KOTA KINABALU: Kerajaan persekutuan bersedia untuk menyemak semula bayaran sedia ada sebanyak 5 peratus kepada negeri pengeluar minyak, tetapi langkah itu perlu dilakukan tanpa "membunuh" Petronas, kata Perdana Menteri.
"Kita tidak mahu menjejaskan Petronas. Jika kita mengambil 40 peratus royalti minyak dari kos operasi, Petronas akan kehilangan wang.
"Petronas adalah sebuah syarikat yang unik kerana ia merupakan satu-satunya syarikat minyak dan gas nasional yang terlibat dalam penerokaan, pembangunan dan pengeluaran petrokimia.
"Jika anda mengurangkan tugas Petronas sekadar untuk mengutip royalti minyak, maka kita akan kehilangan banyak benda.
"Kita perlu mengekalkan kekuatan Petronas. Pada masa yang sama, kami merasakan bahawa terdapat keperluan untuk menyusun semula beberapa perkara," ujar Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tambahnya lagi, 5 peratus adalah sebahagian daripada kos operasi dan ia merupakan nilai yang sangat besar.
Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya Mei lalu telah berjanji untuk meningkatkan royalti minyak bagi semua negeri pengeluar minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus.
Berhubung persoalan sama ada kerajaan persekutuan akan memberi royalti 5 peratus, Dr Mahathir berkarta kerajaan persekutuan telah memberi semula kepada negeri-negeri di Malaysia.
Malah katanya, banyak negeri yang masih berhutang wang dengan kerajaan persekutuan.
"Terdapat pinjaman tidak berbayar, ini bermakna kita boleh muflis jika anda tidak membayar.
"Tetapi negeri-negeri itu jugamempunyai wang, ada yang menawarkan untuk memberi pinjaman wang kepada kerajaan pusat, "katanya. (mStar)
Ya, sangat setuju!
ReplyDeleteApatah lagi dgn sikap BIADAP admin weblog ibnuhashim terhadap PERDANA MENTERI dan KERAJAAN PAKATAN HARAPAN !
Perghhh..
DeleteKELDAI KAPIR DAP..
pon ader kat sini..
Perghhh..
LoL..
ReplyDeleteKau kena fahamm..
Manifesto buka nyer JANJI..
cuma UMPAN PRU..
Faham ker idak LoL..
Pantang besar orang MELAYU..
ReplyDeleteMenunjuk sikap BIADAP..
Kepada Orang TUA..
Kepada Tok KETUA..
Nanti kena TULAH baru tau..
Aper nyer masalah kalau PETRONAS bankrap..
ReplyDeletePETRON kan ader..
Naper 20%..
ReplyDeleteMintak lah 50%..
Biar laa PETRONAS bankrap..
PETRON kan ader..
Jangan tunjuk sikap BIADAP kepada Kerajaan PAKATAN HARAPAN ..
ReplyDeleteParti yang di penuhi para WALI WALI Suci..
Kena TULAH baru tau..
Senarai negeri yang tidak bayaran pinjaman dari kerajaan PH..
ReplyDelete1) Kelantan
2) Tetengganu
3) Pahang
4) Perlis
Sumber maklumat: Macai PKR.
Ya, sangat sangat setuju..
ReplyDeleteManifesto bukan janjii..
Manifesto adalah UMPAN PRU..
Yang BODOH saja termakan UMPAN..
Ya, setuju setuju setuju..
ReplyDeletePETRON gantikan PETTONAS..
Biar RAKYAT senang..
Harga petro boleh turun RM 2.50 seliter..
Setuju setuju setuju..
Ya, teramat laa setuju nyer..
ReplyDeleteNak pilih keTUA..
Mesti laa yang paling TUA.
Dah semak dah..
ReplyDeleteROYALTY minyak dinaikan sebanyak 0.5% iaitu dari 5.0% kepada 5.5%..
RAKYAT Sabah & Sarawak mesti laa BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH kepada PM ke-7..
Apa ke jadahnya sebuah syarikat yg dapat sumber dari perut bumi tak bolih bagi royalti kpd pemilik sumber?
ReplyDeleteByk syarikat swasta yg tak ada negeri yg berniaga minyak, teroka-e, beli dsb dari negara lain boleh hidup & maju jaya,.. kenapa petronas tak boleh?
Kalau macam tu baik je lah negeri2 tersebut jual minyak direct pada pembeli2 yg berupaya dlm bisness ni.
Atau ke petronas ni dah lama kena rompak?
KL sebelum ada petronas cuma bandar kecil je, rumah atap nipah & zink pun merata2, jejambat yg asa pun tuh lokyew je.., lepas ada petronas baru KL naik dgn pesat, dan ramai sepet2 jadi billionaire,
akan tetapi negeri2 pengeluar tetap miskin sampai ke hari ini, dan dinafikan hak hasil buminya.
Dan 60% dari minyak&gas m'sia adalah dari terengganu.
Kalau bukan menjajah merompak apa lagi istilah yg sesuai?
Note: Brunei sewaktu masih dijajah british pun di beri hak milikan minyak & gas nya walaupun ianya diusahakan oleh british petroleum.