Satu kerusi parlimen yang dimenangi PKR pada pilihan raya umum lalu akan dikosongkan pada minggu depan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.
Perkara itu diumumkan calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli sambil menegaskan bekas timbalan perdana menteri itu akan kembali ke parlimen dalam masa terdekat.
"Saya nak beritahu, minggu depan akan ada satu kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar bertanding.
"Minggu depan Insya-Allah satu kerusi dikosongkan dan insya-Allah Anwar Ibrahim akan kembali ke parlimen," katanya ketika berceramah di program #Reformasi20Tahun di Kota Bharu, malam tadi.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau tidak kisah dengan segelintir anggota parlimen partinya yang tidak mahu memberi laluan untuk Anwar kembali ke parlimen kerana masih ramai yang sudi.
Bekas anggota parlimen Pandan itu berkata, jika pemimpin seperti penyandang Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali enggan memberi laluan ia tidak menjadi masalah.
"Zuraida tak nak bagi (kerusi) tak apa, Azmin tak nak bagi tak apa. Ramai lagi orang lain yang sanggup beri laluan," katanya.
Tambah Rafizi, pihak mempunyai dua kepentingan yang perlu diutamakan dalam agenda PKR iaitu menjadikan Anwar sebagai presiden parti dan anggota parlimen serta perdana menteri kelapan.
"Kami duduk berbincang dengan Anwar, datuk seri jangan ambil mudah. Ingat orang luar dan dalam akan bagi ruang. Tidak cukup jadi ketua umum.
"Kita susun yang pertama pertandingan dan pemilihan kali ini Anwar jadi presiden parti," katanya.
Komen Weblognya Ibnu Hasyim: Pertarungan dalam parti atau strategi parti melibatkan pembaziran
wang rakyat dan negara melalui pilihan raya semula, yang bukan sekali dua. Itulah lebihnya PKR dan kerajaan PH yang memerintah negara ini.
Keputusan PRK Seri Setia..
Keputusan PRK Seri Setia..
10 comments:
“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.
[Kenyataan PAS ogos 1980]
Allah balas cash! Ditunjukkan kebenaran di seri setia.
Kenapa tak ambil kenyataan PAS sebelum merdeka?
Buktikan [Kenyataan PAS ogos 1980], biar aku dedahkan kebodohan tafsiran kamu.
Kenapa bengong sangat?
ha ha ha
Dulu kwn dap. Tak ada babi. Tahaluf.
Sikalang kwn mca pun tadak babi. Taawun.
Kahkahkahkah.
Akhirnya pas makan sekawah gulai babi
jangan pecaya matde
bahaya mamat ni kuat menipu
anwar tahu
dalam kes liwat 1 dulu betapa bengis nya matde
kat anwar
apa saja boleh dibuat untuk malukan anwar
tv s khabar siang malam cerita burok anwar
nak hapuskan pengaruh anwar konon
tapi tak jadi
dah tua merega pung tamak dunya lagi
paktan akan goyang
Jika kerusi yang di tandingi adalah kawasan PAS dan PAS bertanding bermakna PAS dengan sengaja dan sedar terlibat sama dengan fitnah ke atas Anwar.
Untuk jimat kan duit rakyat, PKR kena kosongkan kerusi yang jumlah pengundi nya paling sikit atau ...
Jumlah pengundi nya besar sehingga ratus ribu dan yang di menangi dengan peratus yang tinggi seperti kawasan Batu, ia itu 70%..
Jika dalam kedua-dua situasi tersebut, pembangkang terpaksa beri kemenangan pada Anwar.
Jika PAS bertanding juga dan kalah dengan jumlah undi yang sangat sedikit... PAS lah yang membazir kan wang parti dan ahli.
Munafik sejak zaman merdeka. Cmana allah nak beri kemnangan
Cina melayu india semua tolak mca. 3 ribu lebih undi yg mca dpt semua dari ahli pas mkn sekawah babi. Kesian
Pas Munapik tegar
Berapre banyak pembaziran wang rakyat?...kalo tak nak bazir pas dan umno jangan bertanding...mudah aje...kalo pas dan umno lawan pon kalah jugak..
Ahhh. Kami ahli pas akan tetap lawan demi mempertahankan najib dan kakrosh simpan duit ratus juta beg2 emas .kleptokrasi perlu dipertahankannnn
Tak beer!!
Post a Comment