpaksa mencuri di dahulu kan supaya dapat mengelak tangan di potong..

Berbeza dengan Lesbian... terus di rotan... adil ke?

Puaka Rimba said...

Gebang pasal Hudud, bentang di Parlimen memperkasakan hukuman takdir mahkamah syariah. Menunjukkan betapa sepatutnya serabut nya halatuju Pas yg dipimpin Hadi. Bak kata Ted. Wajar Hadi dipijak beramai-ramai. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Hadi kata Hudud belum diprioritas melihat situasi diMalaysia suasana sosio-ekonomi tak sama rata dan tahap kemiskinan maseh tinggi. Banyak kecurian kerana faktor sosio-ekonomi jadi tidak akan berlaku keadilan utk potong tangan kerana itu.

Cuma soalanya secara analogi, kalau anak aku yakni Ketua Pemuda PAS juga dapat tempias dan beli motor besar mahal dari sumbangan duit curi khazanah negara, bagaimana ?

Nampak gaya ramai prmimpin2 tinggi dah upgrade kenderaan mewah sekelip mata dalam satu musim?

Anonymous said...

Ckp la apa korang nk...harga minyak x turun gak

Anonymous said...

kita orang tak nak harga minyak turun...

kita orang nak Hadi turun demi Islam

Anonymous said...

Modal pas ambil duit umno ni adalh modal simunafik - Pan memang ada ciri munafik.
Baca al fatihah belum tentu betul lpas tu hina org alim - ciri anti islam
tafsir alQuran ikut logik akai - ciri sister in islam liberal murakab sesat lgi myesatkan
anti establishment menentang pemerintah melalui tipu daya dan fitnah - ciri yahudi tarstar
membenci orang awam islam yg memberi nasihat tapi myanjungi kafirun - jumud n taghut
menghina dan cubaan mbuang instituisi Raja melayu - secara terang2 gan:lawyer perempuan ingat tak.lpas ust penasihat LGE..pgrah media punya stament..
mengadu domba kepada sikafir - mberi info yg sesat kpd musuh agama islam
meraih undi melalui pesepsi - politik suku agama suku ni :ideologi kafir
klau nak list down puak pakatan/dap ni tak cukup kertas...2B contiuos

Anonymous said...

Patut bau hancing

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails