Wednesday, September 19, 2018

Kenyataan Mujahid Tuduhan Berat Ke Atas PM Ke-7

Kenyataan Mujahid Tuduhan Berat Ke Atas PM Ke-7


KL – Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan palsu untuk mengaibkan diri dan keluarganya sejak 20 tahun lalu menimbulkan tanda tanya.

Ia ekoran umum mengetahui bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan individu yang bertanggungjawab memecat dan memenjarakan Anwar dalam kes liwat yang dihadapinya pada tahun 90an.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Anwar itu merupakan satu tuduhan yang berat ke atas Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ke-7.
“Ini satu tuduhan berat seorang anggota Kabinet kepada Perdana Menteri. Satu ‘insubordination’ (pemberontakan) yang sangat serius,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Mujahid semalam dilaporkan menyatakan Anwar tidak pernah didakwa atas kesalahannya mencabar pemerintah sebaliknya didakwa secara tuduhan palsu untuk mengaibkan diri dan keluarganya.
Tegas beliau, Anwar tidak pernah mengenal erti menyerah, malah mempertahankan dirinya tidak bersalah sepanjang pemenjaraannya.
Bagaimanapun, kata Mujahid, Anwar akhirnya telah membersihkan namanya dan keluarganya yang dihina dan diaibkan sejak tahun 1998 iaitu selama 20 tahun. – MYNEWSHUB.TV

6 comments:

ted manoff said...

Nii pelik..selama nii tuan ibnu kritik mujahid dn fitna ph..bila mujahid mengulas isu anwar boleh plk jadii modal utk kaitkn kn dgn tun m..sdhlah tuan ibnu..hentikn sikap adudomba dn batuapi..

Anonymous said...

Akhirnya terserlah penipuan yang telah berlaku. Adakah yg akan datang tidk berlaku penipuan lagi sedangkan org yg sama di tampuk pemerintahan.

Anonymous said...

Tak pelik pun sbb parti pan tajaan dapigs dah tau dah yg nuar yg matbaboon gelar aljubb tu bila menang di pd dia bakal tendang parti capbunga.
Dan takut kena tempias sama mula la nak tunjuk sokong aljubb walhal aljubb dah pun buat keputusan pandapigs pun akan di tendang jgk sbb ampu kutty93.
Kali ni giliran semua mp pee.k.r semua jadi menteri & timbalan menteri, hehe.. Bakinya kalau ada baru di berikan pd parti lain.
Nah bersorak riang la geng2 pee.k.r
����������

Anonymous said...


Yang menipu ialah yang kalah dan jadi pembangkang.

UMNO menipu dengan rasuah dan salah guna kuasa...

PAS menipu dengan menjual agama.

Persamaan ini lah yang akan menyatukan UMNO PAS..

Kedua-duanya nya memberi akibat yang sangat besar pada rakyat.

Pandangan Hadi dalam muktamar mengatakan Mahathir telah menjadi baik.. Tak kan nak tolak pandangan Tuan Guru yang begitu tinggi Ilmu nya?

Atau Hadi memang kaki membohong...

Anonymous said...

Menang pun tipu. Najib belum kena dakwa kerana tengah cari bahan bukti. Tuan guru pun terpedaya dengan lakonan pelakon hebat spt mahathir. Tapi anak dapat projek dan ada kilang arak. Sorang lagi penyokong kuat lgbt. Mahathir pun islam tapi tolak hukum sebat kat trengganu.

Anonymous said...

kerja pasumno hanyalah memecah belah umat. melagakan pemimpin2 ph. begitulah gilanya puak yg kalah pru. apatah lg terhalang dedak yg mereka ketagih selama ini.

agama? hnyalah alat tunggangan nafsu mereka saja. duit berjuta dn agama... duitlah yg mereka lahapkn. agama mereka amal jg tp ditentukn oleh duit itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails